Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

January 3, 2011

Rapuh


Sila baca sambil dgr lagu ini.hehheheh

Assalamualaikum. hai kawan-kawan, hari ni aku mmg saje post video ni. Sebabnya lirik lagu Rapuh nyanyian Opick ni mmg menusuk kalbu. aku mula dgr lagu ni kat blog classmate aku Cik Ida. Actually, aku mmg kurg gemar baca blog2 org yang ada lagu sbb aku mmg tak bole fokus time membaca, nak2 kalau pasang lagu-lagu rock metal, hip hop bagai, rasa nak pecah gegendang telinga ni.yelah, mana nak fokus pada pembacaan lagi, nak dengar lagu lagi.tertekan, tertekan!!!. tapi bila aku singgah blog kawan aku ni, rasa damai je hati, tenang je jiwa, pastu pe lagi trus tgok apa tajuk lagu ni, sape penyanyinya. Tanpa membuang masa tros aku download lagu Rapuh ni.pantas kan kan..hehheh. Rasa nak menitik air mata dgr lagu ni. So, aku sarankan kepada korg2 sume dgr lagu ni dan hayati lirik ni. Walaupun dah ada lirik dlm vid diatas tu, aku nak letak juga lirik lagu ni :

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Bila dihayati bait2 lirik lagu ni, Ya Allah mendalamnya maksudnya,tapi aku faham apa yang nak disampaikan oleh Opick ni. Mmg bagus sangat Opick berdakwah melalui lagu sbb melalui lagu, otak kita akan cepat tangkap dan simpan. Kalau lagu lady gaga, bruno mars, rihanna kita hafal bla bla bla bla nyanyi, kenapa lagu2 macam ni kita tak nak dengar??? Sebenarnya apa yg aku nak cakap, aku mmg rasa kesal & menyesal dgn sikap aku yg buruk perangai ni.huhuhuh. Ada btolnya lirik lagu ni. Kita manusia selalu lupa pada Nya sedangkan Dia tak pernah lupa pada kita. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku selama ini. Apa aku nak , aku dapat, aku nak itu, ini, aku dapat, aku nak masuk U, Allah kabulkan hajat aku, aku nak beli itu ini, Allah murahkan rezeki aku. Allah makbulkan hajat dan permintaan aku. Tapi aku??? Aku langsung tak bersyukur atas nikmat yg diberi.

Bila ibu panggil, sekali laungan aku da sahut, takot digelar anak derhaka, nanti tak cium bau syurga. Syurga itu ditelapak kaki ibu. Tapi bila Allah memanggil, aku tak pernah tros berlari ambil wuduk utk menunaikan solat. Aku mesti nak melengah-lengahkan solat, Mesti nak melambat-lambatkan solat. Takdenya masa azan aku nak trus amik wuduk & tggu azan selesai dan trus menunaikan solat. Mesti aku akan cakap, takpe kejap lagi lah, buat itu ini, kemas itu ini, baca itu ini, tgok tv bla bla bla mcm dah takde masa lain nak buat sume keje tu. Buruknya perangai aku. Solat Subuh jgn cakaplah, kalau bangon Alhamdulillah, tapi kalau tak bangon mcm2 alasan, " tak dgr bunyi azan lah, jam loceng tak berbunyilah" . Tapi yang peliknya time exam, bole plak ko bangon awal, berbunyi plak jam loceng yer???. Time exam jgn cakap, solat hajat tgh malam, solat subuh pntas bangon. Aku rasa bukan aku sorg yg berperangai buruk macam ni. Sama-samalah kita insafi kekhilafan dan kesilapan kita padaNya. Tapi skrg aku musykil?? Apa yang kita takotkan sbenarnya?? Bila susah baru nak ingat Allah, Bila senang kita lupa padaNya. Bila exam baru nak bermohon bermati-matian kepadaNya, baru nak insaf, baru nak pantas mengejarkan solat (dgr azan, lintang pukang amik wuduk nak solat). Bila nak temuduga kerja, mohon berhabis-habisan dgn Allah agar dapat kerja tersebut, solat hajat, solat sunat semua tak tinggal, tapi bila dah dapat kerja, rutin tersebut ditinggalkan. Apa yang kita takotkan sebenarnya????? masyaAllah..Kita bukan takot pada Allah.Tapi kita takut pada exam, takot tak dapat kerja, takot tak dapat itu ini. TAKUT pada DUNIAWI. !!! ( Ya Allah, ampunkan aku). Tapi Allah itu Maha pengasih lagi penyayang. Walaupun kita bersifat begini, tapi Allah berikan juga nikmat pada kita. Allah kabulkan juga hajat kita. Allah perkenankan juga kemahuan kita.

Aku nak story something kat korg, sem lpas aku amik 7 subjek. tapi dalam banyak2 subjek ni, satu subjek yg membelenggu perasaan aku. ok, mmg prepare awal utk sbjek ni & fokus lbih pada sbjek ni sbb aku tau aku mmg lemah+ benci+tak suka Maths, so aku terpaksa hadapi jgak!! nak djadikan cerita, masa dlm exam hall, aku rasa nak menangis, meraung mcm hujan lebat petir kilat kat luar time tuh. (uwarghhhhhh uwarghhh cam ginilah). Aku mmg tak dapat buat paper tu & konpem i'm Failed. Keluar dewan mcm bini yang kematian laki, drive balik rumah mcm tak tekan minyak tetiba da smpai jer. mmg down down down giler walhal sok de 2 paper last. arghhh peduli apa, aku nak nangis puas2, aku dah down, aku kira2 aku dapat jawab tak smpai 10% daripada 60%. kawan nasihat, bf nasihat, family nasihat aku da tak nak dongarrrr.. Sampailah kawan aku tetiba je dgn lemah-lembut, dgn nada yg serious, dia cakap " Awk doa byk2 kat Allah, mana tau berlaku keajaiban. Mungkin lecture tersilap tanda, lecturer baik hati time tu, & mungkin juga lecturer bagi markah kesian sbb dia tgok awk try juga jawab ntah pape walhal awk sndri tak tau apa yg awk tulis". Keajaiban. !!! Ya, Alhamdulillah akhirnya berlaku jga keajaiban. Result aku sem ni meningkat dri sem lepas & 3.5 above. Amin. Mmg keajaiban. Terima kasih Ya Tuhan

p/s : jangan putus berdoa padaNya. Allah mendengar apa yg kita inginkan. Mintalah padaNya dgn niat yg ikhlas. Tak kira sape kita, kaya, miskin, cantik, buruk, doa kita akan diperkenankan.InsyaAllah.


No comments: