Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

January 12, 2011

1 Malaysia

Assalamualaikum. Aishh da lama jugak aku tak berbelog ni. Hari ni class takde, hehhehe bahagia hidup..Thanks Prof.Thanks Dr. Thanks Dato'.hehhehe. Baru-baru ni aku ada terbaca mengenai 1 Malaysia, 1 Israel ?..Ada beberapa pendapat yang mengatakan 1 Malaysia dan 1 Israel mempunyai persamaan. Aku pon tak tau lah kenapa mereka berkata sedemikian. Adakah mereka betol2 menkaji mengenai perkara ini secara umumnya, aku pon tak tahu. Tapi menurut pemahaman aku, mmg jelas definisi, matlamat dan nilai yang terdapat dalam 1 Malaysia ni. Cuma, mmg la belom tercapai sepenuhnya gagasan ini sbb pelbagai tafsiran yang dapat kita tgok melalui gagasan 1 Malaysia. Antara tafsiran-tafsiran yang salah menurut sesetangah masyarakat itu mengenai 1 Malaysia dapat dilihat dgn jelas misalnya batik 1 Malaysia, roti canai 1 Malaysia, apa lagi? Nasi Lemak 1 Malaysia & macam2 la. suka-suki je kan?? lepas ni coklat 1 Malaysia, tudung 1 Malaysia & mcm2 la

Okeyh kawan2, gagasan 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran ,yg bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan 1 Malaysia juga menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. (sumber : Bhg Penerbitan Dasar Negara)

Actually, mmg aku paham sejelas-jelasnya mengenai gagasan 1 Malaysia ni. Bagaimana kita nak memupuk perpaduan rakyat? Mengapa 1 Malaysia ni sering dipertikaikan??.. sebabnya mudah, kerana pelbagai tafsiran masyarakat yang tidak memahami apakah konsep 1 Malaysia yg sebenar dan sering memberi tafsiran yang tersendiri. Lagi 1, bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan tidak digunakan secara menyeluruh dan membantutkan proses perpaduan negara kita.Dan tidak salah kalau aku mengatakan gagasan 1 Malaysia merupakan satu pendekatan dalam mencapai Wawasan 2020 .

Konklusinya, aku mmg faham secara jelas mengenai 1 Malaysia ni. Tapi aku tak paham apakah persamaan yang terdapat dalam 1 Malaysia dan 1 Israel. Ada sape2 yang boleh bagi info pasal perkara ini. Silakan.

Aku baik hati hari ni, so aku nak berboria cikit pasal 1 Malaysia ni.ewahhh.ewahhh

Pantun Satu Malaysia

Selamat sejahtera kami ucapkan,

Kepada semua rakan dan taulan,

Boria ini kami persembahkan,

Buat tatapan anda sekalian.


Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Satu Malaysia pencapaian lestari,

Menjadikan Malaysia negara terbilang.


Nasi lemak makanan Malaysia,

Semua kaum pasti menikmatinya,

Satu Malaysia aspirasi utama,

Mencapai perpaduan adalah terasnya.


Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,

Slogan yang dilaungkan oleh PM kita,

Setiap kaum tidak diketepikan,

Segalanya perlu dinikmati bersama.


Uda dan dara saling bercinta,

Memadu asmara berjanji setia,

Bersatu-padu sesama kita,

Untuk kesejahteraan rakyat dan negara.


Dato’ Seri Najib PM ke-enam,

Mencipta gagasan untuk negara,

Sikap positif perlulah ditanam,

Agar tak wujud pelbagai sengketa.


Kaum Melayu, India dan Cina,

Kaum terbesar di negara kita,

Prinsip penerimaan diterima semua,

Supaya negara harmoni dan selesa.


Budaya cemerlang mencetus kejayaan,

Pendidikan teras pencapaian negara,

Budaya membaca jadikan amalan,

Agar minda sentiasa terbuka.


Satu halatuju satu citarasa,

Itulah semangat memajukan negara,

Konsep Satu Malaysia disahut bersama,

Bagi pembinaan negara bangsa.


Sekian sahaja nukilan saya,

Bersamalah kita memanfaatkannya,

Jika ada silap bicara,

Usah disimpan, maafkan sahaja.

Adakah kerana simbol 1 yang sama bermaksud ada persamaan diantara kedua-duanya???..
Sesiapa yang ada info, sila kongsi-kongsi yer.. sharing is caring..babai


No comments: