Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

January 5, 2011

HiSSS

Assalamualaikum & selamat sejahtera pada kawan-kawanku yang tercinta. hehhehhe gediks jap.Actually aku baru lepas tgok cter horror. Berani kan aku tgok cter horror tgh2 malam, pukul 12 malam plak tuh.euwww korang berani tak tgok citer hantu tgh2 malam? huhuhu. Aku baru habis tgok filem Hisss (filem hindustan tapi pengarah mat salleh). Erm, actually citer ni bukan citer horror hantu tapi dia pasal ular besar yang makan org. Mmg besar gilerr ular tu, maklumlah pakai teknologi komputer.Sekali ngapppp mmg buncit perut ular tu. Pada sape2 yang mmg suka unsur2 suspens, seram, ngeri ni tak rugi la tgok citer ni.

Ok, citer ni mengisahkan mengenai dewi ular yang mmg mempunyai kuasa yang amat2 power la.Kiranya ular ni boleh menjadikan seseorang itu hidup kekal selama-lamanya. Dewi ular yang digelar Naagin oleh penduduk kampung ni mmg digeruni & ditakuti oleh semua orang.Sesiapa yang cuba membunuh ular betina dan kekasihnya ular jantan ni, akan dimakan sumpahan iaitu semua keturunan manusia yang nak membunuh 2 ekor ular ni akan mati. haaa seram tak ??. Kisah mengenai lagenda dewi ular ni tersebar dari atuk, nenek sampailah ke anak cucu mereka.

Pada tahun 1998, ada seorang mat salleh lelaki yang ada penyakit barah otak travel dtg ke hutan dimana ular ni tinggal. Mat Salleh yang kejam +jahat nak mampuih dah tau mengenai kekuasaan ular legenda ni.So dia pun tangkap kekasih ular betina ni. Mat Salleh nie punya lah jahat.(ehh chopp chopp, korang tau tak mat salleh ni sape?, bukan Pakcik yang nama Mat Salleh tu @Mohd Salleh tu tau, tapi omputihhh). Mat Salleh ni bunuh ramai pembantu India dia sbb pembantu dia tak nak bunuh ular tu sbb nanti dapat balasan. Jahat siot mat salleh ni.

Ular betina yang bernama Naagin ni adalah separuh manusia , separuh ular. Dia boleh bertukar jadi manusia!!!! Ular yang bertukar jadi perempuan yang hot+ sexy ni pergi bandar sbb nak cari kekasihnya yang telah disembunyikan oleh mat salleh ni. Dalam movie ni, apa yang dapat kita lihat adalah mengenai perbuatan manusia yang berbuat jahat akan dibalas dgn kejahatan. Masyarakat India kan percaya pada karma. Ala, sama macam kita jugak, kalau buat baik, dibalas baik, buat jahat dapatlah hukuman yg setimpal. Ular betina ni telah menyelamatkan penduduk kampung yang ditindas & diseksa contohnya suami seksa isteri, last2 mati kena makan ngan ular ni.Padan muka kau...

Akhir sekali, ular ni berjumpa dgn kekasihnya yang hampir nak mati sbb mungkin lemas terkurung dalam peti kaca yang diletakkan dgn alat elektrik. Ular betina ni tadi apalagi kan, dia masukkan mat salleh tu dalam peti yg ada elektrik tu...tros mati.Tapi, nasib ular betina ni dapat selamatkan kekasihnya itu dan mereka tinggal semula dalam hutan yang mereka huni sebelum ini.

Aku sarankan movie ni tidak ditonton oleh mereka yg berumur 18 tahun kebawah yer kerana ada la aksi2 18SX sikit. Ala, kalau citer horor, thriller mmg camni la, nak2 pengarahnya omputih, tak sah takde babak2 gitu-gitu. Tapi serious mmg geli la ular ni....


Ular ni mmg hot la..kalah aku.ahakz. Siap pose baik punya

Ini antara 1 babak karma dimana 2 makhluk yg berdarah tu akhirnya mati kena makan ngan ular ni sbb diorg nak buat jahat (nak merogol perempuan hot ni). Diorg tak tahu perempuan ni sbnarnya Dewi Ular tu.

babak ni la aku geli cikit. tak mau ar citer.Tgok gambar korang mesti tahu kan diorg ngah watpe. Ular betina dah jumpa kekasihnya.

haaa, ni masa perempuan hot nak bertukar jadi ular besar

Tetap nampak comel kan walaupun perut ular ni buncit telan manusia.

No comments: