Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

January 31, 2011

Jalan-jalan tgok Konsert di tepi pantai

Assalamualaikum. Hari ni takde gapo ar nak citer.hahhhaha.kawe kecek kelate plak doh. Erm, semalam aku g tgok konsert ala-ala Sudirman kat Teluk Cempedak @ org2 Kuantan pggil TC jer.Orang Cina yang nyanyi. Tak silap aku dia cina Temerloh. Style dan suara + gaya persembahan sebijik macam allahyarham Sudirman. best + terhibur la jugak rakyat Kuantan ni kan. nak-nak plak tepi pantai Teluk Cempedak yang damai + tenang + angin lembut melambai-melambai kan.hehehhe. sejuk hati den ni haaaaaa. Jalan punya jalan, tetiba angin gila datang.Wakakakka. Apalagi, angin gila berposing sakan ar. kihkihkih. Harap-harap takde org baca entri ni.hahahhahha.

 aku tension tol time ni.Ceritanya cenggini, mak aku da cakap byk kali, bersiap, nak kuar!!.aku ni terhegeh-hegeh tgok tv dulu, main games kat fb dulu.tetiba bunyi horn.Ponnnn ponn..mak aiii, aku tak siap pape lagi.uwarghhhhh, ni je yg sempat aku capai, tudung, anak tudung & 2 biji kerongsang.terhegeh-hegeh jugak pakai tudung dlm kete

Adikku yang kuat. Relax je dia kan!!! Nampak ar aku kurus sudey.hahhaha

 walaupun gambar ni bergegar macam nak gempa bumi, tapi aku suka lighting nya.hehhehe

 Aku pon tak paham dgn lilitan tudung aku tu.hahahhaha

 Konklusinya, bila mak aku suh bersiap, jgn nak terhegeh-hegeh. kelak kau akan menyesal.hahhahhah.Sepanjang jalan, aku asik tunduk je.. :(

Sila abaikan tudung aku yang bersepah tu yer...mak aku ckp macam makcik jual sayur.hahhahha

p/s : Sila la dtg ke Teluk Cempedak.mmg cantik. Korang takkan menyesal babe. Malam minggu mesti ada entertainment kat situ. Paling menarik perhatian, ada sorg manusia ni makeup mcm patung, then dia pose mcm batu. tak bergerak langsung.(mmg cayalah mamat ni tahan nafas, lama tuhhh.) kagum kagum. Dan paling best jugak, kdg2 ada remaja-remaja main muzik,main gitar & main alat muzik ape ntah & menyanyi beramai-ramai. Aku kagum jugak, sbb mereka cara duit dgn cara menghiburkan pengunjung.Semua org tertarik, terhibur & rasa gembira. takdela mcm sesetengah manusia yg duduk bersila tadah tangan walhal sempurna tubuh badan.

Aku ada satu story kat sini pasal peminta sedekah penipu. Orang cacat penglihatan pon ada inisiatif main muzik sambil menyanyi suami isteri kat pasar, kau yg sihat walafiat tadah tangan je..mmg tak ar, aku nak hulur kan!!! Pastu dah dapat duit, bole plak g shopping kat Giant anak beranak.siotttt je..!!!!! grrrrr.siap pakai baju lip lap lip lap mcm lampu raya..perghhhh, nasib la kau dipertemukan dgn mak aku kat Giant kan.hahhahha Mmg mak aku tak hingin ar nak hulur kat kau lagi pasni.kihkihkih. Anda kena berhati-hati yer.

p/s : pesan bapak aku, kita kena sentiasa bersedekah. 

p/s : Teringat 1 peristiwa masa zaman muda remaja dulu, aku pgi la beli makanan kat bazar Ramadhan. Aku bwk RM5 je. Sedang sibuk2 nak beli, ada pakcik tua ni dtg kat aku sambil ckp camni " Anak, pakcik takde duit nk makan, nak bagi anak pakcik makan." Masa tu mmg aku ada Rm3 je nak beli utk berbuka. Aku pon cakap camni " Pakcik, sy minta maaf, tapi mmg sy takde duit" .Aku tunduk sbb malu nak ckp kat pakcik tu, bersalah pon ada. Bila aku angkat muka, pakcik tu HILANG!!!! Aku cari2 tak jumpa.Sekelip mata hilang!!!... Meremang bulu roma, tros call abah aku. Mak aku cakap mcm ni "Patutnya akak bgila duit sikit kat pakcik tu" Entah siapala pakcik tu. Ibu cakap Tuhan nak menguji aku.uwarghhhhhhhhh Aku rasa nak menangis +meraung!!!!!!. Aku janji pasni, kalau ada org macam tu, aku tolong.hukhukhuk :(

January 29, 2011

Kahwinlah.

Assalamualaikum. Semasa aku tgh tulis blog ni, perut sakit yg amat.huhuhuhu. Tapi bila aku terbaca satu cerita mengenai coretan hati seorang student ni, aku rasa tak brape nak sakit plak.hehehhe. Ceritanya mengenai kahwin awal. Kita ikuti cerita dia yer. 

KISAH BENAR SEORANG MAHASISWA..TENTANG PERKAHWINAN AWAL... 

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah. Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan carna Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.  
-sumber : missyqaldina
p/s : Sebenarnya aku bangga dgn pasangan student ni. Tak ramai org yg berfikiran macam dia. Yela, perempuan skrg tak pyh cakap hantaran ikot tahap pendidikan lah, yg taraf pendidikan SPM & Diploma pon hantaran tinggi RM10k++..Tu belom lagi degree, master & PHD.maunya 20k++. Agak2 kalau anak dara ada PHD, lelaki pon pikir2 nak bagi brape hantaran kan??? takot punya pasal. Apa yg student ni buat sangat betul, bukan hantaran yg menjadi ukuran tpi rukun nikah yg pling penting. Walaupun student medic okeyy, tapi tak kesah psl hantaran.fuhhh mmg bagus. Aku pon ada terpikir jugak pasal ni, kalau hantaran tinggi2, tapi lepas kawin papa kedana, adehhh merana badan. Mana nak beli rumah, nak byr kete bulan2, nak beli brg2 anak, nak bayar bil itu, ini, mana nak cekau weiii. Kalau keturunan mmg kaya, harta tak berabis, takpela jugak kan. Tapi kalau hidup sederhana, semuanya kena berusaha sendiri. Bagi aku, tak payahlah nak grand sgt kalau tak mampu, ala kadar sudey. Kesian kat suami buat pinjaman berpuluh-puluh ribu kat bank semata-mata nak buat duit hantaran, tu blom masuk nak beli brg2 umah lagi & nak sara hidup bini lagi. .-konklusinya, belajar tinggi-tinggi, belajar pandai-pandai, dapat keje yg bagus, dapat gaji tinggi. okey, jgn berangan nak kawen lagi, heheheh .babai, nak study,.ececcecceh. 

p/s : korang rasa brape hantaran paling sesuai utk anak dara yg ada degree & master? hehhehehe.


January 28, 2011

Peringatan Kepada Semua kaum Hawa

Assalamualaikum. Hari ni aku ada sesuatu info yang sangat penting utk korang semua esp kaum hawa. Aku baru dapat satu email mengenai amaran dari polis kepada kaum wanita. Ini antara isi email tersebut .


AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati-hati kawan2ku tentang masalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..


Berhati2 semua terutama para wanita.
Bahaya....!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu, saya terima email ini.


AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua  identiti kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana andamembaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain. 
  
p/s : Tolong sebarkan pada pada rakan-rakan . 

Pujian vs Cemuhan

Assalamulaikum. Hari ni aku nak buat senarai pujian secara ikhlas kepada orang-orang yang rapat dengan aku. Minggu lepas dalam class Komunikasi Interpersonal, lecturer aku suruh buat list pujian vs cemuhan supaya kita dapat lihat & nilai attitude diri kita yg sebenar. Aku nak tanya korang, dalam sehari brape banyak korang memuji kawan-kawan & brape banyak korang mengutuk + mengata org samada org yang dikenali @ tak dikenali. jeng..jeng..jeng..haaaaaaa jangan tipu. Lecturer aku ckp, kita lebih cenderung mencemuh dari memuji org, kenapa yer??? Sebabnya manusia mmg memiliki sedikit rasa cemburu + dengki pada seseorang nak2 yang lebih baik dari kita. Tipulah kalau korg tak pernah mencemuh seseorang kan??? takdela mencemuh depan-depan kan..Aku pon kdg2 ada jugak mencemuh dlm hati sorang2.hehehe kantoi. Cth camni "eeii, budak ni asal berlagak sangat, aku senyum, dia buat dek aje, bajet lawa la tu". 

 Mutiara kata dari Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak 
"PUJIAN ITU MOTIVASI"

Senarai pujian 

 Iskandar Zulkarnain : Dia ni seorang yang bijak + rajin belajar. Aku suka bila dia motivate org dgn pjg lebar smpai org akan faham apa yg dia nak bagitau. Seorang yang serious & penyayang. Sbb sikap penyayang dia pada kucing + budak-budak lah, aku syg dia lebih2.hehehhe.Boleh tak nak buat cemuhan sikit, hehhehe, harap budak ni dapat la berhenti smoking & berjaya menurunkan berat badan .hihihihi. Chaiyok2..semoga berjaya.


izzah : ni my bbf dri sekolah menengah lg.umah pon dekat je.kalau balik cuti sem, si Izzah ni la menjadi sasaran aku nak kuar g jenjelan.hahahhah. Izzah ni baik orgnya, cantik sbb dia ada mix chinese. org panggil Izzah Amoi. Lemah+lembut + sgt menghormati org tua. cayunk Izzah

 Norshahida : Teman kacip aku kat UM. Ida ni memiliki body yg cantik ala-ala model catwalk gitu. kurus + tinggi lampai. Seorang yg baik hati & sentiasa menemani aku kemana aku pergi. Dia mmg seorang kawan yang baik.

 Ain : Dia ni roomate aku. Seorang yang cantik manis + ada iras-iras muka Arab gitu. Tapi sbnarnya takde mix Arab pon. hehehhe. Darah Jawo adalah. Seorang yang baik hati + pemurah + tak pernah berkira dgn aku..Sbb tu aku cayang dia.

 Nabiehah @ Bee : Bff masa aku kat UITM dulu. Bee ni cantekkk wa ckp lu. Dia ni pandai berfesyen & memiliki kulit yang halus mulus. Seorang yang baik hati & tak kesah kalau org buat dia..ishhhh rasa nak tumbuk2 je org yang buat Bee ni. Tapi Bee ni relax je. Cool bebeh. Baik kan Bee ni. 

 Sheeda@Put : Roomate aku yang cantik jelita persis Fasha Sandha.( seyes aku tak tipu). Bff aku masa kat UITM jgak. Seorang yang cantik + bijak..Susah nak dapat woo....Kalau aku jumpa dia ni, sure aku pelok dia tak nak lepas. Mmg Bff paling best + otak giler-giler laaaaaaa.. Cayang ko giler-giler la Put.

 Amalina @Lilin : Minah ni pon bff aku kat UITM. Seorang yg cantikkk + comel. Nampak comel tapi boleh jadi ganas. Itu yg aku suka + bangga kawan dgn minah ni.hhahhaha. Seorang yg baik hati, sayang member + tak pernah berkira dgn member. Beb, rindu ar nak shopping ngan ko sampai lebam.hhehhehe. Mish u la babe.

Noor Syabieha : Bff masa kat UITM. Seorang yang lemah-lembut + baik hati. Dia ni seorang yg bersopan-santun + baikkkk sangat. Tak kisah kalau org nak kutuk ke, nak ckp apa-apa psl dia. Aku plak yg geram..ishhh ishh grrrr.. Sabar Noor. Ko mmg seorang yang mempunyai kesabaran yg tinggi. Sbb tu aku sayang ko. 

Siti Hawa : Seorang rakan yang baik. Seorang yang sangat jujur. Payah nak dpt kawan jujur cam ni. Kdg2 aku terpaksa nasihat kat dia, jgn jujur sangat Awe, nanti org amik kesempatan atas kejujuran kita. Seorang yang sangat rajin belajar & tak mudah putus asa. Seorang yg selalu amik berat pasal kawan-kawan. Seronok bermanja-manja dgn Awe ni.hahhha. Kalau pening pale, ada tukang urut & tarik-tarik rambut..Jgn jeles auuu.hehehhe.

Zefry @Jef : Bff laki yang paling rapat dgn aku. Seorang member yg baik hati + selalu ambil berat pasal member. Rakan bercerita + rakan bergosip yg paling best. hahhahha. Seorang pendengar yg baik & penasihat yang baik. Time aku sedih, dia ada, time aku happy pon, dia ada jugak. Korang ada tak kawan camni? hehehheh.


Ain sexy : member baik masa kat UITM jugak. Panggil Ain Sexy sbb dia suka berlakon gaya sexy gitu.  Seorang yg sgt aktif & otak giler-giler. aku mmg sntiasa terhibur dgn kerenah dia ni. Seorang yg tak lupakan kawan walaupun aku dah tak blajar sama2 ngan dia dah. Seorang yang berani + berkeyakinan tinggi + pandai berdikari.   Aku bangga sey jadi member dia ni. Pelakon hebat kalau korg nak tau..hehehheh

Aku nak tag senarai pujian ni pada :

Ida 


Sila senaraikan pujian anda yer 

p/s : Pujian yang tulus itu menghibur dan menguatkan hati 

January 26, 2011

Yahoo..~

Assalamualaikum kawan-kawan..hehhehehh yahooooooo hati sedang berbunga riang yang amat.hahhahha.nak gelak sampai terguling2.hehhehhe . Selama  ni aku dok guna blog lama.. tak bole wat menda ni.ala, potong2 perkataan camni " awak busuk ". lepas tu tak bole nak tag2 link org..sedey kan... belek punya belek , punya belek, rupa-rupanya aku pakai old setting..gila kuno aku ni.hahhahha sengal tol la.. Pada kawan-kawan, sila-silalah jenguk2 setting anda, kot2 kuno mcm aku jugak kan? hahhahha. Lagi satu, kot-kot la korang nak private kan comment ke, (korg nak baca dulu comment before nak publish comment tersebut). Silalah buat yer. Mana la tau ada org tak suka anda, kutuk-kutuk blog anda kan..Silalah setting baik-baik.

bye. 

January 24, 2011

Kenapa anda perlu pilih baju kurung kain cotton

Assalamulaikum. Hari ni aku nak citer pasal pakaian kegemaran aku ketika pegi kuliah.korang agak2 apa aku suka pakai time blaja ek??? Jawapannya adalah baju kurung.haaa jgn perli ok.Ini adalah benar. Pernah ar dulu aku digelar perempuan melayu terakhir dgn mber2 lelaki sbb tiap2 ari pegi class pakai baju kurung. Baju kurung Cotton plak tu.Tak ke nampak sangat keMelayuan kann..Aku jadi segan tros,pastu mengadu kat ibu aku.Ibu aku cakap, alaaa biarlah. bagus la pakai baju kurung gi class. Nak segan apa plak..Disebabkan kegilaan aku pada baju kurung esp baju kurung cotton, dalam sebulan ibu aku telah menempah 4 pasang baju kurung utk aku. Lepas tu aku mula terpikir, bila da abis blajar, aku nak campak mana baju kurung cotton ni?? Macam tak ramai je perempuan gi ofis pakai baju kurung cotton kan???adehhh...Tapi korang jgn ar risau, banyak kebaikan & faedah memakai baju kurung cotton ni. Disini aku senaraikan kebaikan & kelebihan memakai baju kurung cotton pada korang esp student.

1. cotton ni ada macam2 jenis. Ada kain cotton murah & ada jugak yg mahal. Yg mahal dlm rm150 mcm tu la. Kalau yg murah plak dlm RM20 da dapat 4 meter. Kalau kat Indonesia lagi murah mak aku cakap. Kainnya pun lagi tebal, tak jarang dan lebih cantik. Aku plak beli kat Nagoya je, yang murah punya sbb aku suka beli banyak. Kalau korang suka beli baju kurung yg dah siap, tak payah susah-susah, korg g je Masjid Jamek, berlambak jual kat ctu.murah-murah!!! Utk student, aku syorkan pakai baju kurung cotton jela sbb murah, pastu korang bole beli banyak2 & bole pakai tiap-tiap ari g kuliah.

2. Baju kurung cotton ni kan tebal jika nak dibandingkan dgn kain2 licin yg lain. Oleh yg demikian, mmg sesuai sgt la jika dipakai dlm kuliah sbb dewan kuliah korang kan sejuk yg amat. Tak payah pakai sweater bagai, pakai baju kurung kain cotton pon dah cukup.

3. Kenapa aku suka pakai baju kurung kain cotton??? Sbb aku ni jenis nak cepat. kalau gosok baju kurung kain cotton, korang tak payah nak beriya-iya sgt. Tak Perlu okeyhh.. Gosok gitu-gitu je kat tepi kain, kat bhg depan kain, kat bhg dpn baju.Ahakz. Mudah kan??? Kain cotton tak macam kain licin yg lain, tak banyak kedutan. Kalau korang jenis yg malas tahap gaban, lipat baju kurung cotton cantik-cantik, pastu letak bawah tilam. Makin tebal & berat tilam, lagi bagus. Ini kalau manusia yg mmg betul2 malas la.hehehheh.

4. Selain itu, kain cotton ni tak makan dek zaman. Dari zaman nenek moyang sampai la ke cucu-cicit, perempuan-perempuan masih lagi memakai baju kurung cotton ni. Tak tau la plak kan kalau ada perempuan yg ngengada malu2 nak pkai. Kunun2 cakap tak up-to-date la kann?? Ada aku kesah?? Tak heran la der. Aku selambe jer pakai baju kurung cotton masuk Midvalley gi shopping der.

5. Last sekali, apa yg best pakai baju kurung cotton ni, korang akan terasa slim je sentiasa. ahakz.Betul la.Tak cayer sudah. Bila korang memakai baju kurung kain cotton, korg akan nampk lebih kurus sbb kain baju kurung cotton ni tak mcm kain licin yg terbang sana-sini bila ditiup angin, pastu dah plak tersangkut kat lemak yang bertimbun kat pinggang kan??? Jelas kelihatan lemak bertimbun 3 tingkat mak aiii... Kalau baju kurung kain cotton, mungkin sbb keras, jadi takde la nak berbuai2 bila ditiup angin kan? lagi 1, bila angin kencang, tak yah susah2 nak jaga kain korang, sure takkan tersingkap la. Berbeza dgn kain licin, makk kau, haaa sampai betis bole tersingkap.Kan dah kantoi ada bulu kaki jantan. Betol tak apa aku cakap???. Oleh itu,bertukar lah kepada baju kurung kain cotton.


Aku & baju kurung Cotton


simple tapi nice kan baju kurung cotton?? sesuai la utk student2 mcm kami kan???


Jelas kelihatan efek slim pada baju kurung yg aku pakai kan??? Nak2 bile berdiri sebelah org yg sedikit berisi & tembam2 gtu.ahakz.Tembam2 pon cayang.hehhehe. Tapi dgn syarat,time nak tempah tu,ukur badan korg la, jgn plak ngengada nak ukur badan org lain.takot tak sama size.


masa ni mmg angin kuat tapi lihatlah baju kurung cotton cousin aku. Takde tersingkap sikit pon kan? hehhehe


kredit to Ida. ni masa class dokumentasi, belajar Photography. Aku memakai baju kurung cotton bunga merah



January 21, 2011

Isteri-Isteri sentiasa Dara.

Assalamualaikum. Hari ni aku dapat satu info yang sangat berguna utk semua kaum wanita. Walaupun aku belum berkahwin, tetapi rasanya tak salah kalau aku menambahkan ilmu dgn bersedia terlebih dahulu kan. Ilmu perlu sentiasa ditambah tak kira la ilmu apa sekalipun.Jgn ilmu yg sesat & mungkar sudah lah. Apa yg aku nak share adalah petua dari Dr.Fatimah Az-Zahra. Amalkanlah petua ini.Tak payah la nak pergi beli produk macam2 yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan puan-puan semua.Kandungan yg terdapat dlm produk tersebut belum terjamin keselamatannya.

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

sumber : Petua Dr.Fatimah Az-Zahra.

Ibu


Nukilan untuk ibuku.(Puan Norwati)

Ibu..
kakak sayang ibu sangat.
Terima kasih sbb lahirkan kakak di dunia ini.
Ibu cakap kakak selalu sakit, selalu demam, selalu tak sihat sbb kurang antibodi.
Aku tau perkara itu sbb aku tak suka minum susu ibu. Puas ibu bagi susu ibu, aku tak nak jugakk ..
Ibu cakap aku minum susu ibu sebulan je, lepas tu ibu beli susu tin yang mahal sbb nak bagi khasiat yg mencukupi.
Kakak minta maaf ibu :(

Bila kakak masih kecil, kakak nakal sangat.
Ibu cakap kakak suka berlari masa kecik2,
Habis sume benda nak langgar, motor pakcik jual mee kari pon nak langgar.
Tangan kene gigit burung kasawari.
Hampir kena langgar kereta depan CM.
Terjun motor masa atok sdg bawak.
Perangai kakak macam jantan sbb tu ibu botakkan rambut.
Ibu beli baju askar.
Kakak tak kenal skirt.
Kakak hanya tau seluar pendek & t-shirt.

Bila dah masuk sekolah, kakak dah tau pakai baju kurung.
Dah tau pakai skirt sbb ibu selalu belikan skirt utk celebrate birthday kakak.
Setiap tahun mesti ibu buatkan birthday party utk kakak.Tak pernah miss 1 pon
Terima kasih ibu. :)

Masa kecik, kakak takde kawan perempuan.
Semua kawan laki je. sob sob sob..(sedeynya)
Sbb tu kakak kuat, kakak kasar, kasar nakal.
Bila kita pindah kawasan baru, barulah ada kawan perempuan.
Sukanya kakak masa tu.
Baru bole main masak-masak, main kawin-kawin.( hehhehe kecik2 da gatal).
Tapi kawan lelaki ttp tak dilupakan. :)

Bila da sek menengah, kakak kuat memberontak,
Kuat merajuk.
Kuat melawan ibu.
Minta maaf ibu.
mungkin masa tu tekanan jiwa sbb nak exam.Stress + gemok pasal makan banyak.
Tapi ibu ttp masak sedap2 setiap hari.
Thanks ibu. i love u so much.

Bila kakak dapat masuk U, ibu lah manusia plg happy sgt.
Walaupun kakak tak pernah berjauhan, tapi kakak kena pergi jugak sbb ibu nak kakak berdikari. huhuhuhu.
Kakak dan ibu dah tau apa itu rindu bila berjauhan.hehhehe
Kakak tau ibu rindu kakak kan???
Sbbnya tetiba je ada frame gambar kakak atas meja kat ruang tamu.(perasan plak)
Setiap kali kakak balik cuti, ibu akan layan apa yg kakak nak makan.
Kakak nak makan mee jawa, ibu buat.
Kakak nak makan nasi minyak, ibu buat.
Kakak nak makan kek coklat moist, ibu buat.
Semua kakak nak, ibu buatkan
Terima kasih ibu.

Lepas habis belajar, kakak cakap kat ibu nak belajar lagi.
Ibu tak kisah nak belajar ke, nak kerja.
Kakak solat istikharah.
Kakak nampak petunjuk dlm mimpi.
Dlm mimpi kakak nampak buku lama.
Buku tu terbayang-bayang mcm slide.
Kakak bagitau ibu pasal mimpi tu.
Alhamdulillah kakak diterima masuk U lagi.
Ibu paham & bagi support utk kakak nak belajar lagi.

Sekarang kakak seronok belajar lagi.
Kakak bagitau ibu, kakak nak sambung belajar lagi.
Ibu, tolonglah tunggu duit kakak okey.
Nanti kakak bagi duit gaji kakak kat ibu.
Ibu cakap tak nak banyak , cuma nak merasa je.
Ibu cakap RM10 pon takpe.
ishhh ibu ni, kalau RM10 skrg pon kakak bole bagi, hehhehe.
Insyaallah bila kakak dah berjaya & dapat gaji beribu-ribu, kakak bagi duit kat ibu k.

Ibu selalu tanya & bagi hint kat kakak bila nak kawin.
Kakak buat-buat tak paham.
Kakak malaslah nak pikir.
Kakak nak tumpukan pada study.
Lagipun kakak kalau bole tak nak guna duit ibu utk majlis perkahwinan kakak.
Kakak nak pakai duit kakak sendiri.
Titik peluh kakak sendiri.
Sorry ibu, kakak tau ibu baik sangattt nak sponsor semuanya,
Tapi kakak mmg tak nak.
Ibu jgn kecik hati yer.
Kalau ibu nak sponsor jugak, ibu sponsor benda kecik2 je k.
Terima kasih ibu.

Sebenarnya kakak bukan tak nak kawin.
Kakak nakkk sangat kawin.
Tapi kakak sedih sbb nanti kakak kena sayang suami lebih. :(
Tapi kakak janji kakak akan ttp sayang ibu & abah lebih.

Akhir sekali kakak nak bagitau , kakak SAYANG IBU SANGAT2. terima kasih melahirkan kakak didunia.


Coretan ini pula aku peroleh dari email.

Adalah dikisahkan …pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


January 19, 2011

Dialek yang mengelirukan

Assalamualaikum. Hari ni aku nak citer mengenai dialek2 masyarakat Malaysia yang berbeza antara satu sama lain. Di Malaysia terdapat banyak sangat dialek misalnya dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Sabah, dialek Sarawak & dialek Perlis, Pulau Pinang, Kedah & Perak Utara dan lain-lain. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah kekeliruan masyarakat terhadap setiap dialek tersebut. Walaupun setiap dialek adalah berbeza, namun kita tidak boleh mengatakan bahawa dialek tersebut adalah salah. Tak Boleh ok!!! Jgn kata dialek kelantan tak best, dialek Kedah bunyi ntah pape. Salah..salah. Setiap dialek mempunyai keunikan & keistimewaan yg tersendiri. Kita seharusnya menerima setiap dialek & belajar memahami dialek-dialek tersebut bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Mulai skrg, jgn menghina setiap dialek orang lain. Semua dialek yg digunakan adalah sama & tak pernah wujud dialek yang berstatus rendah & berstatus tinggi.

okay, apa yang mengelirukan mengenai dialek ini ???

Situasi pertama
Aku berasal dari Pahang dan lebih menjurus kepada dialek pantai timur. Roomate aku, Ain berasal dari Johor.

Ain : "Akak, tolong anu kan tu".(sambil menunjuk barang yg diingini. Cth, buku)
Aku : hah??? anu??Apa cakap lucah ni??? eeee geli lah. (bagi masyarakat pantai timur, anu
bermaksud kemaluan). Aku mula kompius.
Ain : Bila plak Ain ckp lucah, Ain mintak buku tu..tolong anu kan je
Aku : (Dlm hati berkata "tak dpt bayangkan kalau perkataan "anu" disebut secara awam di pantai timur) hahahahha

Setelah gaduh-gaduh mengenai perkataan tersebut, barulah aku tahu bahawa perkataan anu dalam dialek Johor bermaksud tolong berikan sesuatu/barang tersebut. Sebagai cth : tolong anu kan itu (sambil tangan menunjuk ke arah ikan yang hendak dibeli)

Situasi kedua
Aku menghadiri majlis perkahwinan sepupuku di Kedah. Masa tu aku sekolah lagi & tak tahu sgt pasal dialek2 ni.

Aku : akak sekarang belajar mana?
Sepupu : akak belajar Universiti Malaysia Sabah.
Aku : wooooo jauhnya, bestlah asyik naik flight je. Masa mula-mula msuk U, family hantar ke?
Sepupu : Taklah, akak pergi sendiri, sensorang..ermmm dlm flight asyik duk teriak je..duk teriak sorang-sorang la.
Aku : teriak??? ishh tak malunya memekik sorang-sorang dlm flight. Org lain tak marah ke akak memekik sorang-sorang.
Sepupu : hahahahah ( ketawakan aku) teriak tu menangis la..

memang teriak juga membawa maksud tangis tapi perkataan teriak jarang disebut utk mengambarkan seseorang menangis. Perkataan teriak selalu diguna bagi mengambarkan perbuatan memekik & melaung dgn suara yg kuat dan keras.

Situasi tiga
Kehidupan berjiran, mmg selalu la aku bersembang-sembang dgn akak sebelah rumah ni. Akak ni berasal dari Terengganu.

akak : hai, awal bangun jemur kain, yang lain mana, tidur lagi ke? (masa tu lpas Subuh, aku ter"rajin" basuh kain)
aku : haaa..saje jemur pagi-pagi, nanti cpat kering.Lepas tu, kami bersembang berbasa-basi.
akak : Akak ni sejak mkn produk kesihatan ni, badan segar, muka berseri, lenguh semua hilang. Yang paling best, dah tak sakit pinggan dah.
aku : aku mula kompius, sakit pinggan??? Setahu aku pinggang & pinggan membawa maksud yg berlainan. Aku pon senyum jela.

Aku pon tak tahu kenapa kdgkala org Ganu suka membuang huruf "g" dibelakang perkataan. Bukankah dialek Terengganu selalu ada "g" dibelakang perkataannya. Cthnya spt makan menjadi makang, ikan menjadi ikang...Jom kita tanya org Ganu.

Sebenarnya banyak lagi dialek yg sangat berbeza bagi setiap masyarakat. Misalnya, perkataan belajar bagi masayarakat Kelantan disebut sebagai "mengaji". Mengaji bukan sahaja memberi maksud membaca Al-Quran tetapi juga belajar. Selain itu, sahabat @ rakan dalam dialek Kelantan disebut sebagai saing. Bukan bersaing okay!.

Kesimpulannya, setiap negeri memiliki dialek yang tersendiri. Dialek inilah yg menjadikan budaya mereka itu menjadi lebih unik & istimewa. Tak perlu malu utk menggunakan dialek masing-masing. Berbanggalah anda kerana mempunyai dialek tersebut.

p/s : Ajarlah rakan-rakan anda mengenai dialek yang anda miliki supaya tidak berlaku kesukaran dikemudian hari. Semakin banyak perkara baru yg kita ketahui, semakin berkembang ilmu pengetahuan kita. Semakin berkembangnya ilmu kita, semakin mudah utk kita menjalani kehidupan. Bukankah pepatah Inggeris ada menyebut " Sharing is caring".





January 16, 2011

The Tourist

Assalamualaikum.Kalau tak jawab, dosa..heehhe. Erm, hari ni aku nak citer pasal filem The Tourist yang aku tgok smalam. (hahaha lambat giler tgok kan, padahal dah bape mggu main kat wayang). Ahh lantaklah.hehhehe. Pada mulanya aku ingat filem The Tourist lakonan Johny Depp & Angelina jolie ni filem aksi (aku bygkan ada adegan tendang-tendang, belasah-belasah, terjun-terjun), malangnya filem ini lebih banyak kearah percintaan+ romantik. Adalah cikit2 adegan aksi spt lompat atas bumbung, tembak-tembak, lawan-lawan tapi sikitt sangat hanya utk menyedapkan cerita. Tapi aku sarankan pada yg blom tgok, BAIK KORANG TENGOK.hahhaha. Walaupun jalan ceritanya agak ringan tapi korang akan sentiasa tertanya-tanya + tak paham sedikit + suspens. Tapi korang takkan rugi tgok filem ni sbb Angelina Jolie sangaaaatzzz GORGEOUS.

Okeyh, filem ini mengisahkan seorang polis wanita iaitu Angelina Jolie(memegang watak Elise) yang mendapat surat dari bf nya Alexander Pearce iaitu seorang penjenayah yg dikehendaki polis kerana lari dari cukai kerajaan. Dalam masa yg sama, bf Angelina Jolie dikehendaki oleh geng-geng mafia kerana melarikan duit sbnyak 744 million. Surat tersebut memberi arahan supaya Elise menaiki train ke Venice, Italy dan mengambil seseorang di dlm keretapi agar boleh mengaburi pihak polis bahawa lelaki tersebut adalah bfnya. Ketika di dlm train, Elise telah berkenalan dgn seorang lelaki bernama Frank(Johny depp) iaitu seorg guru matematik. Mereka bersembang-sembang sampailah Frank jatuh cinta pada Elise. (Maklumlah Elise ni cantik bangat, gorgeous, menarik tertarik kot). Elise pon mula menyukai Frank lalu apabila sampai di Venice, Elise mempelawa Frank tidor di hotel yang dia menginap. Elise berlakon seolah-olah Frank adalah teman lelakinya dan dia mencium Frank. Polis yang menyiasat Frank percaya bahawa Frank adalah bf Elise melalui keakraban mereka & gambar mereka bercium.

Geng Mafia yang menjejaki Alexander Pearce juga percaya bahawa Frank adalah bf Elise. Mereka berjaya menjumpai Frank tetapi Frank berjaya melarikan diri, namun ditangkap oleh polis Italy kerana disangka orang gila ketika dia nak terjun dari bangunan. Seorang detektif percaya akan cerita Frank bahawa dia tidak tahu menahu mengapa dia dikejar oleh penjahat tersebut. Ingatkan detektif ni baik, rupanya dia ada agenda jahat sbb dia telah bawa Frank ni kepada mafia tersebut. Elise yg mengetahui perkara ini datang menyelamatkan Frank. Elise meminta maaf kepada Frank dan memberitahu perkara sebenar bahawa dia ingin mengaburi mata polis bahawa Frank ini adalah bfnya yang dicari oleh polis. Frank yg dah jatuh cinta pada Elise tidak menyesal & tidak marah kerana mencium Elise. (wow romantiknya,cinta pandang pertama la konon-konon).

Ketika itu, Elise pon mula jatuh cinta pada tourist(Frank) tersebut. Elise telah bersedia membantu polis menjejaki bfnya Alexander Pearce kerana rasa bersalahnya pada Frank & tidak mahu Frank ditimpa bahaya.

Elise telah pergi ke sebuah majlis tari-menari kerana dijemput oleh bfnya Pearce. Dlm misi tersebut, Elise telah memakai wire agar pihak polis dpt mengekori & megetahui dimana Pearce berada. Malangnya, tibe-tibe Frank muncul dlm majlis tersebut dan ini menganggu misi Elise dan polis.(time ni mmg kelakar sbb Frank ajak Elise menari, meluahkan perasaannya pada Elise sedangkan pada masa itu, Elise mengejar masa utk berjumpa Pearce menerusi satu surat yg ditinggalkan Pearce yg menyatakan bahawa dia menunggu Elise di sebuah tempat). Elise akhirnya berjaya melarikan diri dari Frank dan pergi ke tempat Pearce ,tetapi malangnya geng mafia telah sampai dahulu dan menggugut akan membunuh Elise jika tidak memberitahu dimana tempat simpanan wang yang dilarikan Frank. Elise mengetahu tempat simpanan tersebut tetapi tidak tahu kod number utk membuka peti tersebut.

Frank ketika itu ditangkap polis kerana menganggu misi polis menjejaki Pearce. Ketika polis syok-syok menyiasat melalui tv yang merakamkan Elise diugut oleh mafia, Frank berjaya melarikan diri dari polis bagi membantu Elise, gadis yg dicintainya itu. (Time ni pon kelakar jugak sbb tibe2 Frank muncul dalam rakaman tv polis tersebut dan apabila polis menyedari itu adalah Frank yang ingin menyelamatkan Elise, arahan tembakan dikeluarkan. Semua mafia akhirnya mati dan polis mendapat maklumat bahawa Pearce telah ditangkap.

Ketika berdua-duaan di bilik simpanan wang itu, Frank tiba-tiba membuka kod numbor peti tersebut dan berjaya .(Korang paham tak cerita ni? hahhahha tertanya-tanya kan?)

Sebenarnya yg ditangkap itu bukanlah Pearce sebaliknya seorang pelancong yg dibayar utk penyamaran tersebut. Sebenarnya Pearce dah buat pembedahan pada mukanya lalu menggunakan nama Frank. Lepas tu, Frank yg juga Pearce akhirnya naik boat & balik. Tapi sebelum tu, Pearce yg juga Frank tu, dah meletakkan cek 744 milion yg dirompak dari mafia yang telah mati tu kedalam peti simpanan dan dijumpai polis. Wang tersebut bagi membayar semula cukai kepada kerajaan.

p/s : Pening kan baca sinopsis filem ni. Aku pon mula-mula tak paham jugak tapi last2 baru paham.hehhehe. Kesimpulannya, jgn mudah jatuh cinta pada orang yang baru dikenali, nanti tak pasal-pasal korang akan mendapat susah.

p/s : Kepada perempuan-perempuan yang sukakan kecantikan & tgh on-diet, silakan tgok filem ni sbb Angelina Jolie bole dijadikan role-model pada korang.

p/s : Kepada laki-laki, tak rugi tgok sbb korang akan terpesona dgn kecantikan & keseksian Angelina Jolie dalam filem ini.

p/s : Latar tempat dlm filem ini sangat cantik. Venice, kota cinta.








January 14, 2011

Salah Cara

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bagi info yang sangat penting jugak la utk kawan-kawan semua. Info ni berkaitan dgn makanan & minuman. Well, u know me. Kalau bukan pasal makanan, tak sah kan? hahhaha. Sape kat sini yang minum susu Anlene? Aku nk share satu info yang aku dapat iaitu apabila nak membancuh susu Anlene ni, jgn gunakan air panas!!! Ada paham? Kita mmg biasa menggunakan air panas kan apabila membancuh susu, tapi utk susu Anlene ni, mmg tak boleh sbb nanti khasiat susu ini akan hilang. Actually, pada paket susu ni dah ada tertulis gunakan air suam @ air sejuk. Tapi kita ni degil +keras kepala nak jugak guna air panas. Patutlah tulang masih rapuh & berbunyik ketak ketuk ketak ketuk tulang tu. Untuk pengetahuan semua, susu Anlene perlu dibancuh dgn air suam & air sejuk kerana kandungan kalsium Nano yang terdapat dlm susu ini 100x lebih kecil daripada kalsium biasa. Aku tau mmg payah nak kacau susu dgn menggunakan air suam @ air sejuk, tapi nak buat camne kan? Korang nak sihat ke @ nak membazirkan duit beli susu tapi takde apa2 kesan & umpama meminum susu tanpa kalsium.hahhahha (sori tergelak, aku pon tersilap la dulu). Oleh itu, mulai skrg, sila bancuh susu Anlene dgn menggunakan air suam @ air sejuk. Selamat mencuba dan lihatlah kesannya dalam 4 minggu.

Info kedua adalah cara memakan Kismis. Seperti yang aku tau, kismis ini mmg sangat elok dimakan terutamanya kepada kanak-kanak dan pelajar sebab kismis boleh menguatkan daya hafalan & menguatkan daya pemikiran. Kismis mengandungi zat besi yang sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi utk disalurkan ke otak. Kalau kita kekurangan oksigen, akan menyebabkan mengantuk, pelupa, lemah daya ingatan dan lemah fikiran. Lepas tu, jadilah kita seorang yg pemalas. Asyik nak tido je keje kan???. Oleh itu amalkan makan kismis. Tapi yg aku nak bagitau ni adalah cara pemakanan kismis. Korang makan kismis macam mana?. Aku makan kismis sehari ikut suka hati.Kadang 7 biji, kalau rasa lapar2 makan la 10 biji . Ikut suka hati mak nenek aku je. haaa, jgn lupa selawat. Lepas tu aku makan sekali ngappp (amek kau).hheheh takde peraturan langsung. Patutlah segala usaha aku nak nak menghafal dgn baik tak menjadi. Rupa-rupanya salah cara.hahhahha. Okeyh kawan-kawan, begini cara makan kismis yang betul yer .
1. Kita mestilah makan dgn menghadap kiblat.
2. Baca Bismillah dan selawat keatasa Nabi.
3. Baca doa penerang hati
4. Makan secara kemam spt kita kemam gula-gula. (kalau korang gigit2, kunyah-kunyah macam makan kuaci, jawabnya mmg tak berkesan langsung.hahhaha padan muka aku)
5. Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.

p/s : Okeyh, lepas ni aku akan amalkan cara yang betul. Kepada kawan-kawan yg sama seperti aku, yg makan kismis kunyah-kunyah macam makan popcorn @ kacang tu, diharap dapat menukar tabiat itu yer) Kemam okey, bukan kunyah @ gigit-gigit

January 13, 2011

Kalau Kita Kaya, Apa sahaja boleh

Assalamulaikum. Hari ni aku tak nak cakap banyak. Tapi aku nak tunjuk gambar je banyak-banyak sampai korang terliur. hahaha. Gambar apakah itu? haaaa apa lagi, makanan la, aku kan suka makan. Okeylah, apa yg aku nak tunjuk sebenarnya adalah gambar kek sebenar yang ditempah oleh orang-orang kaya. Kek sebenar ok, bukan tipu-tipu. Aku dapat gambar ni pon dari email, so aku tak tau dari mana sumber yang diambil, tapi bila melihatkan kemewahan dan keindahan kek-kek ini, mmg bukan calang-calang orang boleh menempahnya. Korang rasa-rasa bape RM bagi setiap kek-kek ini? Bagi aku, kalau kita kaya, apa sahaja kita boleh miliki. Kalau orang biasa-biasa macam aku ni, paling mahal pon kek secret recipe aje.hehheh. Tapi bersyukurlah kita, walaupun tak kaya & tak mampu nak tempah kek seperti ini, dapat juga makan kek yang sedap2. Kalau org miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hanya mampu melihat sahaja apa yg kita makan. Renung2 kan.








Dalam banyak2, aku tertarik yang ini. Pearl cake


p/s : Indah luaran belum tentu indah dalamannya.