Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

December 31, 2010

Blog

pelik kan tajuk aku kali ni??? Blog..Blog BLOG. Pada mulanya aku tulis blog ni sbb bestfren aku ada blog pastu dia pun suh aku buat utk saje2.Aku yang masa tu masih buta IT tak tau apa mnda blog tu pon layankan jelah..Apa aku nak tulis ekk, apa nak tulis?? kawan aku cakap, tulis jelah pape pon..aku pon tulis jela pape pon..Dulu masa sek rendah & sekolah menengah, aku mmg rajin tulis diari.Boleh dikatakan banyak la jugak diari aku yg macam2 bentuk & colour..ada bentuk love, petak, kecik, besar, siap ada mangga lagi..yelah, nanti kalau mak aku ke, kawan aku baca tak ke naya. Masa sek2 dulu tulis diari pasal mamat ni, mamat tu.euwwwwww gatal ko nyahh..hahhaha. tapi bila da besar tak nak pulak tulis2 diari ni. nak tulis blog plak sbb kat U mana main tulis2 ni babe.semua main taip..lecturer cakap kat depan, kita kat belakang taip je ..(heehehe,aku tipu je, aku masih pakai manual tulis2, tapi student Singapore suka taip2 notes pakai laptop dalam kelas). Lepas satu citer ke satu citer aku tulis.Kebanyakan mmg citer pasal diri aku la sbb aku jadikan blog ni sebagai diari kesayangan aku..nanti bila aku dah tua, aku bagi je anak-anak aku baca blog ni, pastu msti anak-anak aku, cucu-cicit aku cakap " waaa nenek ni cam ni ek dulu, nenek ni poyo je kan dulu"..hahahaha.

Ada org buat blog mgkin sbg sumber pendapatan.btol tak?? ada jugak yang nak menambahkan kenalan.tapi kebanyakannya adalah golongan macam aku yang suka melayan perasaan, meluahkan perasaan yang terpendam sekian lama, cewahhhh..yang kuat berangan & ada juga yg nak share ilmu pengetahuan pada masyarakat. Tapi ada juga segelintir manusia yang agak poyoss menganggap dan melabelkan blog ni bagus, blog itu tak bagus.blog budak ni macam sampah, ntah pape blog ni, asik2 syok sendiri.Eh, kau peduli hape?? blog aku, suka hati mak tiri laki aku la nak tulis ape kan?? yang kau sibok ape pasalll???? heheheh aku tengah berlakon tu sebenarnya, bukan marah pon. Tapi aku kesian la dekat blog budak yang femes2 sbb diorg selalu dihina, dicerca atas sbb menceritakan perihal diri, keluarga & apa sahaja yg berkaitan dgn persekitarannya tu...sabar ye kawan2..beselah, org2 famous & hot ni selalu sangat org jealous..nasib baik la aku tak tergolong dalam golongan remaja2 yang hot lagi femes..ada lori ada bus, satu hari nanti Tuhan akan balas..tunggu jela balasan mulut-mulut org yg jahat & tak suka bila org dapat keistimewaan tu.

Bagi aku, pedulikan apa org nak kata..asalkan kita hidup tak kacau org.Kita berbuat baik pada semua org & tidak berlagak ..

Jealous..jealous..bwekkkkk ..tak baik tau dengki & jeles2 kat kawan2..terimalah kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Setiap org ada kelebihan & kekurangan masing-masing..Nobody's Perfect

Tingkatkan diri kita kearah yang lebih baik. Jadikan rakan-rakan yg berjaya sbg penguat semangat & jgn malu & segan utk bertanya apakah rahsia yg mereka miliki. Jangan riak dengan setiap kelebihan yang ada pada diri & buangkan sikap negatif, hasad dengki dalam diri.

Ya Allah, jauhikanlah aku dari perasaan hasad dengki dan dari sifat riak.Amin

Alhamdulillah

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..mungkin ini rezeki akhir tahun & juga adiah besday aku kot..Amin.ingatkan pointer masih sama spt sem lpas tapi ternyata ada peningkatan yang memberangsangkan..walaupun still tak dapat dekan di UM ni, tapi takpela..bersyukur je nakkk..hahahha..perasaan aku skrg ni, rasa nak terbang UITM jeee!! sebabnya kalau aku kat UITM, da bole dapat sijil dekan. yeahhhh..tapi malangnya aku bukan lagi pelajar UITM.harap maaf yer cik Nadia.. aku blom layak utk mendapat anugerah dekan di UM lagi..huhuhuhu..harap2 sem depan dapat la mencapai 3.8 ke, 3.9 ke 4.00 ke wahahahaha..., barulah aku bole menerima tittle Anugerah dekan iyer...padan muka ekauu..sape suh tukar U? hahahhah..Alhamdulillah, subjek advertising aku lulus dan dapat dicover oleh subjek2 yang lain..huh, bila diingat balik subjek tu, rasa nak terjun gaunggggg jer..kihkihkih..pengiraan yg senang pon tak bole buat.adeiii..aku dah kata aku tak minat maths, tak minat kira2..tapi kira duit aku MINAT..heheeheh..tpi menda yg aku tak minat tu la yang keluar kan???? takpelah , benda yang lepas tak usah dikenang...

Oleh yang demikian (cewahh ayat skema).aku dgn ini berazam utk belajar bersungguh-sungguh agar mencapai pointer 3.8 keatas pada semester hadapan..Amin. Janji tak mau malas2 lagi.nak jadi ulat buku.Nak jadi budak skema pegang buku ke hulu hilir-hahahhahah..Nak belajar berhabis-habisan sehingga kematu buntut duduk sehari suntuk tgok buku..Nak makan kismis banyak2 spaya ingatan lebih kuat & tak mengalami mental block dalam exam.

Semoga sem depan lebih bersemangat waja & menjadi lebih baik..Amin

December 30, 2010

today is my BIRTHDAY


Alhamdulillah..hari ni genaplah usia aku 23 tahun..org lain da meningkat setahun umurnya, aku ni baru terkedek2 nak celebrate my birthday.hahahah kecian kan aku..mak aku cakap dulu nak tunggu tahun baru, kunun2 nak melahirkan aku 1.1.1988..tup tup, tak dapet nak menahan so, aku pun keluarlah 30.12.1987.tapi bestt apa, sbb ari sabtu ni da tahun baru so umur aku da 24..eeeeeeeyyy kejapnya anak abah ni da membesar, " kata bapak aku..hehehehh..korg pernah dengar tak satu masa dulu, kalau kawen je mesti wang hantaran nak tarikh besday gtuh..semua org cibuk2 nak buat macam tu..sedara mara, sepupu sepapat semua nak macam tue..aku hanya mampu diam je..tup tup bila mak aku bersuara " nadia, tutup mulut je, dia takott, nanti kang kalau dia bukak mulut mau jadi 30k..kahkahakahakha..ibu aku ni pndai berlawak ghupenya..aishhh..lagi 3 hari nak masuk tahun baru..Anda dah bersedia dgn azam baru tak??

Azam aku untuk tahun 2011 ni : taraaaaaaaaaaaaaaa ( tak banyak..sikit je)

1. nak jadi pelajar yg rajin, tak nak buat keje last-minute & nak belajar bersungguh-sungguh & dapat pointer yang bagusss..nak fokus dalam kuliah & tutorial sbb sebelum ni aku selalu malas2..pastu tak mau monyok2 dalam class sbb mngantuk..nak semangat sikit sem ni..gambate gambate!!!!!

2. nak jadi perempuan yang baik-baik..tak mau nakal-nakal..tak mau tinggal solat Subuh (ayoyoyo kantoiii tnggal solat Subuh) ..Ya Allah, ampunkanlah dosaku..

3.azam last ni macam segan2 nak bgtau..kihkihkih..jangan gelakkk arr...saya nak kurus..hahahhahok, target nak turunkan 4 kilo je..tak banyak pon..sekarang 50 kg..so tolak 4 kilo jadilah 46kg..boleh ka?? Nadia boleh yeahhh Nadia boleh yeahhh...ok, utk permulaan, tak mau naik lif balik umah..nak naik tangga sampai tingkat 14..hahahha..

p/s : semoga azam kau tercapai yer CIK NADIA..amin

GERAM

Gerammm gerammmm grrrrrrrr ..geram!!!!!!! kenapa haku geram?? sbb aku kat cni macam dah menunggu buah yg tak jatuh2..adoiiii result oh result, awatnya hang ni lembab sangat nak kuarrrrr ni??? setiap hari bukak cenggini jawapannya :

Keputusan anda sedang diproses.
Keputusan akan diumumkan sebaik sahaja proses pemarkahan selesai.


Proses . proses, proses...sampai bila ni weyhhhh..da berjanggut, beruban aku tunggu ni !!!!!!

-aku sampai da takde feel nak menunggu result..malas nak pikir kang, tak bole, kna pikir jugak.hehehhe..result ni umpama nyawa weyhhhhhh..hhehehehe

kenapa kali ni UM tak keluarkan serentak result bgi setiap course...nak tunggu tunggu ikut turn la plakkkk..haisshhhhh

i likeeeeeee

haiii, arini nak cter pasal perempuan yg aku minati..cewahh..i'm straight okayyy...takdela, camni citernya, aku mmg minat giler ngan Bunga Citra Lestari ni..b4 dia kawin lagi dah minat tau..sbb apa nak tau?? sbb dia cantikk sangat...dia takdela dikategorikan cute macam Nora Danish tue, tapi dia ni cantik & gorgeous gituh..hahahhaha..aku suka sgt tgok muka & style dia.kalau da magazine gambar muka Bunga ni, kompen aku kebas dulu tak tgok la majalah apa pun.hihihih sampai satu hari aku terbeli majalah pengantin!!! aku pon tak prasan asal plak aku beli majalah pengantin, bukan aku nak kawen lagi pon.perghhhhhh membazir je tapi takpela sbb Bunga punya pasal,i sanggup beli okay..pastue kalau tgok muka Bunga ni, macam tak puas sbb cantik sangatttt..geram aku nengoknya..hahhahha ..lepas tu kan, aku da malas nak membebel pnjg2, baik aku tgok pic2 Bunga yang cantik & hot bangattt ni ..



hot tak ??? kan gwe udah bilang..Bunga ini cantekk bangatt...gebu bangat..gwe kepingin kulit halus mulus sepertimu


gorgeous kan ???


owh ni masa perkahwinan Bunga & suaminya Ashraf Sinclair


Lihatlah perutku, owhh Bunga tetap meletoppp u walaupun perutnya membesar gaya gini..owhh sungguh jealous


inilah muka Bunga selepas melahirkan anak sulungnya..baby ni mesti comelll la besar nanti


lainnya muka dia kan..tapi aku ttp suka tgok..lantaklah korg nak cakap pape pun..bwekkkkkk :p


ala skejap je muka Bunga macam ni..nanti kembali kepada wajah yg asal..u sangatt comel la Bunga..

p/s : gambar-gambar ni semua aku amik kat Google Image..

December 29, 2010

saya Nak FIT

haiiii..hari ni nak cter cikit pasal aktiviti aku mggu ni..tak tau apa kena ngan aku mggu ni, sjak2 nak balik KL ni, baru terhegeh2 nak exercise la, nak joging la, nak kurus la, nak fit la..ntah pape je kan kan..maklumlah badan da mngembang sbb asik makan je 3 minggu ni.padan muka kau.hahhah..ok, sbg seorg perempuan yg tak tahu mnda pasal exercise ni, so, aku pon buat la exercise hentam keromo, apa kejadah kan..patut la kau tak kurus2 nadia..hehheheh..so, aku pon jogging2 la atas treadmill..mak aiiii 20 minit je larat ok..pastu aku da surrender..camne ni?? camne nak body macam Angelina Jolie ni..tak boleh tak boleh..kna kuattt jugak..so, tnpa malu & segan, aku pun tulis kat status FB, " out, jogging.macam mana nak pakai dumbbell dgn btul? adakah angkat dumbbell & angkat , then tahan 15 minit..pastu turunkan".dan tak sangka ramai jgak mber2 yg nak tolong aku mnjalankan aktiviti berfaedah ini.terima kasih kawan2..ada yg tergelak bila aku cakap tahan 15 min..tapi bila pkir2 balik, mmg tak logik tol, gila hape ..lama tuuuuu...

sehinggalah ada sorg bro ni mbantu aku..yeahhh..maceh bro..ok, bro ni da bgi info yg bagus utk aku, knape tidak aku share ngan korg plak..mana tau info ni pun berguna utk org2 yg nak badan yg fit, kurus & cergas.

Inilah INfo yg saya dapat..

Bro :
Attracted about jogging and exercising. I don't know you're joking on not, but hahaha you just made me laugh =D

Sebenarnya tak perlu pun macam tu. Itu namanya seksa kan diri awak la. Awak nak kurus atau nak fit atau nak sihat, semua itu awak boleh pilih. Saya tak lah master sangat tapi kalau nak kongsi boleh la.

1. Kalau guna dumbell, pastikan posisi awal betul. Nanti boleh cedera tisu dalaman awak. Jangan ambil berat sebagai permulaan. Mesti awak sengal2 badan nanti.

2. Dumbell fokus untuk shape kan muscle. Nak bagi kurus, saya tak jamin. Nak kurus dan fit dan shape, jawabnya hanya jogging. Nak fit jawabnya berenang. Nak shape jawabnya masuk gym.

3. Kalau nak stay in shape, awak perlu jogging dan berenang. Dumbell untuk shape kan lebihan lemak yang sikit. Kalau orang berisi masuk gym dan gunakan dumbell atau alatan berat lain, kesan untuk kurus memang amat lama berbanding jogging.

4. Jogging adalah sebaik2 senaman. Kecederaan adalah minunum, dan amat sihat sebab boleh stabilkan metabolism dengan pam darah dan pembakaran lemak bawah kulit. Hasil jogging yang baik ialah peluh yang banyak dan kurang kecederaan =)

5. Kalau nak shapekan pinggang, hips dan perut, sit up 12x, buat 3 set. And leg up buat sama macam sit up. Tu dua basic for perut. Ada lagi advance lah kalau awak nak betul2 shape.

Itu jelah yang boleh saya share. Tapi kalau awak nak tanya, boleh je mana yang saya tahu. Nak kurus ke, nak naikkan berat badan ke, nak shape ke, nak fit ke or apa je la.

ok, then dia cakap, if nak tnya pape, just gtau , mungkin dia bole tlong..aku pon trus tnyaa.

me :
hahhahhaha tu la psal..sy nak kurus, nak fit & nak shat..semua nak..oh mmg sy nak shape kan muscles pon sbb tak nak flabby kan..u knw girls kan lmak dia lain cikit.hehheh..tpi mber2 laki tak bgi nak main2 dumbbell ni.llntak la..sbb sy tgok mat salleh bdn diorg mmg fit, kdg ada 6 packs.hhahhha..erm, seelok eloknya jog, bape kalori yg elok kita buang shari..sbb sy sllu jog atas treadmill je..

bro :
First awak kena measure berat awak dengan tengok BMI awak more too kurus or berisi. Then baru dapat kira berapa boleh buang kalori. Lagi satu awak kena tahu macamana nak jaga pemakanan. Gaya pemakanan tu yang buat kita buncit tu. Perut paling susah nak jaga nak maintain. Sebab makanan malaysia kan sedap2 belaka! Hahaha.

Awak makan jangan berulam air. Makan makanan yang berkuah memang tak digalakkan. Kalau tak siap2 je awak jaga shape perut awak.

Lemak perempuan n lelaki memang lain. Lemak perempuan susah nak tepu macam lelaki. Dia just akan kembang je. So perempuan sebenarnya lebih senang nak kurus dari lelaki. It's a good news! Hehee. ( bab nie mmg tak dnafikan btoll..aku stujuu sgt, jrang tgok perempuan buncit, tapi lelaki mak aiii, ada tu blom kawen da terserlah keboroiannya) -pndai2 je aku ltak imbuhan..boleh marah cikgu BM nti.

me:
owhhh...sy ada baca dlm magzine, ada 1 girl ni buang kalori dlm 600 kalori shari..gila ke ape..mau 3 jam tu jog..owhhh sy takde masalh perot sbb sy tak mkn brulam air & tak mnum ais..prot tkde mslah..cuma lengan jela..hahahha..lg 1, sy nak tough tak mau flabby sna sini....hahhahaha

bro :
Ala lengan tak yah risau sangat. Kalau nak shape ni excercise yang i think easy and suit for u =)http://www.5min.com/Video/How-to-Get-Your-Arms-in-Shape-169859274

Hahaha buat apa nak tough. Just fit je okay la, but jangan angkat berat sangat, just 5lbs dah okay. But jogging akan buang semua flabby dari tangan, peha, perut n pinggang. Just consistent je okay awak.
Nanti if awak dan consistent with jogging and dah ada shape, nanti baru senang awak nak lagi shape macamana yang awak nak =))

inilah pesanan bro tu kpada aku..pesanan aku plak, masa korg termengah-mengah jogging tu, cakap dlm hati @ cakap kuat.."saya boleh, saya bole, lagi 30 minit je lagi"...bila kita bercakap masa jog yg kita boleh buat, ia akan mrangsang otak kita & mberi kita smangat..kalau kita ckp, penat la, tak boleh dah, so kaki akan trus berhenti..so, pilihan di tangan anda ..:)





December 26, 2010

bangga

kalau korg perasan, apa trend bahasa di Malaysia skrg???..bahasa Inggeris kan? mmg tak dapat disangkal lagi..aku rasa kalau tak dibendung masalah ni, bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu akan pupus tak lama lagi..Sebenarnya, nak berbahasa Inggeris tidak salah, asalkan betul pada tempatnya.contohnya dalam majlis-majlis rasmi atau formal di Malaysia ni, alangkah baiknya kalau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.lain la kalau sedang berucap di hadapan ribuan mat salleh yg tak paham bahasa Melayu. Lagipula, bahasa Melayu tu kan bahasa kebangsaan bagi rakyat Malaysia seperti yang diperuntukkan di bawah perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kenapa kita tak bangga dan seolah-olah malu nak bercakap dalam bahasa Melayu. Konon dikata kolot, kekampungan, tak style & macam2 lagi la tanggapan masyarakat. Padahal aku tgok negara Jepun, republik Korea, Thailand yg mmg menggunakan bahasa ibunda mereka sbg bahasa komunikasi tak kira dalam acara formal ataupon tak formal dan juga sebagai bahasa harian maju je negaranya. Mmg bahasa Inggeris tu amat penting dalam dunia skrg tak kira dari segi pembelajaran dan komunikasi. Yelah, kalau tak pndai cakap bahasa Inggeris, macam mana nak pergi luar negara kan? kalau tak pndai cakap bahasa Inggeris macam mana nak mintak kerja kan? Kalau dulu institusi swasta je yg mmntingkan bahasa Inggeris, pendek kata kalau tak pndai BI jgn harap nk kerja dgn swasta, tapi skrg dalam institusi kerajaan sndiri memerlukan kemahiran bahasa Inggeris. Contohnya utk mendapat pekerjaan tertentu, diadakan ujian bertulis dalam bahasa Inggeris dan ujian terjemahan. Tak termasuk lagi temuduga diantara panel yang memerlukan komunikasi dalam bahasa Inggeris. Mmg tak dapat disangkal lagi la kepentingan bahasa Inggeris ini. Namun begitu, bahasa Melayu tak seharusnya dilupakan begitu sahaja. Tapi skrg dah jadi trend, bila ibu bapa lebih menggunakan bahasa Inggeris dgn anak2 sejak mereka masih bayi lagi dan natijahnya budak-budak kecil ini tak pandai langsung berbahasa Melayu. Alangkah bagusnya kalau kedua-dua bahasa ini iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan dengan baik sejak mereka masih kecil lagi. Sekurang-kurangnya utk tahun-tahun yg akan datang, bila pejuang-pejuang bahasa Melayu tidak ada lagi, mereka inilah yg akan memartabatkan dan memperjuangkan bahasa Melayu kita ini.

-malu rasa tgok video di bawah ni, bangsa kita sendiri pon tak bangga dgn bahasa ibunda kita, malu nak berbahasa Melayu sedangkan di Rusia, bahasa Melayu diangkat tinggi oleh masyarakat disana..siap dengan pepatah dan puisi Melayu lagi..aduhaiii



Perselisihan faham

Perselisihan faham..mesti semua pernah alami kan?.tipulah kalau tak pernah..lidah pon boleh tergigit, inikan pula manusia yang berbeza perangai dan sifat.arini nak cter sikit la pasal kisah-kisah perselisihan faham..aku pon pernah mngalami perselisihan faham bkn sahaja dgn boypren malahan jga dgn kawan-kawan pon pernah..ada yg lagi parah bila tak sebulu dgn seseorg hingga tak bole nak bjumpa mcm ayam dgn itik..inilah yang dikatakan perbezaan manusia..macam aku plak, bila aku marah, bergaduh @ berselisih faham dgn someone, aku lebih suka mndiamkan diri @ melarikan diri..aku tak nak pnjg2kan citer sbb nanti lagi parah..tapi lain pulak bagi mereka yg tak suka melarikan diri @ mendiamkan diri..bagi mereka mendiamkan diri bukanlah jalan penyelesaian masalah yang terbaik sebaliknya duduk berunding face to face dgn org yang dia tgh marah tu..itu yg sebetulnya.Yelah, lain org, lain caranya kan..tapi aku paling tak suka bila seseorang tak suka mendengar pendapat & pandangan org lain..bajet dia je yang betul..nobody's PERFECT..hanya Allah SWT sahaja yg sempurna..ttapi ttp wujud manusia yg sebegini yg merasakan diri mereka lbih bijak dari org lain shingga tak memberi peluang kepada org lain bercakap..Bagi aku sebijak manapun seseorang tu, secantik dan sefemes mana pun seseorang, tapi perangai asyik nak membangkang org je keje, takde maknanya der..buat org sakit hati adelah..kita ni blom lagi nak bukak mulut, baru sepatah dua pendapat, dah dilawannya, ditentangnya, disangkalnya, masyaAllah mana tak terkejot org tu..erm, jalan terbaik adalah diam jelah..tapi bila kita diam, dikatanya kita ni tak dgr dia cakap, tak fokus apa yg dia nak katakan.alahai manusia, manusia..peliknya perangai setiap orang..Pada pendapat aku, tak kira sesiapa pon, org miskin ke, org kaya, org hodoh, org cerdik, org bodoh, bengong ke perlu diberi peluang bersuara..BERCAKAP..!!!

kalau rasa diri tu sorg je yg btol, bagus, duduk gua lah...takpon masuk pertandingan DEBAT (saja taip pakai huruf besar semuanya, Penegasan tu) hehhehhe.



December 25, 2010

spaghetti Carbonara simple

ok, taulah hari ni hari X-mas..tapi awat masakan pon nak ala2 western? hahhah suka hati aku la der..ko jeles nape der? hehehe ari ni nak cakap ada perkataan "der" smpena meraikan kemenangan pencipta perkataan "der" ni..tak lain tak bukan adalah Shaheizy Sam @ lebih dknali sbagai Adnan sempit dalam Anugerah Skrin malam tadi.hahahha..apa la aku melalut ni der?? padahal aku nak tunjuk masakan Spaghetti Carbonara Mushroom aku yg simple ni jer der..budak tadika pon bole buat la der?? tapi aku tak kisah pon, sbb aku mmg penngemar Spaghetti..kenapala dulu masa Diploma aku tak amik culinart arts je der?? kalau tak aku dah bole pakai baju, topi chef dah..dah jadi chef hotel da der... sedey2..kenapa la aku tak perasan bakat aku yang terpendam ni der..hahhahhah.takpela, jadi chef kepada En Zaimi & Puan Norwati pon ok la der..walaupun tak bergaji, tapi kdg2 bagi jgak duit belanja..hehhehe...kalau ada sesiapa teror masakan western @ chef, janganlah kedekut ilmu der..ajalah aku ni der..tak baik kedekut ilmu tauuu..



sorry la der..tak cukup bahan la..aku sebat je apa ada kat dapur..lantak lah asalkan perut terisi & rasanya sedap..( wekkk bole plak terperasan)

make-over

hari Rabu yg lepas, adik sepupuku mintak tolong make-up kan dia utk pergi dinner..biasalah budak2 sekolah dah akhir tahun macam ni mmg banyak dinner diorg buat.. so, aku pon time tu bosan2 tak tau nak watpe, layankan jelah adik sepupuku ini..Nama adik sepupu aku ni Farah Afiqah..teror menembak kot..pernah masuk paper tau sbb teror menembak la.hahhahah..cayelahh Pikah..hehheh.oklah, nak tunjuk gambar je sebenarnya..nak membebel pnjg2 pon penat je..korang layan yerr

before di make-up kan..suka sangat tersengih-sengih budak ni

selepas di make-up..tadaaa..cantik kan budak ni..heheheh rasa nak cium2 je kan.hahha

ok, sy mmg sengaja bagi lipgloss lebey2 cikit ..maklumlah kata make up dinner kan..kenala meletop cikit..

ok, pastikan bibir anda maintain berkilat sampai abis dinner ok.hahhaa

December 22, 2010

Bunga VS Lelaki


Assalamuaalaikum...berdasarkan tajuk di atas, cewahh, macam nak buat karangan sekolah plak, ari ni nak cerita pasal lelaki dan bunga..Pernahkah anda mendapat bunga dari kekasih hati anda iaitu bf anda? owhh kalau pernah, sesungguhnya anda mmg seorang perempuan yg sangat bertuah..kenapa saya brkata demikian? sbbnya saya tak pernah mndapat bunga pon sepanjang hdup melainkan semasa convocation sahaja..hihihihi tragis tak, tragis tak? kesian kan??? hahhahha..tapi bila di kaji dan diselidiki, bukan saya seorang yg mngalami kisah tragis ini, ada jgak yang sama nasibnya spt driku yg malang ini.hahhaha.Kebanyakan bf kpda kawan2 saya berkata, spnjg couple, hanya sekali sahaja mndapat bunga..kalau yg bf dia romantik tu tak termasuk dlm senarai lah yer, ANDA SEMEMANGNYA BERTUAH sbb selalu mndapat bunga.. Masalahnya skrg? knapa saya tak pnah dapat bunga ni? musykil ni.. Adakah sbb walaupun saya kelihatan lembut dan ayu di luaran, tapi dalaman da ghupe jantan mnyebabkan saya tak pnah dapat bunga dri kekasih hati?..atau bf saya mempunyai sejarahnya yg tersendiri mngenai bunga2 ni..punyalah nak bunga sangat dari bf, sampaikan cakap mcm ni "tak nak bunga banyak2, tak mau yg sejambak2 tu, taulah bunga sejambak tu mahal almost RM100 (kalau dibeli pada hari2 biasa & bukannya time Valentine's day, kalau Valentine's Day mak aiii 3x ganda agaknya harga bunga2 ni)..bagi sekuntum pon takpe la, baru RM10 kalau hias2..tapi malangnya itu pon tak pernah dapat.waakkaakak...lagi haru bila jalan2 ngan kekasih hati ni, tetiba nampak bunga rose plastik, berbunga2 la hati ni sbb bunga tersebut nampak real & cantik sangattt..cakap nak bunga plastik, pon tak nak bagi, katanya bunga plastik watpe?? baik beli bunga ori..haiyaaaaa, bunga plastik tak bole, bunga ori pon tak dapat..majuk la camni..bagi bunga taik ayam jela..tak paham la kenapa lelaki susah nak bagi bunga kat perempuan? Adakah membazir? @ adakah lelaki tersebut tak nak dilabel sbg mat jiwang @ mat romantik? @ adakah lelaki geli nak pgg bunga @ adakah lelaki malu nak bgi bunga pada gf? yang peliknya, benda lain bole plak bagi, baju, seluar, cokelat lah, tapi bunga sekuntum yg berharga RM4.00 susah amat nak bagi.aishhhh :p

- jeles jer bila ibu selalu dapat bunga dari abah..tapi ada tukang hantar la kat umah konon2 surprise..pastu ibu akan merungut camni " ishhh membazir je bagi bunga, baiklah bagi rantai ke gelang ke, ..bunga ni cpt layu" ..tapi yg peliknya bila pgg bunga sengih2 sorang..haiyaaaaaaaa..

December 19, 2010

Edisi Tak mau Kawen Lagi

arrrrrrrrrrrr grggggggggggggg grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr grrrrrrrrr (jerit kuat2 sbb tension)..sebab apa tension?? sebab bosan bosan..bosan kenapa? bosan sbb makcik-makcik, mak-mak, bapak-bapak, kawan-kawan cbokkkk tanya bila nak kawen, bila nak kawen...kalau pgi wedding kawan, msti ada jeeeeee yg cakap camni " lpas ni awk plak yer"..huhhh tak larat daa nak mnjawab..kalau boleh, nak buat pengumuman je atas stage tuh, makcik-makcik, pakcik-pakcik, ibu-ibu , bapak-bapak, nenek-nenek, adik-adik sume, jangan tanya soalan yang sama boley tak??? sbb saya da penat nak menjawab..kan best kalau mereka memahami dan berkata "BAEKLAH"..huuhuh selamat hidupp ku..malangnya itu tidak berlaku...jerit lagi sekali grrrrrr aaaaaaaaaaaaaaaaaa eyahhh eyarhhhhh...(ni ngamuk tahap cipan ni)..sy bukan tak nak kawin makcik, akak, adik, tapi sy banyak mnda lagi nak buat...saya normal auuu makcik, hahahhaha...lagipun saya tak rasa umur 23 tahun ni terlalu tua. Bagi saya, selagi umur belum mencecah 30 tahun, masih muda & fresh lagi.hehehheh..tapi kalau umur 40 tahun tak kahwin-kahwin lg, kalau makcik-makcik akak-akak nak panggil andartu@anak dara tua, SAYA TERIMA..kihkihkih...Lagipun makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak, zaman skrg tak boleh nak dbandingkan dgn zaman dulu..zaman skrg hidup makin advance, semua memerlukan money, money makcik...kena belajar tinggi-tinggi dulu, keje bagus2 dulu baru pikir kawin ok...

pastu ibu plak cakap, " jgn kawin lambat2 akak, tak baik perempuan bercinta lama-lama..tak elok org pndang..lagi satu kalau kawin lambat, nanti org ingat anak ibu ni tak laku plak...

sy jawab :haiyaaaa ibu, ibu tgok kakak ada macam tak laku ke?? terlebih laku tau..huhuhu gurau je -

abah plak cakap-jgn terlalu memilih, jgn jadi playgirl, jgn mainkan perasaan lelaki..tak baik..

sy jawab : baiklah...


ok tahun depan umur da 24 tahun, tapi saya rasa macam muda lagi..hahaahha...relax la.Linda Onn pun tak kawin lg, hehhehhehe..

Awal-awal nak buat list tahunan spya org tak tanya lagi pasal kawin dan senang nak jawab kalu org tanya-

1. 2011- belajar rajin2..biasala azam setiap sem mesti sama..tapi tak pernah buat gakkk..huhuhuhu, lepas tu nak menghabiskan duit shopping2 macam nak gila...

2. 2012- tahun ni msti ramai org kawin, nak2 tarikh 2.12.2012 & 12.12.2012 (perghhh cantik giler tarikh)..so, ada aku kesah ngan tarikh tu? bukan aku nak kawen pon.ahak ahak....ok tahun ni stdy utk final year.yahoooooooooo..pastu da bole grad....so proud of u (cewahhh giler perasan padahal lmbat lagi)..

3. 2013-lpas da blaja msti keje plak kan?? erm, tgoklah, kalau pointer bagus hajat dhati nak buat master plak.kalau tak, keje cari duittttttt!!! ( money, come to me..moneyy yeahh)

4. 2014-cari duit lagiiiiii..yeahhhh

5-2015- terfikir nak kawin la...masuk la meminang, masuklah meminang.yeahhh ..hahahhah (time ni umur da 28 tahun-sangat terasa kematangan disitu)

marriage ??? sbor2, 5 tahun lagi bermula dari tahun depan..sila kira sendiri tahun berapa saya akan kawin.

maaf, belum terpikir nak berkahwin lagi..sbb bf tak nak masuk minang..huhuhuhu..(ayat majuk)
best kalau dapat shopping cam gila camni...nasib dapat roomate giler shopping jugak..yeah yeahhh

time Dip dulu tak sempat nak baling2 mortal board ni..time degree tak kira, nak baling2 jgak nanti..kalau takde org nak baling2 ngan aku, aku main baling2 ngan mak aku..wekkkkk

azam tahun depan nak belajar bersungguh-sungguh macam gamabr diatas..kalau mak bapak tgok ni, bangga woooooooo..malangnya aku takde nya nk serajin ni..hahhahhah

Inai

Semalam bosan2, ibu ajak kuar g tgok pesta layang-layang antarabangsa..tapi hujan plak turun tak henti-henti..maklumlah pantai timur kalau bulan 12 mmg sudah sedia maklum musim tengkujuh..lepas hujan da mula reda, sy dan family pon ciap2 la nak pergi Pantai Sepat...erm, event da nak abis sbb ari da nak gelap kan, so jalan2 tgok2 jela apa yg de djual kat ctu..hhuhuuhuuh..pastu tetiba ternampak ada akak cantik tgah lukis2 inai..cantik sangat inainya sbb kaler merah..selalu tgok kaler oren tu..eee buruk je kaler oren tu..sambil tggu ibu lepak2 kat gerai makcik, apalagi Jom lukis2 inaiii..yeahhh...akak yg lukis inai tu baik sgt, cun plak tu..lukis punya lukis, sembang punya sembang, da bape jam melepak kat situ..tapi mmg best dapat sembang dgn Kak Su yang gojes tu sbb banyak ilmu pasal kecantikan yang sy dapat.yeahhhh...nti bila cuti sem lagi, bole la belajar make up ngan Kak Su..

Ini inai yang paling hot & ramai org buat..lpas da siap lukis inai, kejenya asek nak tayang tangan je.ntah pape.hahhahha

December 17, 2010

Rumah Idaman

bagaimana rumah idaman anda? rumah batu ka? rumah papan ka? rumah pasir ka??? hhehehe gurau je...kalau la diberi peluang nak bina rumah, kat kawasan mana yang korg pilih??? kalau aku la, jawapannya adalah aku nak bina rumah kat tepi pantai..lagi best kalau kat pulau..ramai jgak mber2 aku yang duk pulau..housemate aku pon duk pulau..Pulau Langkawi..zaman dulu org Melayu bina rumah tradisional dgn menggunakan bahan2 tradisional je, cth macam kayu, nipah, rumbia, ..paku2, simen ni takde tauu..tapi kenapa rumah zaman dulu masih ada dan masih lagi kukuh serta kekal sampai skrg walaupun dah tua dan sedikit usang.. ha, sbb kayu yg digunakan adalah kayu2 yang terpilih contohnya kayu ulin @ berlian...tapi perasan tak zaman skrg, senibina rumah dah banyak ikut reka bentuk @ senibina barat..contohnya tandas di dalam bilik, dapur yang kecil dan ada sedikit seperti gaya tudor ala mcm rumah2 dkt Cameron Highlands tu...nampak kebaratan kan?? alaaa, aku pun suka kalau rumah ala2 barat ni..kalau bole, rumah idaman aku mesti dapurnya besar sbb aku mmg suka duduk dapur berjam2..ntah apa aku buat pon tak tau..lepas tu toilet pon mesti besar...erm tu jelaa..yang paling pntg mesti ada satu bilik utk solat bg memudahkan tetamu nak bersolat.

ha, pelik-pelik kan rumah barat..

korang rasa2 la kan macam mana nak naik atas..tinggi tu..mgkin ada lif di dalamnya..sape tau kan


December 16, 2010

Hairstyle

tadaaaa....dah lama menghilang baru memunculkan diri..g bertapa kat gua seminggu ni..tu yg bzzzzz..hihihihi..erm, rambut da panjang macam Rapunzel laaaaaaaa..( wekkk wekk) yahoooooo sudah panjang..alaaaaaaaa kcoh minah ni...biarlahhh, i happy kot rambut da pnjg paras pinggang, ehh blum sampaii, cikittttt je lagiii nak sampai...sukaa sukaaaaaa..ha tu la kebaikannya memakai tudung ni...tup tuppp rambut cepat panjang..tupp tupp semakin lebat..tut tuuppp semakin sihat dan tidak rosak lagi -sbb tak lagi terkena panas matahari dan habuk2 di tepi jalan raya..boleh la sy jalan lama sikit dari Sg Wang ke Pavillion dgn berjalan kaki sambil melihat2 pemandangan yang sangat indah...cewahhhh hahhaha...ok la, sebenarnya bukan nak cerita pasal Sg wang @ pavi ke, tapi ni haaaaaa tgh kusut nak pilih style rambut yang sesuai..maklumlah sy ni cepat bosann dgn fesyen yang sama bertahun2..lagipun dah lama tak memanjakan rambut i ni..hehehhe gedikss plak...heii, ingat org pakai tudung tak bole rambut lawa2 ke???,,,kawan2, walaupun u ollss pakai tudung, tapi jgn ingat tak bole fesyen rambut tau..penampilan kena jaga luar dalamm okeyhh baru la classss u....ni silapnya kepada perempuan bertudung sbb tak nak jaga rambut.kdg2 tu jgn terkezot klu tgok awek anda bertudung alahaii cantiknyaaaaaa tapi bila da kawen & da tgok rambut isteri, mak aiiii, rambut macam nenek kebayan yang keguguran rambut!! sy ckp ni bkn sebarangan auuu..tapi mmg banyak kali da terlihat fesyen rambut sebegitu...hehhehhe..bukan nak mengutuk atau mengata, tapi kan lagi elok dan cantik bila ayah, mak, adik beradik, suami tercinta anda itu lihat anda cantik seperti puteri...cewahhh lagi..hehheheh...terutamanya pada isteri-isteri yang serabai dengan baju yang busuk (sbb 24 jam buat keje rumah , so peluh2 kat ketiak dll, perghhhhh mmg wangi tak hingat kan)...lepas tu rambut masam, mengerbang perghhhhhh bole menangis si suami yang bila balik kerja penat2 pas tu tgok muka isteri macam tu.hahhahha..( tak boleh bayangkan)hahhahha...

sebab tu la org selalu cakap rambut adalah mahkota wanita..dan org selalu ingat perumpamaan tersebut hanya utk yang free hair sahaja...oooooooohhhhh anda salahhh ye kawan2...kdg2, org cakap, ala pakai tudung, tak perlu la jaga rambut, bukannya org nampak pon..eeeeeee anda silap lagi...anda la nampak..!!!!! kan sejuk mata bila tgok diri kita kat cermin, cantik.., bersih..., kemas, style walaupun org lain tak nampak..so, konklusinya, kita kena menjaga dan sentiasa membelai rambut supaya rambut sentiasa sihat, segar, dan cantikkkkkk....

sekarang ni ngah kusut nak buat rambut macam mana... kusut kusut...bukan rambut kusut tapi fikiran kusut..hehhehe...



okeyh..rambut saya panjang seperti ini..ok, imagine k...

adakah perlu untuk memotong pendek seperti ini..mcm drastik la plak kann..tak mau la..nti rambut merajuk tak mau tumbuh2 dah

wooo...i envy her hair.....cantikkk sangattt..colour and layer sangat cantik

Lindsay lohan mmg sesuai rambut spt ini..

wow.......highlight pada rambut ini sungguh mengagumkan....nakk nakkk

ohhh style sebegini sudah bosann.... dah 5 tahun style begini...!!!!!! kita tukarrr lain

ha tadi kata bosan kan..kata minat giler warna merah...hahhahhaha amacam??? gila hengkauu...tak bole masuk umah plak nanti, bapak aku kejar dgn pelepah pisang...hahhhahahha...

yang ni plak macam mana??? hahhahha tak bole2..nti ramai wartawan cari aku sbb ingatkan makhluk asing ada kat bumi ni, kat Malaysia plak tuhh..hahhah ( macam cter Awan dania tuhh) kihkihkih

style ni cantik gak...kalau pgi zoo ni, seronok zebra2 kat zoo nak berkawan dgn aku ni.hahaha

tadaaaaaaa..akhirnya gaya ini menjadi pilihann..maklumla artis kesayangan kan..mesti la sama mcm Serena Van Der wooDsen..yeahhh....ibu, abah, adik2 ku,housemate2 ku, amacam??? anda setuju takkk sy buat style rambut spt ini????

nak curl ke nak lurus??? poning balikkkkkkkk daaaaa


December 11, 2010

HOrmatilah Kaum Perempuan..

Baru2 ni aku ada terbaca satu artikel pasal BF mintak putus ngan GF dia sebab GF dia terlalu menjaga Kesucian & kehoramatan Diri..tapi cter ni aku da create2 sendiri la ikot suka hati aku la kan....ok, couple ni bercinta mmg atas dasar suka sama suka..cinta sama cinta..tapi tak lama kemudian, si BF ni mintak putus sebab bosan dengan GF dia yg dikatakan tersangatlah Mulia dan tersangatlah baik...korang nak tau apa alasan dia mintak putus??? Alasan yang paling bodoh yang pernah aku dengar selama aku hidup ni...jawapannya adalah : Si BF ni bosan ngan GF dia sebab dia tak rasa happy & bahagia macam kawan2 dia kapel..Si BF ni mngatakan dia bosan sebab dia tak dapat pegang2, sentuh2, kiss2, muahh muahh muahh, peluk2, & yang sama dengannya la..Awek dia ni mmg menjaga la keHOrMATAn diri ( aku saje taip pakai Huruf besar sbb nak bagi tau, mmg la Pempuan wajib jaga kehormatan diri..) ...Bila dia nak raba2 awek dia, awek dia dgn lemah lembut cakap " awak, tolong hormat saya, nti bila kita da nikah, awak nak buat apa kat badan saya pun takpe..sbb masa tu saya dah jadi milik awak" ...apa lagi, yang si BF ni mengamuk sakan la sbb tak dapat nak bermanja2 ngan gf dia...sampai satu tahap, Si BF ni tak nak kluar ngan awek dia lagi sbb dia rasa macam tak syok, bosan tahap cipan & takde mood nak berdamping ngan GF dia yang dipanggil Perempuan alim..yang si GF dia yang memang baik, sopan, ayu, berbudi pekerti ni rasa sedey & down gila la sbb BF dia mintak putus..tapi GF dia sabar & nangis2 tersedu2...(baik tak perempuan ni, nangis pun slow2 je, tersedu2 je)..Si GF ni merayu mintak maaf kalau ada wat salah dan silap sepanjang diorang couple..yang Si BF ni dengan Egonya menjawab " yeahh, ok..takde pape lagi kan, kau boleh balik la,sbb aku nak cari perempuan yang hOt & Style cikit, takde la malu sangat depan mber2 dapat tayang2 awek sambil peluk2 awek baru tu nanti"....ok , THEN mereka pun putus.. :(

4 tahun kemudian, perempuan ni telah bertemu dengan seorang lelaki yg memang dirasakan lelaki yang boleh membimbing dia ke jalan yang benar..Seorang lelaki yang menjaga kesucian dan kehormatan dirinya..tak pernah meminta yang bukan-bukan apatah lagi merasai kenikmatan tubuh badan perempuan ni..kiranya ini adalah Perhubungan yang suci dan diredhai Allah SWT ..bagi lelaki tersebut, seorang wanita adalah seperti berlian yang tak ternilai harganya dan kalu berlian tu pecah, musnahlah semuanya..( cthnya macam ni la, kalau korang beli makanan, korang akan beli makanan yang terdedah ngan lalat, semut, hujan ke @ korang akan beli makanan yang cantik je ditutup ngan penutup ?? walaupun penutup tu kaler dia agak hitam, merah & tak nampak isi dalamnya, tapi korang mesti nak tgok jugak yg tertutup tu.) sama la jugak dgn kisah ni..perempuan tu diibaratkan seperti makanan yang ditutup..bersih, suci dan belum dicemari...ok, berbalik pada cerita asal, perempuan tu akhirnya berkahwin dan dikurniakan anak2 yang comel dan bijak ...( perlu ke nak mention anak2 yang bijak dan pandai??) -dikurniakan anak sudahhh kan kan..hehehhe (eh, suka hati aku la, citer aku...wekkkk)hehhehhe..

ok, korang rasa2 la kan, mana pergi si ex dia tu?? jawapannya : LU PIKIRLAH SENDIRI...(tetiba nabil berkata-kata kan)

jawapannya, si ex tu merana tunggu masa nak menghembuskan nafas yang terakhir sbb telah dijangkiti penyakit AIDS..haaa tragis tak..tragis tak story aku ni...Selepas dia berpisah dengan gf dia dulu@ perempuan baik tu la, si lelaki ni mmg kencang la berdamping dengan perempuan2 yang HOT StuFF u tak takkk...(X.O.X.O..tetiba jadi Gossip Girls..)..kehidupan laki tu mmg FUN la...( kata lelaki tu la kan)....yela, kehidupan macam da kawin walaupun belum bernikah secara sah,Tipula tak seronok kann kann....da puas2 soronok, tak lama lepas tu si lelaki tu sakit2 dan alangkah sedihnya sbb dia telah mendapat penyakit yang mmg tiada ubatnya..rupa2nya GF baru yang si lelaki ni banggakan sangat adalah Pelacur rupanya..(maksud aku bukan pelacur yang jual body kat laki2, tapi perempuan ni sbnarnya telah curang di belakang si lelaki ni & ada banyak BF lain rupa-rupanya & selalu melakukan hubungan terlarang @ hubungan Seks..)..-aku saje panggil Pelacur sbb bagi aku kalu dah melakukan perkara terkutuk dengan ramai lelaki sama gak macam jual diri kan...cuma tak dapat duit la macam pekerjaan pelacur yang sebenar..

last sekali, apa ekk..jap pikir japp...ok, last sekali, masa Si lelaki ni tgah nazak kat hospital, ex GF dia dulu yang dia hina-hina, buang2 macam mainan ni datang la melawat beserta dgn suami kesayangannya itu..ex gf dia ni sedey la jugak maklumlah pernah couple & ada kenangan2 manis masa bercinta dulu kan..sebelum Ex GF dengan suaminya nak balik dari melawat, lelaki yang pernah buang GF ni cakap pada suami EX GF nya " Aku harap kau jagalah dia baik2..Dia memang perempuan yang sangat Mulia yang tak pernah aku jumpa selama aku hidup..Kau memang layak utk Dia...." ..EX GF yang mendengarnya apalagi terus menangis teresak2 mengenangkan nasib EX BF dia yang mmg takkan hidup lama lagi...

Konklusinya, hormatilah kaum Wanita..dengarlah Pendirian kami..Jagalah Kesucian & keHormatan Kami..Sesungguhnya Allah SWT memberkati perhubungan yang suci-

Tamat


Perasaan apa ni


kenapa sekarang aku rasa happy + sedeyy+ keciwa+frust+sebak+kecik ati+berpura-pura happy walaupun hati meraung!!! + bosann+ blurrr+ kdg2 macam mentak gak la+ tension..

jawapannya: hidup aku da tak FUN macam dulu.kalu bole putar balik 4 tahun yang sebelum ni, alangkah sonok2nyaaaaaaaaaaaaaaaa.... :(

walau papepun, chill jela babe!!!!!!....

December 10, 2010

Tips untuk Mereka yang Malas Belajar...

Bestnya ada bilik mcm ni..tggu la ada rumah sendiri nanti..akan ku bina sebuah library sperti ini.suka suka sukaaaaaaaaaaa....

Assalamualaikum W.b.t..( tetiba je baik ari ni) ehem2..syukur ke hadrat illahi( asal aku ni mcm nak tulis surat plak ni)..adehhh...takkan lepas exam dah mental kot.hehhehhe..sebenarnya nak bgtau arini aku abis exammmmmm..yehaaa..sonok nampak?? sonok la sangat, result pom blom kuar..huhuhuhu..akhirnya barulah boleh nak bukak fb, baca magazines, tgok movie puas2, hang out, shopping2...rasa lega sangat..erm, cam biasa la exam ada yg susah..ada yg senang..klu yg senang happy nya rasa..tapi klu dapat yg susah, balik umah meraung2 tak hingat...oooo nasib baik tak down sgt..tgok soalan exam yg susah tu..mak aiii, rasa nak meraung dlm exam hall tu jgak..dahla tyme paper susah tu hujan, ribut petir berdentam-dentum....erm, dahla aku ni fobia ngan number, tetiba soalan number la plak yg banyak nak kuar..tgok?? skrg apa jadi??..dah tertukar2 formula..padan muka aku..sape suh fobia number..ok lah, sbenarnya klu aku ni berusaha lebih sikit dari awal sem,takkan jadi macam ni.okey sempena tahun baru ni..cewahhh azam la babe..(mntak2 azam kli ni tercapai)..bahawasanya saya, akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat serta keputusan yg membanggakan kedua ibu bapa serta pensyarah yang saya kasihi...hehheheh (klu berikrar dpn ibu & abah ni, mau tergelak terguling2 ni, hahhaha).ok la, tak nak banyak cakap..saya nak share tip belajar utk Student2 yang tak brape nk pndai mcm saya & malas macam saya..(rasanya dak2 UM ni bijak-bijak belaka)opsss terperasan plak..kihkihkih..maaf bukk..

tips nya adalah..taraaaaaaaaaaa:

1. anda kena paksa diri anda utk belajar macam saya.hahhaha..( walaupun ngantuk ke, perasaan nak tido tu melebih2 ke, atau asek terbayang nk g shoppin & tgok movies mcm saya..haaa plg pnting, jgn bukak fb, klu nak bukak , dlm 5 min je okayyy?? sbbnya sy tau klu anda bukak fb, mesti 5 jam kan?? hahhaha (samala mcm sy dulu ok)..ini petua dari bf & bestfren saya...( aku jadi tension tgok diorg ni belajar..dari kul 9 pagi smpai 12 mlm duduk dgn statik kat meja stdy, tak bcakap dgn org, makan bila perlu & berak bila perlu)..dan hasilnya, pointer mereka tak mainla setakat 3.00-3.40 ni..Hasilnya 3.60-4.00....( ha, kau jawab..jawab!!!!) (aku ngah jeles ni)!!!!

2. ni tips dari bestfren sorg lg aka my roomates atau teman sebantal..eh eh silap, teman setidur...disebabkan course dia ( History) memerlukan hafalan yg memang umpppphhh tak tau nk ckp, aku pelik bila dia dapat hafal semua fakta sejarah siap tarikh2 & nama2 orang..klu setakat nama Ali bin Abu, aku pon tak la kesah sgt kan..ni nama yg mmg payah2 versi italy, arab semua..aiyoooo mmg mantap mber aku sorg ni...klu aku la zaman sekolah2 dulu klu ingat tarikh, just ingat tahun je 1987, 1957..pendek kata, setakat sejarah Malaysia ni mmg kacang la bgi dia..sbbnya aku pon da belek2 tgok sejarah barat yg dia belajar..nak termuntah aku tgok sbb byk sgt..dia ada bgi tips mcm mna nak ingat semua fakta then muntahkan masa exam..haa...rahsianya, kita baca mcm baca novel, kiranya mcm kita bercerita la.then baca sambil dengar lagu?? anda boleh buat tak?? separuh org mngkin tak bole, tapi ada kbenarannya jgak tips ini, sbb dulu masa kat Uitm, sorg pnsyarah aku ni suka psg lagu time mngajar smpai aku jadi rimas lemas..terpaksa la aku tebalkan telinga dgr lagu sambil belajar..Menurut fakta la, bila kita dengar lagu sambil membaca & menghafal, kita akan berasa terganggu dgn stuasi tersebut ttpi ia merupakan halangan & cabaran yg kita kena adapt...means, bila exam, tetiba kita mental block, kita akan mudah mengeluarkan apa yg kita hafal tu...sila mencuba..

3. biasanya budak2 tak pndai ni tak suka baca2 buku time exam..caranya mudah saja..selain tidak membebankan, tidak memberatkan, simple dan sempoi..hhaaha..senang aje, anda amik kertas A4 banyak2, sediakan pen merah pen biru, u marah I LoVe u.hhhahha(gurau je) ok2 serious. sediakan pen warna-warni & buat notes kecik2..suka hati u ollss la nak tulis apa asalkan ia berkaitan dgn apa yg korg belajar..lepas tu, korang dikehendaki baca notes tu wlau dmana korg berada ( mudah kan sbb notes tu dah dilipat2 so bole masuk dlm poket)..

4. lepas tu kan kan, korg rajin2 kanlah bertanya pada lecture & mber2 yang rapat ngan lecture manalah tau ada hint2 soalan pe yg kuar.hahhahhah....

5. ini tips dari roomate jgak..dia ni kira teror jgak la..pointer power tu babe..dia ckp, klu awk mmg tak paham sesuatu perkara tu, awk hafal banyak2 kli smpai nak termuntah pon takpe..jgn hafal byk2, tapi hafal sikit..satu ayat, satu ayat smpai jadi satu esei.haaaaaaa gtu...Prof sy ada jgak pesan pda saya baru2 ni, dia ckp, "awak baca apa yg saya cakap ni sampai 10x "...lepas da hafal tu, tutup mata, bayangkan balik...

akhir sekali tips dari sy sendiri, banyakkan la berdoa pada Allah semoga setiap yg kita lakukan berjalan dgn lancar..sape yg bole tolong kita, klu bukan Allah SWT...mintak kuatkan daya ingatan kita & tingkatkan kefahaman kita spaya dapat mnjawab dgn baik..Amin...

November 21, 2010

Hadiah buat Family..Triffle yg Simple

lagi 2 ari sy da nak balik KL.huhuhuhu sepatutnya balik sok memandangkan badan tak sihat lagi, tak dapat la nak balik, nanti bapak bising plak nak drive jauh2...(jauh la sgt Kuantan-Kl) hahhaha..jauh la jgak tu...so, ari ni tetiba rasa nak buat something utk family tercinta...tadaaaaaaa siap Triffle Pelik..kenapa pelik?? sebabnya triffle ni saya letak pisang di dalamnya.hehehhe (tgok pisang kat umah byk sgt, nti klu da rosak membazir plak)..lagi 1 maaflah sbb tak letak whipped cream kat atas triffle ni.hehehhehe..buat yang simple2 ajer..kelentang-kelentung-kelenting tadaaaaaaa siap sudah...sedang sibuk2 masak custard & agar2 atas dapur, abah sy asyik intai2...nk tgok apa la anak dara dia sedang buat ni...(padahal sy paling tak suka kalu ada org kacau kat dapur)hahhahha....abah mcm tau sy macam tak selesa abah tgok2, pastu abah buat2 basuh pinggan la, kemas2 pinggan, kutip segala mangkuk utk dibasuh, pastu tanya anak dara dia@ saya lah tu, "kakak buat apa ni?" sy cakap, " triffle la abah" ..Abah tanya balik, apa tu??? sy jawab " ala, tak reti nak cakap, nti abah tgokla sendiri ek"..hehheheh"...bila da siap, my mum cakap " wow, kalah ibu camni, ibu pun tak pandai buat "..hehhehhe bangga2..(padahal nak buat bkn susah sgt pon) hahhahhaha...ok la, nak makan.nyummy nyummy...kawan2, ada masa saya akan buat utk anda ok..


boleh la nak bagi family makan..walaupun tak brape nak menarik.hahhahaah


1st time buat.Alhamdulillah menjadi..


meriah kan?? macam nak menjamu 10 org.hahhahha


oh, sebelum meletakkan sos custard diatasnya..kaler merah tu adalah agar2 Nona


inilah buah2an yg saya guna + pisang (tiada dlm gambar)hehhehhe




November 20, 2010

Release TenSion

hah hah hah hah kunun2 efek termengah2... penatnya...baru lpas joging..setelah beberapa bulan tak jog kan, mmg semput tahap gaban giler..baru 10 minit lari, da termengah-mengah..tapi takpela, rasa lebih sihat sikit setelah 3 ari demam, batuk2 , sakit tekak sampai sekarang suara da macam rockers Ella beb...dari malam tadi smpai hari ni rasa sedey, frustrated & ntah ape2 la yg sewaktu dgnnya..tapi cool bebeh, lupakan all the probs , make ur life happy ...kita jog sambil dengar2 lagu ok..huh!!! inilah cara saya utk RELEASE TENSION...korg lepas tension camne ek? actually, kalu saya sihat + hiperaktif mcm sblum2 ni, joging mgkin cara ketiga saya melepaskan tension..sbbnya cara pertama adalah dgn Bershopping sakan dgn member2 sampai tak sedar diri, then, jadilah macam ni " eh, mana plak duit aku ni?? takkan jatuh" -hahhahha ayat giler kan padahal kau da shopping sakan tak hingat dunia, ble plak cakap duit tercicir la, apela..itulah, bila beli tak pernah nak list barang..perlu ke nak list??? ( tak pernah dibuat seumur idup plak) -lpas ni nak cuba list brg yg perlu sahaja b4 Shopping time..Cara kedua melepaskan tekanan adalah dgn berkaraoke...klu malas nk karaoke, dlm umah pon jadilah..oh, luckily 4 me, roomate2 ku sgt memahami dan join sekali buat prangai gila, joget-joget sambil menyanyi..( tak la berdosa sbb tak payah g clubbing) dalam umah pon bole gitu..hahhahha....tapi korg perasan tak, ketiga2 cara saya release tension ni actually bagus utk kesihatan..cewahhh cewahh sbbnya bila kita da bergerak, berlari, berjalan dgn laju (pempuan bila time shopping akan jln laju), menari, menyanyi dan macam2 pergerakan la kan, badan akan berpeluh dan akan membakar kalori.yahooooo..so, kita dapat melepaskan tekanan sambil mendapatkan bentuk badan yg fit.yahooo lagi...ok, cerita pasal bentuk badan yg fit, anda nak bentuk badan camne? sebelum tu, kita check dulu bentuk badan kita dlm kategori ape ....

anda nak macam ini ?? Kareena kapoor memiliki bentuk badan yang seimbang..sedikit chubby di bahagian atas tetapi ttap nampak fit kan...suka2

Jessica Alba memiliki bentuk badan seperti pisang kot.sbb kdang2 nampak mcm kurus sgt...

JLo memiliki bentuk badan yg mmg menggiurkan...betul tak? nak2 bahagian pinggang ke bawah..nampak fit & tough sgt!!!!!!

Angelina pula memiliki bentuk badan yg cantik sbb ketinggiannya & bentuk badan yg tough, tegap & mantap..selalu pgi gym ni..hehehhe

Gisele ni mmg la cantik & merupakan model yang paling kaya sbb kecantikannya, ketinggiannya & wajahnya yg ala2 eksotik...tapi bentuk badan dia nampak mcm pisang @ pembaris kan?? Semua girls nak bentuk badan kering macam ni...
Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas.
Punggung anda kecil dan kaki langsing
Bahagian dada kecil dan pinggang ramping.
Badan dikatakan seperti duyung.
Mempunyai pinggang,punggung dan paha yang
agak besar.

Berada di tengah-tengah di antara pir dan epal.
Tidak kurus dan tidak gemuk.
Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar.
Jika anda cergas, lengan dan paha
kelihatan berotot dan kuat.

Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang
dan bentuk tubuh seperti
lelaki (kurus sahaja).

November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Alhamdulillah..esok semua masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau dlm kata lain Hari raya Korban..adakah anda telah melakukan pengorbanan, baik utk org lain ataupun utk diri sendiri..samalah2 kita berdoa agar Allah SWT memberi rahmat dan memberkati hidup kita agar sentiasa berubah menjadi lebih baik dari yg sebelumnya.. Ya Allah, aku pohon kepadaMu agar diberi kekuatan dalam hidup, jauhilah diriku dari sebarang kemungkaran dan kegelapan..Hindarilah diriku dari maksiat dan sifat2 yang tidak baik..Ku pohon kepadaMu Ya Allah, jadikanlah aku manusia yg baik2 & permudahkanlah segala yang aku lakukan..Amin