Assalamualaikum & selamat sejahtera pada rakan-rakan yang dicayangi..hehheh.Petang ni mood aku baik cikit, so aku nak share tips mancungkan hidung dengan hanya menggunakan solekan. So, korang yang berhidung besar, berhidung spt buah jambu air @ yang tidak mempunyai batang hidung tak payah risau lagi. Tak payah tertekan nak buat pembedahan plastik bagai.hehehhe. Buang duit+menyakitkan+ berdosa jerk buat pembedahan hidung tu. Sebelum tu, pastikan teknik mancungkan hidung @ shading ini dibuat sebelum memakai lipstik.(sbb takot tgn terkena lipstik nanti comot plak) dan selepas bersolek.
Model hari ini : adikku sendiri
1. Letakkan jari telunjuk di sepanjang batang hidung @tengah hidung.Kedua-dua sisi hidung yang tidak ditutup oleh jari itulah akan dibuat shading.
2. Sapukan eyeshadow @ bronzer warna coklat(jgn guna yg ada glitter2 plak, pakai yg plain sahaja) secara nipis pada kedua-dua sisi batang hidung hidung iaitu dari atas dimana dari daerah diantara mata & kening sehinggalah ke cuping hidung paling bawah.
3. Selepas itu, angkat jari dan lakukan shading sehingga mendapat bentuk hidung yg diinginkan. Anda akan dapat melihat sisi hidung lebih gelap dari tengah hidung. Kalau nak kesan yg lebih ketara, sapukan bedak padat secara nipis pada tengah hidung. Jangan lah korang nak mancung gila, sampai hitam sisi hidung tu, dah jadi macam badut sarkas plak nanti.
p/s: Proses shading ini dilakukan pada batas tulang hidung & cuping hidung sahaja. Jgn plak korang buat shading sampai ke telinga.
3 comments:
haha. cuping hidung. i like =)
hahhaha..puas fikir nak panggil apa ek? takkan buah hidung, baik buah jambu je.hahhahah..
hehe... good info
Post a Comment