Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

January 14, 2011

Salah Cara

Assalamualaikum. Hari ni aku nak bagi info yang sangat penting jugak la utk kawan-kawan semua. Info ni berkaitan dgn makanan & minuman. Well, u know me. Kalau bukan pasal makanan, tak sah kan? hahhaha. Sape kat sini yang minum susu Anlene? Aku nk share satu info yang aku dapat iaitu apabila nak membancuh susu Anlene ni, jgn gunakan air panas!!! Ada paham? Kita mmg biasa menggunakan air panas kan apabila membancuh susu, tapi utk susu Anlene ni, mmg tak boleh sbb nanti khasiat susu ini akan hilang. Actually, pada paket susu ni dah ada tertulis gunakan air suam @ air sejuk. Tapi kita ni degil +keras kepala nak jugak guna air panas. Patutlah tulang masih rapuh & berbunyik ketak ketuk ketak ketuk tulang tu. Untuk pengetahuan semua, susu Anlene perlu dibancuh dgn air suam & air sejuk kerana kandungan kalsium Nano yang terdapat dlm susu ini 100x lebih kecil daripada kalsium biasa. Aku tau mmg payah nak kacau susu dgn menggunakan air suam @ air sejuk, tapi nak buat camne kan? Korang nak sihat ke @ nak membazirkan duit beli susu tapi takde apa2 kesan & umpama meminum susu tanpa kalsium.hahhahha (sori tergelak, aku pon tersilap la dulu). Oleh itu, mulai skrg, sila bancuh susu Anlene dgn menggunakan air suam @ air sejuk. Selamat mencuba dan lihatlah kesannya dalam 4 minggu.

Info kedua adalah cara memakan Kismis. Seperti yang aku tau, kismis ini mmg sangat elok dimakan terutamanya kepada kanak-kanak dan pelajar sebab kismis boleh menguatkan daya hafalan & menguatkan daya pemikiran. Kismis mengandungi zat besi yang sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi utk disalurkan ke otak. Kalau kita kekurangan oksigen, akan menyebabkan mengantuk, pelupa, lemah daya ingatan dan lemah fikiran. Lepas tu, jadilah kita seorang yg pemalas. Asyik nak tido je keje kan???. Oleh itu amalkan makan kismis. Tapi yg aku nak bagitau ni adalah cara pemakanan kismis. Korang makan kismis macam mana?. Aku makan kismis sehari ikut suka hati.Kadang 7 biji, kalau rasa lapar2 makan la 10 biji . Ikut suka hati mak nenek aku je. haaa, jgn lupa selawat. Lepas tu aku makan sekali ngappp (amek kau).hheheh takde peraturan langsung. Patutlah segala usaha aku nak nak menghafal dgn baik tak menjadi. Rupa-rupanya salah cara.hahhahha. Okeyh kawan-kawan, begini cara makan kismis yang betul yer .
1. Kita mestilah makan dgn menghadap kiblat.
2. Baca Bismillah dan selawat keatasa Nabi.
3. Baca doa penerang hati
4. Makan secara kemam spt kita kemam gula-gula. (kalau korang gigit2, kunyah-kunyah macam makan kuaci, jawabnya mmg tak berkesan langsung.hahhaha padan muka aku)
5. Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.

p/s : Okeyh, lepas ni aku akan amalkan cara yang betul. Kepada kawan-kawan yg sama seperti aku, yg makan kismis kunyah-kunyah macam makan popcorn @ kacang tu, diharap dapat menukar tabiat itu yer) Kemam okey, bukan kunyah @ gigit-gigit

No comments: