Assalamualaikum.Kalau tak jawab, dosa..heehhe. Erm, hari ni aku nak citer pasal filem The Tourist yang aku tgok smalam. (hahaha lambat giler tgok kan, padahal dah bape mggu main kat wayang). Ahh lantaklah.hehhehe. Pada mulanya aku ingat filem The Tourist lakonan Johny Depp & Angelina jolie ni filem aksi (aku bygkan ada adegan tendang-tendang, belasah-belasah, terjun-terjun), malangnya filem ini lebih banyak kearah percintaan+ romantik. Adalah cikit2 adegan aksi spt lompat atas bumbung, tembak-tembak, lawan-lawan tapi sikitt sangat hanya utk menyedapkan cerita. Tapi aku sarankan pada yg blom tgok, BAIK KORANG TENGOK.hahhaha. Walaupun jalan ceritanya agak ringan tapi korang akan sentiasa tertanya-tanya + tak paham sedikit + suspens. Tapi korang takkan rugi tgok filem ni sbb Angelina Jolie sangaaaatzzz GORGEOUS.
Okeyh, filem ini mengisahkan seorang polis wanita iaitu Angelina Jolie(memegang watak Elise) yang mendapat surat dari bf nya Alexander Pearce iaitu seorang penjenayah yg dikehendaki polis kerana lari dari cukai kerajaan. Dalam masa yg sama, bf Angelina Jolie dikehendaki oleh geng-geng mafia kerana melarikan duit sbnyak 744 million. Surat tersebut memberi arahan supaya Elise menaiki train ke Venice, Italy dan mengambil seseorang di dlm keretapi agar boleh mengaburi pihak polis bahawa lelaki tersebut adalah bfnya. Ketika di dlm train, Elise telah berkenalan dgn seorang lelaki bernama Frank(Johny depp) iaitu seorg guru matematik. Mereka bersembang-sembang sampailah Frank jatuh cinta pada Elise. (Maklumlah Elise ni cantik bangat, gorgeous, menarik tertarik kot). Elise pon mula menyukai Frank lalu apabila sampai di Venice, Elise mempelawa Frank tidor di hotel yang dia menginap. Elise berlakon seolah-olah Frank adalah teman lelakinya dan dia mencium Frank. Polis yang menyiasat Frank percaya bahawa Frank adalah bf Elise melalui keakraban mereka & gambar mereka bercium.
Geng Mafia yang menjejaki Alexander Pearce juga percaya bahawa Frank adalah bf Elise. Mereka berjaya menjumpai Frank tetapi Frank berjaya melarikan diri, namun ditangkap oleh polis Italy kerana disangka orang gila ketika dia nak terjun dari bangunan. Seorang detektif percaya akan cerita Frank bahawa dia tidak tahu menahu mengapa dia dikejar oleh penjahat tersebut. Ingatkan detektif ni baik, rupanya dia ada agenda jahat sbb dia telah bawa Frank ni kepada mafia tersebut. Elise yg mengetahui perkara ini datang menyelamatkan Frank. Elise meminta maaf kepada Frank dan memberitahu perkara sebenar bahawa dia ingin mengaburi mata polis bahawa Frank ini adalah bfnya yang dicari oleh polis. Frank yg dah jatuh cinta pada Elise tidak menyesal & tidak marah kerana mencium Elise. (wow romantiknya,cinta pandang pertama la konon-konon).
Ketika itu, Elise pon mula jatuh cinta pada tourist(Frank) tersebut. Elise telah bersedia membantu polis menjejaki bfnya Alexander Pearce kerana rasa bersalahnya pada Frank & tidak mahu Frank ditimpa bahaya.
Elise telah pergi ke sebuah majlis tari-menari kerana dijemput oleh bfnya Pearce. Dlm misi tersebut, Elise telah memakai wire agar pihak polis dpt mengekori & megetahui dimana Pearce berada. Malangnya, tibe-tibe Frank muncul dlm majlis tersebut dan ini menganggu misi Elise dan polis.(time ni mmg kelakar sbb Frank ajak Elise menari, meluahkan perasaannya pada Elise sedangkan pada masa itu, Elise mengejar masa utk berjumpa Pearce menerusi satu surat yg ditinggalkan Pearce yg menyatakan bahawa dia menunggu Elise di sebuah tempat). Elise akhirnya berjaya melarikan diri dari Frank dan pergi ke tempat Pearce ,tetapi malangnya geng mafia telah sampai dahulu dan menggugut akan membunuh Elise jika tidak memberitahu dimana tempat simpanan wang yang dilarikan Frank. Elise mengetahu tempat simpanan tersebut tetapi tidak tahu kod number utk membuka peti tersebut.
Frank ketika itu ditangkap polis kerana menganggu misi polis menjejaki Pearce. Ketika polis syok-syok menyiasat melalui tv yang merakamkan Elise diugut oleh mafia, Frank berjaya melarikan diri dari polis bagi membantu Elise, gadis yg dicintainya itu. (Time ni pon kelakar jugak sbb tibe2 Frank muncul dalam rakaman tv polis tersebut dan apabila polis menyedari itu adalah Frank yang ingin menyelamatkan Elise, arahan tembakan dikeluarkan. Semua mafia akhirnya mati dan polis mendapat maklumat bahawa Pearce telah ditangkap.
Ketika berdua-duaan di bilik simpanan wang itu, Frank tiba-tiba membuka kod numbor peti tersebut dan berjaya .(Korang paham tak cerita ni? hahhahha tertanya-tanya kan?)
Sebenarnya yg ditangkap itu bukanlah Pearce sebaliknya seorang pelancong yg dibayar utk penyamaran tersebut. Sebenarnya Pearce dah buat pembedahan pada mukanya lalu menggunakan nama Frank. Lepas tu, Frank yg juga Pearce akhirnya naik boat & balik. Tapi sebelum tu, Pearce yg juga Frank tu, dah meletakkan cek 744 milion yg dirompak dari mafia yang telah mati tu kedalam peti simpanan dan dijumpai polis. Wang tersebut bagi membayar semula cukai kepada kerajaan.
p/s : Pening kan baca sinopsis filem ni. Aku pon mula-mula tak paham jugak tapi last2 baru paham.hehhehe. Kesimpulannya, jgn mudah jatuh cinta pada orang yang baru dikenali, nanti tak pasal-pasal korang akan mendapat susah.
p/s : Kepada perempuan-perempuan yang sukakan kecantikan & tgh on-diet, silakan tgok filem ni sbb Angelina Jolie bole dijadikan role-model pada korang.
p/s : Kepada laki-laki, tak rugi tgok sbb korang akan terpesona dgn kecantikan & keseksian Angelina Jolie dalam filem ini.
p/s : Latar tempat dlm filem ini sangat cantik. Venice, kota cinta.
No comments:
Post a Comment