Nukilan untuk ibuku.(Puan Norwati)
Ibu..
kakak sayang ibu sangat.
Terima kasih sbb lahirkan kakak di dunia ini.
Ibu cakap kakak selalu sakit, selalu demam, selalu tak sihat sbb kurang antibodi.
Aku tau perkara itu sbb aku tak suka minum susu ibu. Puas ibu bagi susu ibu, aku tak nak jugakk ..
Ibu cakap aku minum susu ibu sebulan je, lepas tu ibu beli susu tin yang mahal sbb nak bagi khasiat yg mencukupi.
Kakak minta maaf ibu :(
Bila kakak masih kecil, kakak nakal sangat.
Ibu cakap kakak suka berlari masa kecik2,
Habis sume benda nak langgar, motor pakcik jual mee kari pon nak langgar.
Tangan kene gigit burung kasawari.
Hampir kena langgar kereta depan CM.
Terjun motor masa atok sdg bawak.
Perangai kakak macam jantan sbb tu ibu botakkan rambut.
Ibu beli baju askar.
Kakak tak kenal skirt.
Kakak hanya tau seluar pendek & t-shirt.
Bila dah masuk sekolah, kakak dah tau pakai baju kurung.
Dah tau pakai skirt sbb ibu selalu belikan skirt utk celebrate birthday kakak.
Setiap tahun mesti ibu buatkan birthday party utk kakak.Tak pernah miss 1 pon
Terima kasih ibu. :)
Masa kecik, kakak takde kawan perempuan.
Semua kawan laki je. sob sob sob..(sedeynya)
Sbb tu kakak kuat, kakak kasar, kasar nakal.
Bila kita pindah kawasan baru, barulah ada kawan perempuan.
Sukanya kakak masa tu.
Baru bole main masak-masak, main kawin-kawin.( hehhehe kecik2 da gatal).
Tapi kawan lelaki ttp tak dilupakan. :)
Bila da sek menengah, kakak kuat memberontak,
Kuat merajuk.
Kuat melawan ibu.
Minta maaf ibu.
mungkin masa tu tekanan jiwa sbb nak exam.Stress + gemok pasal makan banyak.
Tapi ibu ttp masak sedap2 setiap hari.
Thanks ibu. i love u so much.
Bila kakak dapat masuk U, ibu lah manusia plg happy sgt.
Walaupun kakak tak pernah berjauhan, tapi kakak kena pergi jugak sbb ibu nak kakak berdikari. huhuhuhu.
Kakak dan ibu dah tau apa itu rindu bila berjauhan.hehhehe
Kakak tau ibu rindu kakak kan???
Sbbnya tetiba je ada frame gambar kakak atas meja kat ruang tamu.(perasan plak)
Setiap kali kakak balik cuti, ibu akan layan apa yg kakak nak makan.
Kakak nak makan mee jawa, ibu buat.
Kakak nak makan nasi minyak, ibu buat.
Kakak nak makan kek coklat moist, ibu buat.
Semua kakak nak, ibu buatkan
Terima kasih ibu.
Lepas habis belajar, kakak cakap kat ibu nak belajar lagi.
Ibu tak kisah nak belajar ke, nak kerja.
Kakak solat istikharah.
Kakak nampak petunjuk dlm mimpi.
Dlm mimpi kakak nampak buku lama.
Buku tu terbayang-bayang mcm slide.
Kakak bagitau ibu pasal mimpi tu.
Alhamdulillah kakak diterima masuk U lagi.
Ibu paham & bagi support utk kakak nak belajar lagi.
Sekarang kakak seronok belajar lagi.
Kakak bagitau ibu, kakak nak sambung belajar lagi.
Ibu, tolonglah tunggu duit kakak okey.
Nanti kakak bagi duit gaji kakak kat ibu.
Ibu cakap tak nak banyak , cuma nak merasa je.
Ibu cakap RM10 pon takpe.
ishhh ibu ni, kalau RM10 skrg pon kakak bole bagi, hehhehe.
Insyaallah bila kakak dah berjaya & dapat gaji beribu-ribu, kakak bagi duit kat ibu k.
Ibu selalu tanya & bagi hint kat kakak bila nak kawin.
Kakak buat-buat tak paham.
Kakak malaslah nak pikir.
Kakak nak tumpukan pada study.
Lagipun kakak kalau bole tak nak guna duit ibu utk majlis perkahwinan kakak.
Kakak nak pakai duit kakak sendiri.
Titik peluh kakak sendiri.
Sorry ibu, kakak tau ibu baik sangattt nak sponsor semuanya,
Tapi kakak mmg tak nak.
Ibu jgn kecik hati yer.
Kalau ibu nak sponsor jugak, ibu sponsor benda kecik2 je k.
Terima kasih ibu.
Sebenarnya kakak bukan tak nak kawin.
Kakak nakkk sangat kawin.
Tapi kakak sedih sbb nanti kakak kena sayang suami lebih. :(
Tapi kakak janji kakak akan ttp sayang ibu & abah lebih.
Akhir sekali kakak nak bagitau , kakak SAYANG IBU SANGAT2. terima kasih melahirkan kakak didunia.
Coretan ini pula aku peroleh dari email.
Adalah dikisahkan …pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
No comments:
Post a Comment