Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

January 7, 2011

Roti Puri

Assalamualaikum. Hari ni aku nak share resepi roti puri orang bujang yer..hhahhaa.(perlu ke orang bujang tu). Resepi ni sonang ajer..Memamg kacang goreng lah, budak 5 tahun pon bole buat.kihkihkih.Actually, roti puri ni sedap dimakan kalau time2 sejuk, hujan-hujan macam cekodok ikan bilis la kan. Kalau malas-malas nak masak lepas balik kelas, tapi perot da bunyik brokkk brekkk bruitt, korang apa lagi tros goreng je adunan roti puri ni.kan senang. Tapi lagi best kalau roti puri ni di cecah dengan kuah kari @ sambal ikan bilis. Disebabkan aku tak makan kari, so aku lebih suka cecah dgn sambal ikan bilis @ sambal kentang

okay, bahan-bahan yang kita perlukan adalah:
-Tepung gandum
-Marjerin @ planta
-telur
-garam
-Sedikit air suam

Cara-caranya :
1. Letakkan tepung gandum dalam bekas yang agak besar. tupperware pun bole.Seeloknya bekas plastik la.

2. Masukkan marjerin @ planta agak2 dalam 2 sudu besar. Ikot banyak mana tepung yg anda letak tadi.

3. Masukkan sebiji telur.

4. Masukkan garam secukup rasa. Korang agak2 la

5.Gaulkan kesemua bahan tadi.Masukkan sedikit air agak2 dalam 5 sudu besar.Jgn banyak2 takot adunan jadi lembik. Ramas2 kan sampai mampat. Sila gunakan tangan kanan.Jangan ngengada nak pakai pemutar ke apa, mmg tak jadi jawabnya. !!! mampatkan btol2( aku hentak2, baling-baling je dalam tupperware tu sbb dah lenguh tangan nak kasi mampat & terbentuk dgn cantik kan). Mampatkan sampai satu jadi adunan doh yang besar.

6. Selepas tu, dari adunan doh yang besar tu, korang buat bulat-bulat cantik. Buatlah berapa2 yang korang suka. Kalau nak makan 10 biji roti puri, buatlah 10 adunan bulat tu, kalau nak 20, buatlah 20

7. Bila dah buat bulat2 kecik, korang tinggalkan selama 30 min @ 1 jam. (Bagi adunan lebih sedap & sebati)

8. Selepas 30min@ 1 jam, amik la gelas panjang @ penggelek utk menggelek adunan bulat-bulat tu mejadi leper. Suka hati la nak buat bulat leper ke, panjang leper. ( mengikut citarasa anda)

9. ok, da leper boleh lah menggoreng (pastikan menggunakan minyak yang banyak)

p/s: Kalau roti puri anda mengelembung besar, mmg anda teror la.


Haa..aku sarankan guna bekas plastik yang besar @ tupperware besar


Jadikan bulat-bulat seperti ini


Gunakan penggelek & gelekkan menjadi leper seperti ini.Lihat gelembung itu..


Goreng hingga kekuning-kuningan. Ikot korang la nak garing giler ke, nak hangus ke kan.


tadaa ..siap.. Bole dimakan begitu sahaja & juga bole dimakan dgn sambal ikan bilis

2 comments:

Anonymous said...

Thank's for the recipe:)

Carl Nadia said...

u'r welcome:)