Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

January 6, 2011

Kubur masing-masing


Assalamualaikum kawan-kawan yg tersayang. Hari ni aku nak cerita pasal sikap tegur-menegur, nasihat -menasihati. Aku nak tanya korang, adakah korang ni tergolong dalam golongan mereka yang sukar utk menerima nasihat dan teguran. Alah, tak yah tipulah, mesti semua pernah kan??? hehehehe. Ala, aku pon sama.Kadang-kadang mesti nak menang je.Tak boleh terima teguran orang. Lepas tu nak kecik hati, nak sentap-sentap, nak emo-emo, nak hangin satu badan. Biasalah tu.Semua org ada perangai buruk masing-masing kan.huhuhuhu. Tapi, sempena tahun baru ni, apakata kita bina azam baru iaitu menerima kritikan, teguran dan nasihat dgn lapang dada & hati terbuka. Aku rasa takde salahnya kalau kita menerima teguran org pada kita sbb teguran tersebut akan menjadikan kita lebih baik & dapat memperbetulkan kesilapan kita. Orang yang menegur tu berniat baik & bukannya saja2. Kalau kita nampak org buat benda yang salah, benda yang berdosa, seeloknya tegurlah mereka dgn cara berhemah & bukannya mengaibkan mereka atau mengata kat belakang mereka. Kalau aku ada wat silap, buat benda yang tak betul & tak elok, kau tegur aku. Kalau kau buat benda tak elok, tak baik, aku plak tgor kau. Kita sama-sama tegur-menegur dan nasihat-menasihati.

Tapi kadang-kadang pernah tak korang tegur seorang kawan korg, then dia akan cakap dgn bengisnya " weyh, kau sape nak tegur2 aku, kubur masing-masing la !!!. Mesti korang pernah dgr ayat ni kan?? "kubur masing-masing, suka hati aku la". Tapi korang sedar tak, sbb kubur masing-masinglah, kita kena saling nasihat & saling menegur di dunia ni. Nanti bila dah mati, sorang-sorang dalam kubur, dah takde sape2 nak tegur kita.Sorang-sorang yg jawab soalan dalam kubur. Takde sape-sape yg tolong kita melainkan kita sendiri. So, aku rasa better dari skrg kita perbaiki diri, terima nasihat org, jangan bajet bagus walaupon kau pandai sekalipun, jangan perasan teror sedangkan ramai lagi yang genius dalam dunia. Takde manusia yang sempurna dalam dunia ni. Sekalipun org yang menegur tersebut lebih muda dari anda, tapi memiliki kepandaian & ilmu yang lebih tinggi dari anda, terima teguran itu dgn ikhlas. Kita boleh perbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik. Tingkatkan kelebihan diri kita, kurangkan kesilapan & kekhilafan yang ada pada diri kita.

Kalau anda menegur & menasihati kawan-kawan anda dgn ikhlas, tapi inilah jawapan yang anda terima " kau jgn sibuk hal aku boleh tak? Kubur masing-masing, suka hati aku la kan", korang jawab je macam ni, " sebab kubur masing-masing la, aku rasa bertanggungjawab nak tegur kau, nak ingatkan kau. Dosa babe kau buat camni, bla bla bla..Aku sayang kau, sbb tu aku nak jugak nasihatkan kau, sbb dalam kubur nanti kau tak boleh lagi nak harapkan aku. Aku takde nak teman kau masa tu. Aku tegur mmg ikhlas lahir dari hati suci aku. Tak berniat nak tunjuk baguss".

kalau kawan korang buat tak tau jugak, lantak diorang. Masing-masih dah besar, pandailah mereka berfikir.

p/s: Kalau saya salah, sila beri teguran pada saya. Saya akan menerima dgn hati yang terbuka & berusaha utk menjadi manusia yg lebih baik.

No comments: