Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

February 15, 2012

Tentang Rasa



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
 sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
-lama2 best jugak layan lagu ni..hehehheh..

February 14, 2012

Tq cayang-cayangku..


Walaupon dh terlambat nak post pasal entri ni, tapi nak letakkk jugak..hehhehe..Terima kasih banyak2 pada Ain, Pika & Hawa yg celebrate birthday aku ari tu..Spaghetti, & bbq chicken u ollss sedap bangat...air yg ada bubble2 tu pon sedapppp..i love u lah..tq sambut hari tua i...

February 11, 2012

makanan paling best di dunia.

Anda lapar?? perut sudah berbunyi2 pelbagai irama dangdut, irama malaysia, dan hip hop, tapi tidak punya banyak masa utk memasak??. @ kekurangan bahan masakan..Inilah jalan penyelesaiannya...


hahahhhaha.

Janganlah mare..Tapi hakikatnya inilah makanan yg paling best dan menjadi favourite mereka yg masih bergelar pelajar kolej @ universiti..Boleh dikatakan maggie laris disebabkan oleh mereka.hehehhe..

February 10, 2012

Bila 2 perempuan minat laki orang.

haaaaa..siapakah 2 perempuan itu?? dan siapakah suami orang itu? hahhahhaha..(tetiba gelak)..2 orang perempuan gedik itu adalah aku ngn ibu aku lerr..tapi mengedik dgn siapa?? DENGAn........ jeng jeng jeng....laki orang yang berlakon dalam cerita GEMERSIK KALBU lerrr...sape lagi klu bkn Aqasha..ending gemersik kalbu mmg best sgt!!!..happy ending yahoo..Mula2 aku tak layan la drama ni, tapi bila ibu aku tak abis2 dok puji puji Aqasha ni, romantik la, ensem la, apela, pandai berlakon la.(sambil mulut ibu buat muncung-muncung mcm nak cium mcm yg Aqasha buat dlm drama tu.)..Aku pe lagi?? terhasut dgn lakonan itu, lalu teruslah bersama-sama layan cerita tu.hahhaha..tgh syok2 layan ending drama ni, tetiba blackout.arghhhh seteresss..Keesokkan harinya, melangut depan laptop tgok di Tonton.com dgn ibu.hehhheeh.Biasalah, drama yg diadaptasi dari novel, mestilah best..baca novel pon dah boleh tangkap leleh, inikan pulak bila dilakonkan oleh watak2 yg ada dlm novel tu kan..Mcm dh jadi trend plak kan drama & filem diadaptasi dari novel yg famous amous ni..hehhehe.Cthnya mcm filem Ombak Rindu, drama Gemersik kalbu, drama Bicara Hati, drama Trilogi Cinta.. 


happy ending Gemesik kalbu..

p/s : ibu cakap, lepas ni mesti Aqasha banyak dpt tawaran berlakon... 

pemurah sifat lelaki..kedekut sifat wanita

Menurut kata ustaz Azhar Idrus, orang perempuan perlu ada sifat kedekut..orang perempuan dipuji kerana ada sifat kedekut sbb orang perempuan ni tidak akan memboroskan harta suami sesuka hati..

- Kadang-kadang aku rasa btol jugak, sbb mmg aku kedekut nak mampuih..hehhehhe.kalau nak beli sesuatu benda yang aku nak sangat, aku sanggup pikir 2, 3 kali lagi walhal mmg nak sgt..hahhhaa..Berbeza dgn orang lelaki ni, sekali beli, hamekk kaw, baju saja rm200, jam tangan rm1000, seluar rm700 .semua rat-rat okay!!!!..& jangan terkejot orang perempuan ni jarang berhutang..sebab mereka ada simpanan sendiri samada utk diguna time kecemasan & utk masa depan. 

Tapi yang paling betol aku nampak, kalau makan2 kat kedai ke pasar malam ke, mesti ada orang mintak sedekah kan?? Korang mesti akan perasan lelaki akan keluarkan duit bagi pada peminta sedekah..isteri kat sebelah dok jeling-jeling..Ada plak bini yg kata " banyaknya bagi RM10, bagi RM2 jer la..".

-Kalau korang tak caya lagi, pergi try suh member laki korang belanja lunch, kompemmm diorg cakap "jom jom, nak makan mana???

kalau kawan perempuan ??? akan cakap camni " ala, awk la belanja, awak la..awak kan banyak duit"..(sambil main tarik-tarik tali..sampai kering air liur korang) hehehhe





Rahsia kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum...ok, cuba tgok tajuk entri kali ni? ahak ahak..mcm tak sesuai je aku bagi petua rahsia rumah tangga kan ??(kahwin pon belom) heeee...Takdelah, aku saja nak share dgn kawan2 semua, petua @ rahsia kebahagiaan rumah tangga seorang ulama' yang dihormati iaitu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ lebih dikenali dgn Tok Guru Nik Aziz. Beliau berkata, sering tidur atas riba isteri setiap kali pulang kerumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangganya.Tok Guru cakap walaupun kdg2 pulang lewat malam, isterinya tak pernah merungut, dan sebaik beliau meletakkan kepala di atas riba isterinya, semua masalah dalam benak fikiran hilang terus..Beliau juga sentiasa berselawat keatas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan berkata, isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

Selain itu, beliau juga berpesan, suami perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga,selalu membaca Al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak

p/s : petua ini hanya utk orang yang telah berkahwin sahaja yer, yang belom kawin tu, kau jangan nak memandai2 baring atas riba awek. 

sumber : Harian metro 10/2/2012










February 9, 2012

blogwalking

Assalamualaikum...hari ni aku ada banyak masa free, so aku pon mengadap laptop ini dgn khusyuknya...hehhehe.Agak lama jugak la aku tak blogwalking..Hari ni baru terbuka hati nak menjenguk blog2 orang..Salah satu blogger yang menarik perhatian aku adalah....taraaaaa


Eloklah aku bahasakan diri blogger ini dgn panggilan auntie Nani, memandangkan anak sulung beliau sebaya aku. Korang-korang esp yang bergelar WANITA, PEREMPUAN,ANAK DARA @ GADIS eloklah kiranya menjenguk blog auntie Nani ni sbb ia boleh memberi inspirasi kepada u ollsss smua utk jadi seorang wanita yang TERBAIK !!!!... Aku paling tertarik dgn setiap food presentation yang disediakan auntie Nani ni..mmg TERBAIKKK la...cantik..tertarik ..mmg DEBOOM....kadang2 resepi juga ada disediakan..So, mmg tak rugi la korg menjenguk blog ni..

* teringin nak jadi mcm beliau..

Lagu rakyat Pahang

Assalamualaikum...hari ni aku nak share something ngn kawan2 semua..Kalau korg tension2, korg akan buat apa?..Mcm aku la kan, aku akan menyanyi smbil joget2 setempat atas kerusi @ katil dlm 15 min.pastu sambung la study balik-(memandangkan buat masa ni masih lagi tension ngn study-final year katakan..uhuk uhuk)..klu bosan tahap gaban sgt, aku akan buka lagu rakyat Pahang..(ehem-ehem bangga jadi anak jati Pahang ni)..Korang pon mesti ada lagu rakyat masing-masing kan?? Cuba korg dengar lirik-lirik dia..ada makna tersirat tau..actually   walaupon aku sendiri anak jati Pahang, tapi ada bait2 liriknya aku tak paham sbb kt Phg ni sndiri byk loghat..kebanyakan lagu-lagu Phg ada loghat Temerloh, Pekan, Lipis..gitu la wehhh..klu area Kuantan, lebih pada bunyi Ganu skit..gitu lahhh

Dengan bangganya aku share lagu rakyat Pahang utk kawan2 semua..dengar, jangan tak dengar!!!!






huhuhuhuhhhh penat koi (saya)mengupload..benornya banyak lagi, tapi ni la yg paling koi suka sgt dengornya..aok(awak) jgn tak dengor plak..koi tak pedo'oh  (tipu)..memang sedap didengor lah wehhh.. moh (mari) rodong-rodong(kawan-kawan) dengor yer..

kamus loghat Pahang

aok - awak
koi - saya
pedo oh - tipu
baber - degil
moh - jom
rodong - kawan/sahabat
sokmo - selalu
gebor - selimut
habih reng - sekuat hati..sehabis maksimum
ce - awalan utk menunjukkan perbuatan.cth: "ce" gi tengok dia buat menda tu??
dan - sempat .cth : koi (saya) tak "dan" nak makan tadi..
berlemin - berminyak
beraluih/berhalus - sopan santun, baik budi bahasa
bela - baiki .cth : jap lagi nak gi "bela" kereta.
godei - kacau air.cth : tolong godei air tu kejap..
karang lar - nanti@ sekejap lagi.cth : karang la saya gi kedai
mengkane - telekung sembahyang
se' eh - kenyang teramat sangat
tawor hebe - tawar sangat2

& banyak lagi.....

lagi 1, org Pahang suka sebut gini :
kalau panas disebut "paneh"
malas disebut "maleh"

hehhehhehhe.Selamat belajar.

p/s : loghat Pahang ni payoh nak hilang..maaf ler kawan2 utara, selatan tu yer kalau saya sokmo ckp paham, tapi awok semua tak paham.hehheh


February 8, 2012

ICE-ROOM

Baru-baru ni, aku sesaje nak mkn makanan ala2 aiskrim..tetiba nampak la Ice-Room. Apa yg bestnya restoren ni pon aku tak tau, main try je..nampak mcm sedap!!!..masuk2 je, boleh tahan ramai yg makan kat sini.Actually, ice-room ni banyak cawangan, tapi aku makan di cawangan Nilai.nak tau cawangan lain?? Sila Google sendiri.hehhehe.Perghh aiskrim ala2 abc dia ni mmg best..sejuk...ada mcm2 perisa..banyak plak tu..mmg berbaloi2..tempat pon best.bersih dan selesa lah..nak tahu lebih lanjut??? Sila pergi sendiri ajak family, teman-teman & yang tersayang okay??



p/s : jangan risau harganya berpatutan..

Yuna - Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



skrg aku tgh layan perasaan & layan jiwang sambil mulut tgh nyanyi2 lagu ni..arghhh so sweet..dgn video clip Yuna ni bikin cemburu dihatiku..bhahha..tgh syok2 layan lagu ni smbil liriknya aku taip di status, ada sorg adik  ni komen "amboii ayat akak ni, cair je baca" ..erkk,oooooo lupa, adik ni study kat UK, mungkin tak smpai lagi lagu ni kt sana kot. sila buka U-tube.kihkihkih..Yuna, i dah promote lagu u ni kat student UK, takde komisyen ke..hahahha..Tapi kan, suara Yuna ni mmg unik la wa cakap lu..tak penah dgr lagi penyanyi suara mcm Yuna..Korang ada?? Go go Yuna...- mendengar lagu ini utk kali ke 7.lalllallaallalalla


lagu ni aku tujukan khas untuk : Iskandar Zulkarnain...

Ana Raffali dah pkai tudung..Alhamdulillah


Takde apa yg aku nak ucapkan melainkan kalimah Alhamdulillah..Seorang lagi hambamu mendapat petunjuk Ya Allah..mmg comel lote aku nengok Ana Raffali ni..terkezot jgk tgok pic twitter Ana Raffali spt gini dong, baru je tgok AJL aritu Ana pkai kebaya warna hijau ala2 Ziana Zain masa remaja dulo2, rambutnya disanggul ...ehh nak terkezot apanya, semua manusia mampu berubah..ishhh aku ni..apa pon..Ana Raffali, dont worry peminat anda mesti semakin suka & sygg bangat pda Ana dgn perubahan yg baik ini. Dont worry, rezeki Allah SWT yg tentukan & bagi pada kita, bknnya manusia..

p/s : benci sesetengah company & boss yang tak benarkan pekerjanya pkai tudung..

Kisah penghijrahan Ana Raffali.

"Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan... Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung," kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.

"Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. 'It felt right.' Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata 'Alhamdullilah'.

Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya."Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

"Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna."

-sumber ini diambil dari gua.com


Penggemar Novel

Mari mari mari adik kakak, abang atokkk semua..Bagi anda yg mmg kaki novel, aku nak cadangkan 1 novel cinta yg baru di pasaran..Tajuknya "Biar Kusentuh hatimu "karya Amy Raziela..okay sebenarnya novel ni adalah karya sepupu aku sendiri..Berhempas pulas dia menyiapkan novel ni, aku pon dah baca sikit2 masa dia sibok2 mengarang dlm kertas kajang dlu tu..tak sangka dah kluar pon novelnya..Congrats La syg...ni ada sedikit sedutan dari novel tersebut :

“Alisa...” panggil Faizal lembut.
Alisa memandang lelaki ini dan mengangkat keningnya sebagai isyarat. Comel Alisa buat begitu, detik hati Faizal.
“Saya ikhlas menyayangi awak dan saya ikhlas mahu jadikan awak teman hidup saya.”
Sekali lagi Alisa terpaku. Rupa-rupanya ada lagi persoalan tentang hati dan perasaan yang akan dibicarakan oleh Faizal.
“Saya akan tunggu sehingga hati awak terbuka semula untuk saya.”
“Faizal... saya...” Alisa kehilangan kata-kata. Bungkam dia seketika. Hatinya masih kecewa dan terluka dengan Amir. Bukan mudah untuk dia terima semula orang lain dalam hidupnya.

 “Saya sayangkan awak. Saya tak pernah benci awak, Mir... Saya juga tak kuat untuk hadapi semua ini. Tapi saya tiada pilihan,” tutur Alisa dengan suara yang bergetar.
Amir menarik Alisa dalam dakapannya, tetapi Alisa menolak lembut.
“Semuanya dah terlambat, Mir. Hujung tahun ni awak akan jadi milik orang lain. Memang saya sedih dan kecewa. Berat untuk saya lepaskan awak, tapi saya perlu lakukannya.”
Pantas jari telunjuk Amir diletakkan di bibir merah Alisa. Dia tidak sanggup mendengar ucapan itu yang hanya akan memusnahkan harapannya sekali gus merobekkan tangkai hatinya. 

p/s: aku dah pesan kat cousin aku ni, novel seterusnya nama watak tu nanti letak la Nadia ..bhahhaha..



i'm back!!!

Assalamualaikum..aku kembali lagi dalam edisi 2012.bhahhah ini bukan drama atau filem..Aku wujud je selama ni, tapi saje2 menyendiri dari blog..bz kot!! okay tipu jer..sebab kawan2 aku asyik tanya je, nape babe blog ko?? dah takde la..mana wehh???..Okay, skrg aku muncul kembali dgn blog yang berwajah baru..& aku telah mendapat semangat baru dari Mr Iskandar yer yg beriya2 suh buat blog..tiap2 ari duk bising mcm ni " pedulikan la org nak kutuk ke, kritik ke, nak hentam ke tak suka ke,..tau tak, blogger2 famous mcm Cik Epal, Fatin Liyana & Maria Elena diorg cool je bila ada haters nak kutuk2 bagai.. chill lahh..macamlah diorg bagi makan pon.peduli apa haters tu..yang penting diri sendiri happy buat apa yg disukai...Bluwekkkk..-bluwekkk tu aku menambah2 sendiri.hehehhe..

okay, SEMANGAT BARU NI.cewahhh..Mulai skrg tak nak pikir psl mulut org, tapi nak buat apa yg aku suka...lagipun ibu & abah yg bagi aku makan bkn org yg suka kutuk2 tu kan..ahak ahak..

ok babai ..