Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

February 2, 2011

2011 Tahun Arnab

Sape kat sini yg lahir pada tahun arnab??? sila angkat kaki..hehehe. Korang nampak tak tahun 1987 tu??? Tu la tahun aku dilahirkan. Jadinya aku lahir tahun arnab la yer??? heheehe. Masyarakat cina percaya Tahun Baru Cina pd tahun ini adalah tahun arnab dlm jenis arnab logam.okey, tanpa membuang masa, nak bagitau apa kebaikan & keburukan tahun arnab pada 2011 ni.jeng jeng jeng!!!!

Kebaikan 
-ekonomi kebanyakan negara akan berpeluang menikmati pemulihan yg positif.
-membawa keuntungan besar membabitkan bidang kreativiti.
-Harga hartanah akan melambung sehingga org ramai boleh menjadi kaya.
-Pasaran saham dlm 6 bulan pertama lebih baik berbanding 6 bln kedua.
-membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yg sedang menghampiri gerbang perkahwinan. (boleh percaya ka?)hehhee.

Keburukan 
-Nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan.terutamanya bagi mereka di bawah tahun anjing, kuda dan harimau.
-Bakal menyaksikan pergaduhan berlaku disegenap dunia & sesama ahli keluarga. 
-Akan berlaku bayak kes influenza spt batuk & penyakit berkaitan pernafasan.
-Bagi pekerja, banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.
-Tahun ini bkn tahun yg sesuai utk bertukar kerjaya @ kenaikan pangkat.
-Bagi pelajar, diramalkan akan menghadapi kesukaran utk memberi tumpuan kpd pelajaran. 

Bagi individu yg lahir pada tahun arnab pula, mereka dikatakan sbg seorg yg peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, dan berjiwa seni. Sifat negatif plak mmg tak bole blahhh btolll ler..ishhh..Dikatakan sifat negatif pula adalah tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung(mmg betol la ni),kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat(yg part ni aku tak setuju!!!!),lurus bendul, pengecut & mudah terpedaya.Ade ke patut kata pengecut???? tidak sama sekali okay..

Yang paling best, ramai gak ar selebriti yg famous lahir pada tahun arnab ni .cthnya Angelina Jolie, Brad Pitt, Johny Depp, Eva Longoria, David Beckham, Kate Winslet, Tiger Woods(sama birthday ngan aku), Albert Enstein, Nicholas Cage, Arthur Miller dan banyak lgi la.

sumber : Berita Harian


No comments: