Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

February 27, 2011

:(

Sedang bermain-main dengan perasaan ...Salahkah aku ???


mood : berfikir sambil merenung masa depan dan merancang kebahagiaan. 


Ya Allah, pemudahkanlah segala urusanku dan berikanlah kebahagiaan hidup kepadaku 

February 26, 2011

Rindu




BILA RINDU KUSEBUT NAMAMU
Tanpa ku sedar aku tersebut namamu 
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu
menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu

February 25, 2011

Busy

Assalamualaikum..tak jawab dosa..tetiba dtg mood nak tulis blog..huhuhu..1st sekali sedih giler sbb tak dpt nak join 1 contest yg bertajuk "aku, dia & vintage" sbb tarikh da abis..hahhhahha. Contest ini telah ditag oleh Ida, malangnya 2 mggu ni mmg bz yang amat okey..hadiah dia bestttttt kot.Tapi nak wat camne kan? da nasib lambat.huhuhu..Tahniah Nadia sbb tak dpt join.hahaha... Okey, pada entri kali ni, nak bagitau la sbb kenapa aku bz sesangat?? sbbnya rutin harian aku selama 2 mggu ni bermula pada pukul 9 pagi sampai pukul 3 pagi..gila kan??? ahh takpe ar, janji aku da lakukan yg terbaik malam tu. Sebenarnya mcm ni, aku telah menyertai pertandingan akustik dan alhamdulillah dapat tempat ketiga. Ketiga jela sbb praktis pon 2 mggu je kan? hahaa..malas ar nak ckp banyak..tgok gambar je k.hehehe.
 satu-satunya bunga yang menyeri..cewahhh.hahhah

 Muka ngah feel, padahal sedang kejangkan perut tu sbb nak tarik suara. Terserlah pipi yg tembam..

 yang bertopi adalah Pak Mul'am..tenaga pengajar muzik dan vokal..diimport dari Indonesia.hehehehe

Vokal semakin baik setelah berguru ngan Pak Mul'am.makaseh yer Pak

Tips dari Pak Mul'am:

-Pak Mul'am bilang, Hetty Koes Endang menjaga vokalnya dgn menjerit dalam air (dlm bathtub yer)

- Nadia, kamu jgn sempitkan tekaknya..luaskan tekak..( ketika nak tarik vokal, kena luaskan anak tekak supaya suara tak tergelicir).

- Nadia, ketika mau tarik vokal tinggi, rasakan kekejangan di perut (so, masa nak tarik tu, aku siap2 nak buat kejang dah, hahahhah)...

- Vokal yang paling mantap, apabila urat2 timbul di leher..huhuhuhu .itu yg paling hebat.

Tips dari anda?? bagaimana??? share la bersama2.Sharing Is caring

February 19, 2011

Happy Birthday Abah




Happy Birthday abah. Besok birthday abah aku yang ke 50 tahun. Semoga abah panjang umur dan murah rezeki selalu. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. I Love U abah..I miss u..sedeynya tak dpt celebrate birthday ngan abah. huhuhu :(  .  

p/s : Terima kasih diatas pengorbanan yg telah abah berikan.. :)

February 18, 2011

Surat dari Iblis

Assalamualaikum,

 Sebagai renungan....
(Surat Dari Iblis)
 (Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
 (Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerana catatan kecil dibawahnya)

 ****************************************
SURAT DARI SETAN UNTUK MU
 Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
 Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
 Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulaisantapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkatketempat tidurmu
 Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
 Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.
 Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
 dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
 Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
 Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
 Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
 Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
 dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
 Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
 Akubenar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kitajalani
 Kita nonton film ' porno ' bersama, memaki orang,mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip,manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat padaorang tua ,
 Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
 TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
 Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
 Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
 Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
 Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
 Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
 Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

 Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
 Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
 Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
 Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
 Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
 Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
 Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
 Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
 Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
 Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
 Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun

p/s : catatan paling bawah membuatkan aku terpaksa share ngan rakan-rakan sekalian.huhuhuhu


sumber : hamba Allah melalui email


February 13, 2011

Cake Sedapp..

 hahhahah..sedap ke?? ngeri kan?? Anda tertipu sudah.hehhehhe.

 Ada berani tak beli cake ni utk celebrate birthday korang ??

 ok, cake ni bole bagi pada bf korang yang curang.hahahahha

tak sanggup nak makan cake ni walaupun sekadar patung bayi

Bagi penggemar cake mcm aku, bole la try kek spt gambar diatas. Tapi terpulang la samada sampai hati nak makan atau idak yer??.tapi bagi aku hiasan luaran bukanlah penentu sesuatu kek itu sodap atau tidak. Cth mcm kek secret recipe.Simple + takde hiasan pon tapi rasanya mak aiiii sodapnya..mmg Berbaloi-baloi..

Tapi kalu aku diberi pilihan utk membeli kek ( cthnya la kan ada org nak belanja), aku akan pilih seperti kek dibawah..

 rasa nak kembali zaman kanak-kanak.kenapa zaman dulu time aku kecik2 takde plak org jual kek barbie mcm skrg.uwarghhhh :(

 today was a fairytale.

rasa sayang nk makan!!!! nak simpan je

sumber : google image

Quote for Today

Pizza Ring Of Fortune

Assalamualaikum..Hari ni nak bercerita pasal hari semalam.hehhehe sibuk je nak bercerita kan?? Ok, smlm sehari suntuk berjalan-jalan sampai kaki jadi kejang!!! bole tak mcm tu. Mula2 pgi Times Square, pastu Low Yat sbb nak g kutip pamplet pasal camera utk assignmt dokumentasi. Lepas tu plak pergi Sungei Wang beli seluar , lepas tu plak g Pavillion makan pizza baru.hehhehe sedapp tau..Akhir sekali pergi Nilai, karaoke. Gila tak? gila tak??.. Okey, aku mlas nak cakap banyak. Just nak cakap pizza terbaru "Pizza Ring Of Fortune" tue sedap bangat. Mula-mula order pizza tu dlm hati cakap cam ni " eee ni pizza apa? kusam semacam je..warna pudar je.pastu ada mcm kepingan apa ni ?? cornflakes kecik2, ke hape ni?? arghh makan jela, dah org belanja kan?? tibai aje..pastu rasa " nyummy nyummy sodapnya cheese dia.Lepas tu aku order ayam yg ada letak2 madu, manis-manis gitu..tak tau la apa nama dia, yg penting bukan wings sbb aku tk suka wings.hehhehhe. 

 Mushroom soup + serbuk cheese + garlic bread 

 Pucat-pucat jgn disangka tak sedap tau..

 Pizza Ring Of Fortune =sungguh sedapp

 Ayam manis = sedap gak la..

 jejaka yang belanja makan semalam, kamsa hamnida sbb belanja..

p/s : Bagi penggemar cheese mcm aku ni, jgn teragak2 nak order pizza ni. Berbaloi-baloi

February 11, 2011

Rokok Elektronik

Assalamualaikum. Tak jawab dosa...hehehhe ok, ari ni aku tertarik nak bercerita mengenai satu info mengenai rokok. kenapa rokok?? sbbnya mudah je jawapan aku ni.Sebab aku benci gilerr pada rokok + perokok lebih2 yang selamba badak hisap2 dan hembus dpn org. perghh spoil mood + aku bole lelah bila hidu asap rokok. Mmg aku tau, perokok tegar susah nk berhenti merokok sbb da gian. Bukan gian dadah, tapi gian nak hisap rokok. Aku pon kecian ngan org2 mcm ni, da mcm2 cara nk benti merokok tapi tak bole2 kan, Korang pernah tak tgok filem The Tourist lakonan Johny Depp? Aku tertarik dgn watak Johny Depp yang hisap rokok elektronik tu. So, aku nak share la pada korang2 mengenai rokok elektronik ni.



Rokok elektronik @dikenali sbg E-Cigarette dicipta khas utk perokok tegar bagi membantu menghilangkan ketagihan mereka disamping jimat dari segi kos penggunaannya. Istimewanya rokok elektronik ini adalah kandungannya yang hanya mempunyai nikotin tanpa tar dan tembakau yg boleh membahayakan kesihatan. Nikotin tersebut disediakan dlm pelbagai perisa cth  spt buah-buahan dan juga terdapat yg dari jenis ubat. Filter yg mengandungi ubat dpt menghilangkan simptom yg sinonim dgn perokok tembakau. Cthnya, utk perokok yg selesema bila bgun pagi, mereka bole guna filter jenis "flue-cured tobacco utk mnghilangkan simpton tsebut.Pengguna hanya perlu mengeluarkan kos yg tinggi pada pertama kali shja & selepas itu hnya perlu membeli gantian filternya. Aku tgok skrg mcm da jadi trend org2 pakai rokok elektronik ni. Mgkin sbb style @ utk menghilangkan ketagihan @ utk berjimat katanya. Yg bestnya rokok elektronik ni bole dihisap dimana-mana sahaja.  Asap (wap air) itu menyerupai rokok biasa dan tidak berbau. 

p/s : Ada yg kata e-cigarette ni pilihan yg baik dri rokok biasa dan ada yg kata rokok ni pon sama bahaya sbb rokok elektronik mengewapkan nikotin bsama beberapa bhn lain dlm bentuk wap air dripada haba. Tpi masih blom dpt dipastikan jnis bhn kimia yg terdpt dlm wap air yg dibebaskan oleh rokok itu. 

So, apa pendapat korang?? better tak yah hisap dua-dua lahh.

sumber : sinar harian & google image

Patung macam manusia

Assalamualaikum.Erm, da lama tak update blog.bersawang sudah.huhuhu maklumlah bz menelaah.hahhaha bwekkk. Baru-baru ni aku dapat email dari cousin aku pasal Blythe Lumi Doll. Ape ke benda ni kan? Ok, Blythe Lumi Doll ni adalah patung yang dicipta mirip macam manusia. Ada rambut, mata yang bulat dan besar serta ada emosi cth mcm sedih, happy, malu-malu & macam2 lagi.sangat comel la patung ni tapi aku tak tau ada jual kat mana. Kalau aku tau kat mana ada jual patung ni, siap kau..haaa, mmg aku rembat 2, 3 patung ni.hehhehe kantoi masih berperangai kebudak-budakan walhal umur da meningkat tua. Garis-garis kedutan pon otw nak keluar..Cuba anda tgok patung-patung comel ni..Kalau buat tido ni, syokk ..mcm ada teman kat sebelah kan.hehhehhe

ini pula website blythe lumi doll ni. http://www.thisisblythe.com/

 Macam mana la nak buat patung macam ni ek???




 macam manusia







 asal muka doll ni semua mcm naive ek? hehhehe

sumber : google image

February 6, 2011

Khurafat

Assalamualaikum. Hari ni aku baru berpeluang tgok filem Khurafat.(korang jgn la gelak plak!!!! Taulah da ketinggalan zaman kan.hehhehhe).Maklumlah hati ni main-main, kejap nak tgok, kejap tak nak tgok. Aku ni bkn jenis kaki wayang. Dlm setahun, ada la 3 movie je aku tgok.hahhahha.Itupon bila org kecoh cakap best giler..giler la filem tu mmg 10 bintang la.Mcm2 komen yg aku dengar. So, ramai jugak ckp citer Khurafat ni best giler + mmg TErbaekk la. Ok fine aku tengok!!!. Ok, Jalan ceritanya aku suka walaupun agak slow. Aku nak ngantok gak tapi sbb ada unsur2 suspens yg dasyat, terbantut hasrat nak tido. Aku suka dgn pengarah yg bijak bermain dgn unsur-unsur suspens yg tak disangka-sangka. 


Actually agak penat tgok filem ni sbb aku asyik nak melatah "ohh mak ko". "oh mak ko".kantoi sudey aku melatah dlm wayang. Lepas tu, asyik nak tutup muka. Aku bukan takot hantu sebenarnya, sbb pengalaman nmpak hantu kat kolej kediaman dulu tlh menjadikan aku manusia yg berani( maklumlah hostel aku blkgnya ada hutan, korg paham2 jela, hostel lama kot!!!). Selalu la ustaz dtg tabur lada hitam & garam.(Aku pon tak tau apa functionnya, adalah tu kenapa ustaz tu buat camtu kan). Tapi apa yg aku takut sgt bila tgok citer ni sbb Sound Effectnya. !!!!. Sakit jantung aku ni haaaa. 


Bagi aku ada pengajaran yg penting nk disampaikan oleh pengarah iaitu balasan kpda org yang mengamalkan ilmu hitam. Takkan selamat hidup seseorang apabila mengamalkan ilmu hitam.Sampai mati "menda" tu akan kejar kita. So, ingatlah org yg tersayang .Sbb "menda" tu akan menganggu kehidupan kita termasuklah org2 disekeliling kita. Pengajaran lain adalah hormati setiap manusia esp kepada perempuan. Jgnlah nak gaduh2 ngan laki, jgnlah buat lelaki bengang, klu tak suka, ckp tak suka, tak payah nak sembur2 air kat muka org tu, tak pyah nak ludah2 org..Ko ingat ko hebat buat camtu?. Aku sentiasa ingatkan diri aku & adik-adik serta kawan-kawan, kita jgn buat org marah @ sakit hati. Banyak cerita yg aku dgr dari kawan-kawan aku sendiri bila terkena buatan org, cthnya kemaluan menjadi buruk, menjadi sasau, menjadi gila sehingga membunuh diri. Ini bukan perkara main-main!!!!. Hati manusia lain-lain, ada yg bole menerima perbuatan & kenakalan kita & ada yg tak boleh serta terasa hati sehingga berhasrat nak membalas dendam. Berhati-hatilah apabila melakukan sesuatu. Jgn sampai ada yg terasa hati & terluka dgn perbuatan kita.



Jangan  melakukan perjanjian dgn syaitan!!! 

p/s : Sentiasalah  mengingatkan diri kita agar tidak menyakiti hati org. 

February 4, 2011

Rasa tak Dihargai?


Aku tertarik dgn satu soalan dlm formspring aku ni. Mungkin dia telah membaca blog aku yg bertajuk Hargailah org yg kita sayang. Aku rasa pemberi soalan ni msti tgh bersedey hati mengenangkan nasib diri yang tak dihargai oleh pasangan. Aku jawab spt pic di atas..Tak nampak ke??? kalau tak nmpak, ini aku repeat lagi sekali "mcm mana awk tau dia tak hrgai awk? Org yg tak hargai kita, takkan syg pada kita. Mungkin awk tak nmpk cara dia mghargai awk.Manusia ni mcm2 prangai ada. Adakah awk nk dia hrgai awk dgn cara membelai awk @ belikan adiah yg mhal2?.Setiap org ada hati yg kita sndri tak tau apa rahsianya.. Sy takkan buat pape jka terjadi pda saya sbb sy yakin klu dia jodoh saya, sy akan teruskan.klu dia bkn jodoh sy, sya akan berdoa smoga dia akan sntiasa mghargai & syg saya.Klu msg2 da syg & cinta, takkan tmbul soal mghargai.". cthnya, mcm bf saya, (cewahh bersaya-awak plak), dia selalu ckp sy tak menghargai dia walaupun dia ckp sy ckup syg & cinta dia. Saya tak tahu kenape dia selalu ckp mcm tue. Sy tak paham hati lelaki. Saya tak faham perasaan & apa yg org lelaki inginkan. Cukuplah saya menyayangi dia, mencintai dia, berbuat romantis sekali-sekala spt membeli kad & hadiah.(hadiah biar murah janji ikhlas) serta berhasrat utk menjadi isteri dia. Saya bukanlah perempuan yg terlalu moden + terlalu open utk membelai mesra rambut+ muka dia, bukan jugak perempuan yg dibawa kehulu-hilir ke bilik hotel semata-mata utk memuaskan nafsu seorg lelaki. Itu bknnya cara kita menghargai seseorg. Jika awk seorg lelaki, awk kena faham, tak semestinya dihargai itu adalah dgn melayan awk setiap masa. Seseorg yg berhasrat utk menjadi teman hidup awk sepanjang hayat adalah penghargaan & pengorbanan yg pling terbesar yg dia lakukan, kalau tak percaya, tanya dia " awk nak jadi isteri/suami saya tak?" Kalau dia nak, lupakan soal tak dihargai okey ... Percayalah pada saya.cewahhh.hehehe. 

p/s : suka dgr dialog Raja Farah dlm filem Aku Masih Dara." saya nak bagitau sesuatu dgn awk.ermmm..Confession...supaya awk tak pndg rendah pada saya. I am still a virgin. Saya ada prinsip "mahkota saya cuma utk seorg lelaki yg boleh membimbing & memimpin saya , bukan utk lelaki yg cuma fikirkan nafsu semata-mata.".


Tudung Licin

Assalamualaikum. Hari ni Nadia teringin sgt nak tulis pasal tudung idaman Nadia.hehehheh. Setelah sekian lama terperuk dlm minda ni, asyik terbayang je tudung kain licin yg budak2 Singapore & budak2 Brunei pakai. Tudung mcm ni jarang jual kat KL. Jgn ckp KL la, satu Malaysia pon payah nak jumpa.sedeynya. Tanpa malu, aku pon tanya la kat akak-akak Singapore yg sama fakulti ngan aku, "akak, tudung licin yg akak pakai ni bape hinggit"? Akak tu pikir2,"erm dalam 10 dollar dik, kalau kain yg berkualiti sikit dlm 30 dollar.Means 10 dollar =RM24. Mahal jugak tudung kat sana. Adik, tudung kat Malaysia lgi murah dari Singapore tau. Masalahnya akak, tudung mcm ni takde jumpa pon.hukhukhuk.Takpe2, nti klu adik nk g Singapore, akak bwk adik g Geylang, Singapore.Kat ctu mcm2 ada jual tudung"..yeahhhh..hehhehe. Mesti korang-korang nak ckp aku ni ketinggalan zaman kan pakai tudung cenggini??? ishhh mak tak kesahh pon, janji mak happy tau. hahhahha. Mak tak reti nak pakai shawl2 yg style macam Yuna @ Hana Tajima tu. hehhehe. kesiannya haku ni..Takpe la, pakai tudung mcm dlm pic ni jela.sobb sobbb uhuk uhukkk..ayat sedey

Yang ni paling menarik hatiku







Fesyen budak-budak sekolah. Patutlah semua makcik & pakcik cakap aku budak sekolah menengah..tak patot!!!!

p/s : Kat mana la nak cari tudung ni??? Takkan nak pergi Brunei & Singapore kowt!!!


sumber picture : curik kat google image.hehhheh

February 3, 2011

Hargailah Orang Yang Tersayang

Assalamualaikum..hari ni keje aku melangut depan laptop, pastu tgok cerekarama.maklumlah, student kan, bila mana nak tgok tv.celah mana plak kan??hehhehe. Takkan nak tgok tv kat restoren plak??? kantoi ar bkn nak mkn sgt, tpi nk tgok tv. So, ari ni tetiba nak tgok citer Taubat Nasuha. Ibu aku ngan adik aku ckp sedap, sedap, best, best.(mcm bole mkn plak kan ckp sedap sedap tu). Best sampai menangis la, ape la kan. So, aku pon tgok la drama ni. Perjalanan cerita pada awalnya agak slow. Dari satu babak tu slow motion je, tpi terkandung byk pengajaran. Itu yg pling penting!!!!. Pengarah yg bagus tak suka nk buat penonton asyik emosi je,dari awal meraung+menangis,3x bosan mu tau dok???(tetiba ckp Ganu), lepas tu bila drama habis, lupa dah jln ceritanya.citer ni bagus .Mula-mula,aku tgok citer ni relax je, cool babeh .pastu sampai babak akhir iaitu part yg aku upload ni, hamek kau, da mula sebak-sebak gitu. Control2 tak mo nangis..Nak nangis dlm hati je..

Pengajarannya dlm citer ni, adatlah anak-anak nakal. Kita kecik-kecik dulu nakal jugak kan??? Nabi Muhammad S.A.W tak pernah pukul anak@ kanak-kanak, tak panas baran, (ini dialog yg pling aku suka). Lagi 1, sikap tak pernah nak menghargai org2 tersayang adalah tema utama citer ni. Sepatutnya org yg paling rapat@ dekat dgn diri kita yg perlu kita sayangi & cinta bukannya org yg takde kena mengena dgn kehidupan kita. Akhirnya menyesal tak sudah, nak menangis air mata darah pon , dah tak berguna. Pendek kata, drama ni mmg banyak beri pengajaran kpda masyarakat.Harap lebih byk pengarah buat cerita mcm ni. Jgn la asyik nak naikkan rating @ nak dapat kutipan berjuta-juta, tapi citer macam hampeh. asyik-asyik cinta. asyik-asyik cinta.!!! tak membina okeyy

p/s : Dlm citer ni , ada dialog yg cakap kanak-kanak yg nakal adalah budak bijak. Brape kali diulang2. Bapak aku pon ada ckp mcm ni. Budak kecik yg pasif @ kemurungan tu msti selalu kna pukul ngn mak bapak @ kena marah tak tentu psl ngan mak bapak. Nti bila da besar takot anak-anak akan berdendam dgn mak bapak. Fikirlah secara logik, budak-budak pon walaupun masih kecil, tapi pemikiran mereka dah berfungsi dgn baik. Setiap apa yg kita lakukan & katakan pda mereka, akan diingat sampai besar. Mereka TIDAK BODOH..


Akhir kata, sayangilah keluarga anda.hehhehhe

February 2, 2011

2011 Tahun Arnab

Sape kat sini yg lahir pada tahun arnab??? sila angkat kaki..hehehe. Korang nampak tak tahun 1987 tu??? Tu la tahun aku dilahirkan. Jadinya aku lahir tahun arnab la yer??? heheehe. Masyarakat cina percaya Tahun Baru Cina pd tahun ini adalah tahun arnab dlm jenis arnab logam.okey, tanpa membuang masa, nak bagitau apa kebaikan & keburukan tahun arnab pada 2011 ni.jeng jeng jeng!!!!

Kebaikan 
-ekonomi kebanyakan negara akan berpeluang menikmati pemulihan yg positif.
-membawa keuntungan besar membabitkan bidang kreativiti.
-Harga hartanah akan melambung sehingga org ramai boleh menjadi kaya.
-Pasaran saham dlm 6 bulan pertama lebih baik berbanding 6 bln kedua.
-membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yg sedang menghampiri gerbang perkahwinan. (boleh percaya ka?)hehhee.

Keburukan 
-Nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan.terutamanya bagi mereka di bawah tahun anjing, kuda dan harimau.
-Bakal menyaksikan pergaduhan berlaku disegenap dunia & sesama ahli keluarga. 
-Akan berlaku bayak kes influenza spt batuk & penyakit berkaitan pernafasan.
-Bagi pekerja, banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.
-Tahun ini bkn tahun yg sesuai utk bertukar kerjaya @ kenaikan pangkat.
-Bagi pelajar, diramalkan akan menghadapi kesukaran utk memberi tumpuan kpd pelajaran. 

Bagi individu yg lahir pada tahun arnab pula, mereka dikatakan sbg seorg yg peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, dan berjiwa seni. Sifat negatif plak mmg tak bole blahhh btolll ler..ishhh..Dikatakan sifat negatif pula adalah tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung(mmg betol la ni),kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat(yg part ni aku tak setuju!!!!),lurus bendul, pengecut & mudah terpedaya.Ade ke patut kata pengecut???? tidak sama sekali okay..

Yang paling best, ramai gak ar selebriti yg famous lahir pada tahun arnab ni .cthnya Angelina Jolie, Brad Pitt, Johny Depp, Eva Longoria, David Beckham, Kate Winslet, Tiger Woods(sama birthday ngan aku), Albert Enstein, Nicholas Cage, Arthur Miller dan banyak lgi la.

sumber : Berita Harian


Perlu ke org Lelaki dtg masa bertunang

Assalamualaikum..hari ni aku nak cerita la pasal pertunangan org zaman sekarang. Banyak sgt bezanya dgn zaman dulu. Kalau dulu anak dara bertunang takde pelamin-pelamin pon, cuma bilik tidur dihias indah, cantik2 utk menunggu bakal mak mertua datang nak sarungkan cincin. Tapi skrg pasangan kita@ tunang kita tu turut akan hadir sama..Adakah ini telah menjadi trend @ adat dah berubah.Bila Nadia tanya pada mak Nadia pasal perkara ni, dia pon bersetuju dgn trend terbaru ni?? Katanya, "kena ada pelamin cantik-cantik, baju cantik2 meriah bagai, si lelaki kena pakai smart2 sbb nak amik gambar".haaaa??? haiyaaa..Secara jujurnya aku mmg tak setuju. Bukan la sbb kolot ke, tradisional @ berpikiran ortodoks ke.!!! Tapi aku mmg tak nak la kalau si lelaki dtg semata-mata nak makan & bergambar-gambar dgn pasangan perempuan. Da macam majlis perkahwinan pon ada bila kedua-dua pasangan  berpakaian sedondon, cuma takde dua kerusi bersanding je.hahhahhah. Malu+segan laaaaaaa..Tapi skrg ni dah ramai buat macam tu. Tapi di kampung-kampung masih lagi mengikut adat dahulu.(just family lelaki je yg datang, si lelaki tu duduk umah diam-diam).Jgn nak menyibokss.hehehe.Tapi impian aku, biarlah si lelaki tak pyh la nk dtg, duk umah tgok tv je lagi bagus.hehehhe. Ntah la, mungkin aku ni suka pada yg simple-simple. Kalau ikutkan hati, malas nak bertunang-tunang, kawin terus lagi bagos rasanya.(jimat ckit tak pyh bagi hantaran.kihkihkih) Tapi yelah, impian ibu bapa kena ikut jugak kan???..Malas nak melawan..huhuhu

p/s : tak terpikir nak bertunang @ kawin dlm masa terdekat.hehhehheh.

mcm cincin idaman je. Siap ada ND = Nadia.lallallala

p/s : bole tak kalau cincin tunang & kawin tak nak emas kuning tu??? hhehheh sbb tak minat emas kuning..