Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

November 24, 2009

23 TIP CANTIK ...HANYA ADA DALAM DIRI DAN DISIPLIN ANDA

Jika anda bijak mempraktikkan cara menjaga kecantikan diri dari awal,maka tak perlulah anda mengeluarkan belanja yang besar untuk cantik sepanjang masa.asalkan anda rajin dan sering mengamalkannya secara berdisiplin,cara rngkas berasaskan semulajadi tanpa perlu rasa kesakitan dan tidak memudaratkan diri melalui 23 tips cantik ini anda pasti tersenyum puas dengan kecantikan diri yang anda miliki.

1) Gosoklah gigi anda sebelum mencuci muka!
bacteria yang terdapat pada karang gigi serta sisa makanan ini juga akan menyebabkan kulit di sekitar bibir kering bahkan akan menyebabkan alahan.mencucinya dengan air tidak akan menghilangkannya dengan betul.mencuci wajah sesudah menggosok gigi akan membersihkannya secara total.

2) Untuk menjimatkan waktu di pagi hari,
anda tidak perlu melakukan rutin yang sama untuk mencuci wajah dipagi hari bila anda sudah mencucinya dengan bersih diwaktu malam.memadai bilas wajah anda dengan air hangat selama 30 saat dan anda boleh menggunakan pelembap.

3) Jangan menggosokkan pergelangan tangan
anda setalah menyemburkanya dengan minyak wangi!gosokkan yang dilakukan itu menjadikan kulit memanas dan wangian cepat hilang.biarkan minyak wangi anda itu mengering dengan sendirinya,malah tahan lebih lama.

4) Pasti anda pernah mendengar tentang menghilangkan jerawat
dengan cepat dengan mengoleskan karang gigi.percayalah tidak ada kejaiban yang dapat menghilangkan jerawat dalam semalaman!cara terbaik adalah memastikan muka selalau dalam keadaan bersih dan mengoleskan ubat jerawat serta membiarkannya kering denagan sendirinya
.
5) Eye liner cair lebih tepat bila digunakan pada atas mata,
sedangkan untuk garis dibawah mata lebih baik menggunakan pensil.

6) Kecewa kerana eye shadow yang anda gunakan tidak dapat bertahan lama?pada ketika anda menggunakan eye shadow,basahkan alat/penyapu eye shadow yang anda gunakan dengan sedikit air.awalnya,mungkin terasa terlalu tebal,tapi anda akan tersenyum puas melihat berapa lama ia bertahan.

7) Anda ingin tampil natural?rahsianya adalah menggunakan foundation ringan,kemudian sapukan blush on jenis krim.setelah itu,gunakan mascara dan sudah memadai juga dengan hanya menambahkan lip gloss pada bibir.

8) Mata kelihatan sembap dan berkantung?minum terlalu banyak alcohol dan mengambil banyak garam menyebabkan berkurangnya air dan menjadikan kulit dibawah mata membengkak.beristirehat,mengurangkan pengambilan kafein dan tidur diatas bantal yang lebih tinggi boleh mngurangkan kesan kantung dibawah mata.Selain itu,uncang teh dan potongan timun masih menjadi bahan semulajadi yang efektif.

9) Anda suka menggunakan topi atau skaf di kepala,namun takut ketika topi dibuka rambut akan kelihatan lepek?agar rambut tidak jadi lepek,jangan memakai penutup kepala ketika rambut belum benar-benar kering.gunakan pengering rambut agar rambut kering dengan sempurna.tidak perlu takut menggunakan topi kerana rambut anda akan tetap kelihatan sempurna selepasnya.

10) Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah selepas 8 jam.kerap menambahkan solekan akan menjadikan solekan atau waran tidak rata .namun untuk lipstick,anda wajar menggunakannya dengan kerap,khususnya selepas makan
.
11) Jika selama ini anda selalu menggunakan concealer sebelum menggunakan foundation,lakukanlah pula sebaliknya.sapukan foundation terlebih dahulu,sebagai asasnya kemudian barulah concealer di wajah anda.ini akan menjadikan penampilan lebi natural dan menjimatkan penggunaan concealer.

12) Bersedialah untuk menjaga bibir anda sempena musim panas ini!bibir kering dan pecah-pecah tentunya mencacatkan penampilan anda.gunakan berus lembut dengan sedikit losyen dan ratakan perlahan-perlahan.tapi awas jangan masuk kedalam mulut.

13) Memakai kasut yang mendedahkan kaki membuatkan kulit kaki kering dan pecah-pecah.keadaan ini berpunca daripada pencemaran dan kekotoran.adakalanya menggunakan losyen pelembap tidak dapat membantu.agar kulit kembali halus dan tidak pecah-pecah,setiap malam sapukan losyen pelembap pada kaki kemudian pakaikan sarung kaki selama semalaman.

14) Sering mencuci tangan memang baik untuk kesihatan.
namun,air dan sabun yang digunakan akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan kering.oleskan pelambap setiap kali anda mencuci tangan agar lembapannya terjaga.

15) Jika kuku anda terasa rapuh,rendam kuku dalam susu hangat atau suam.susu mengandungi asid laktik yang membantu mengeluarkan sel kulit mati,sehingga menghaluskan
kulit.kalsiumnya yang terkandung dalam susu juga turut menguatkan kuku rapuh.

16) Bibir anda terasa terlalu tipis dan tidak penuh biarpun setelah memakai lipstick?rahsianya,setelah menggunakan lipstick sapukan pula lipstick senada yang berwarna lebih terang pada bahagian tengah dalam bibir.teknik sedemikian bibir akan kelihatan lebih terbentuk dan tampil lebih penuh.

17) Ketika membersihkan muka,gunakan air suam,kemudian akhiri dengan menggunakan air sejuk.air suam berguna untuk membuka pori-pori sehingga kekotoran didalam kulit akan terhakis.air sejuk pula akan menutup semula pori-pori yang terbuka.amalan akan menjadikan kulit tampil halus dan sempurna.

18) Mascara sebaiknya digunakan palinh kurang 4 bulan.
sedangkan untuk eye shadow dan lipstick,anda dapat menggunakanya sehinnga dua tahun.caranya adalah dengan memerhatikan warna dan teksturnya.jika berubah,bererti keadaannya sudah tidak baik.namun,bila anda terlalu yakin dengan keadaanya,jangan pertaruhkan kulit anda,buang saja!

19) Anda perlu memiliki dua jenis foundation:satu berwarna lebih terang yang lainnya lebih gelap.yang berwarna lebih terang digunakan pada lingkaran mata dan dibawah hidung.manakala yang lebih gelap digunakan sekitar dagu dan pipi bahagian luar.

20) Ramai orang berfikir,selulit mustahil untuk dihilangkan,
biarpun dengan menggunakan losyen anti selulit.anda harus cuba petua ini,gosokkan skrub pada bahagian tubuh yang berselulit sebelum mandi,kemudian barulah diikuti dengan losyen anti selulit sebaik sahaja badan dikeringkan.keadaan ini akan menjadikan losyen tersebut lebih berkesan.

21) Anda malas keluar rumah dan menyediakan waktu tertentu untuk aktiviti riadah atau sukan?
Sediakan saja dirumah anda.gerakan yang dilakukan ketika membersihkan rumah selama 20 minit mampu membakar 80-90 kalori .bayangkan jika anda melakukannya lebih lama.

22) Masukkan air putih/masak kedalam diet anda!air putih ternyata memiliki manfaat lebih dari yang kita anggarkan.air adalah satu daripada enam nutrisi penting.jika anda mengalami berat badan berlebihan,kulit kusam dan berjerawat,mungkin ini petanda anda kekurangan cecair berharga ini.

23) Masukkan seketul halia yang sudah diketuk/dititik kedalam air yang anda sedang rebus untuk menyediakan teh.halia memilki banyak khasiat,antara lain mengurangkan peluh berlebihan,masalah dengan perut membuatkan badan lebih sihat dan tidak cepat penat.teh yang anda minum pun terasa lebih nikmat dan sedap.

Rama-rama dan saya sebagai WANITA

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Renung2kanlah. ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat
yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cubakita lihat... dan manakah
pilihan kita???


Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX , maka pasangan rajin bertengkar jika
servis di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA , maka pasangan bakal bubar jika
bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN
, pasangan bakal lari jika
rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT , maka pasangan akan cari alasan
untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN , pasangan akan lari jika
orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA , hati manusia itu tidak tetap dan
mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti
MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH
itu KEKALdan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai
hamba NYAmelebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai
ALLAH.

November 22, 2009

sayang mereka berdua..~

inilah kedua ibu bapa saya yang telah mewujudkan saya dan membesarkan saya..saya sangat sayang mereka..muahhhhhhhhh..i love you so much...saya berjanji akan membalas jasa kedua2 mereka...selama ni, apa yang saya nak, saya dapat..saya harap saya dapat memberikan sesuatu kepada mereka suatu hari nanti...ibu, abah, doakan kejayaan anakmu ini...muahhhhhh~

8 LELAKI PILIHAN SAYA..~

1. MESTI MENCINTAI SAYA SEPENUH HATI DAN SEPENUH JIWA DAN RAGANYA
Bakal suami saya tu mestila sayang and cinta saya...kalau tak cinta macam mana la nanti kehidupan saya bila dah kawin..ye takkkk...inilah ciri paling penting..lelaki yang mencintai saya sepenuh jiwanya akan membahagiakan saya dan kehidupan saya..yeahhh..~ Dialah yang akan bertakhta dalam hati saya...Kalau dia tak cinta saya, mungkin dia akan berpaling pada orang lain satu hari nanti..arghhhh tak muuuu...~ dan dia perlu ikhlas menumpahkan kecintaan dan kesetiaannya kepada saya..dan saya berjanji saya akan menjadi seorang isteri yang baik kepadanya...hihihihihi...

2. MESTILAH PENYAYANG
Lelaki itu mestilah penyayang...maksudnya disini sayang pada saya dan sukakan budak-budak..sebab saya pun suka budak-budak...jangan sesekali memukul saya @ menampar @ melakukan kekerasan terhadap diri saya dari segi mental dan fizikal..Jangan sesekali bersikap panas baran depan saya..sebab saya paling tak suka laki sebegitu... Yang paling best kalau dia dapat manjakan saya..hihihihi..saya memang suka dimanjakan..hahhaha...saya tak suka laki yang suka memukul, menampar budak2..atau mencederakan haiwan walaupun saya pun tak suka nak bela binatang peliharaan...Kalau kita nak tahu laki tu penyayang ke tak kan, kita try la buat dia marah..tgok la apa tindakan dia.n kalau dia ada pet, tgok macam mana cara dia layan binatang tu....mesti sweet sangat....

3. SEORANG YANG BIJAK, EDUCATED & BEKERJAYA
hahaahah...ni kriteria yang penting jugakk....tak tau kenapa saya suka orang sebegini..mungkin masa depan dan kehidupan saya akan lebih terjamin kalau saya berkahwin dengan orang sebegini..mmg la pnting..nanti nak bagi saya makan apa???pasir??batu??kayu??? saya hanya makan makanan seperti mee, bihun, dan fast food sahaja..serta makanan ringan..hihihihii...saya nak kehidupan saya selesa dan sederhana, tak mewah sangat pun takpe, asalkan apa yang saya nak, saya dapat..jgn risau, saya bukan seorang yang demand k..yang paling penting lelaki tersebut mestilah mempunyai aset sendiri seperti kereta dan rumah..rumah sewa pun takpe, asalkan dia mampu bayar bulan2..hihihihi..barula boleh masuk meminang saya...sebab, kalau dia tak de pape, tak mungkin ibu dan bapa saya akan menerimnya..saya sendiri pun berusaha nak cari duit untuk sara kehidupan saya..takkan saya nak tanggung dia pulak kan..tu lelaki yang tak malu namanya..saya cukup menyampah kalau perempuan yang sara lelaki..~ saya takkan berkahwin dgn laki begitu..

4. MENGHORMATI ORANG TUA
saya cukup pantang kalau ada orang bersikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua..tak suka la..lebih2 lagi dgn ibu dan bapa saya @ tak kira la parents sape2 pun..lelaki yang boleh mengambil hati ibu dan abah saya, lelaki itulah pilihan saya...hihihihihihi..ibu saya senang jer. kalau dia ada kerja, bagi la adiah ape2..dia suka la.hahahah.biasala perempuan kan..bapak saya pulak, cukuplah kalau laki tu baik dan boleh menjaga saya, ada kerjaya untuk menyara saya..ok beres...semuanya akan diberkati..hihihhihi...saya tak suka lelaki yang bersikap kurang ajar dan bercakap kasar dengan mak n bapak mereka...nti hidup keluarga saya tak berkat..paling penting, sebelum kahwin, mestilah dipersetujui kedua-dua pihak..selagi kedua2 pihak tak bersetuju, saya takkan berkahwin....

5. BERIMAN & TAHU AGAMA
saya bukanlah mencari lelaki yang perfect walaupun kadangkala saya ni macam perempuan yang perfectionist ckit..kihkihkih....saya bukanla mencari imam, ustaz, bilal dan pakar agama..cukuplah kalau dia mampu membimbing saya dalam soal agama..supaya bila kahwin nanti rumah tangga saya lebih harmoni dan sejahtera...saya nak rumah saya diterangi Nur dan sejukk je selalu..cukuplah kalau lelaki tersebut menjaga solatnya, tak meninggalkan puasa dan tidak melakukan perkara2 yang tidak baik seperti minum arak,kaki clubbing, berjudi dan perkara2 yang tak bermoral lah..ada paham?????

6. PEMBERSIH
ni paling penting jugak...pendek kata 10 senarai ni mmg la pntingg bagi saya..saya paling pantang laki pengotor dan busuk..sebab saya amat sukakan wangian...kalau busuk, macam mana saya nak hidup dengan dia..saya tak suka dia kotor, busuk dan pemalas...saya sukakan lelaki yang kemas, bersih dan wangi..kalau muka hensem pun, tapi kalau bau cam hampeh..eeee...menggelikan btol...saya tak suka lelaki yang suka menyimpan bulu panjang2 kat muka ...i dont like ok..kalau seorang lelaki itu pembersih dan kemas, rumah saya mesti kemas dan cantik...keperibadian seseorang laki mencerminkan kehidupan dia..kan best macam tuh....

7. ROMANTIK
Saya sangat sukakan lelaki yang romantik..yang setiap hari mengatakan dia cinta n sayang pada saya...yang memberikan saya kad dan hadiah pada hari jadi dan hari2 tertentu misalnya anniversary kami...hadiah tak mahal pun tak pe..sebab saya bukan seorang yang materialistik..yang paling penting ingatan tulus dan ikhlas... kalau nak bagi bunga, bagi 3 kuntum rose merah dan putih cukuplah..saya tak nak sejambak yang mahal tuh..membazir jer..kad pulak, saya nak yang simple2 n murah2 jer..tak de bunyi2 dan lagu2 pun tak kisah...asalkan dia ikhlas..hihihihihi..dia mestilah melayan saya seolah2 saya seorang puteri raya..uwarghhhh bestnya..tringin nak jadi puteri...~

8. TIDAK MENGONGKONG KEHIDUPAN SAYA
Saya tak suka lelaki yang bila saya nak buat ini, tak boleh..itu tak boleh..sampai saya sendiri pun tak boleh nak pikirkan diri saya sendiri..sebabnya saya asyik nak ikut cakap dia jer....saya juga perlu memkirkan masa depan saya dan diri saya sendiri...kalau saya buat sesuatu yang tak betul, lelaki tersebut perlulah nasihat dan bagi moral support pada saya.itu yang saya harapkan...saya memerlukan lelaki yang memberi sokongan kepada saya tidak kira dari apa sigi sekalipun...bukannya mengkong saya...


November 21, 2009

satu hari nanti..imej saya begini...~

selendang ni baru bali dari kawan saya..cantikkkkkk tak...opssss, Cik Nadia, kalau yer pun nak berposing, almari kat belakang tu sila tutup ckit.tak pon cover la ngan pape..hikhikhik...maklumlah duk hostel kan..tapi tu almari roomate saya.... :)

saya sangat gemarkan selendang..uwaaaaaaaaa..sangat2 suka..saya da banyak selendang tapi blum terbuka hati nak pakai sepenuhnya...

ini saya...saya mmg suka pakai tudung macam ni..ala2 Ekin la konon..hahaha..tapi blum tiba masanya lagi..mungkin satu hari nanti Tuhan akan bukakan hati saya untuk pakai tudung...cantik tak saya?????hahhahahhaha....saya memang tringin tapi tunggula dulu..bila saya btol2 dah bersedia, saya pakai tudung..bila saya dah pakai tudung, saya tak nak la pakai seksi2 lagi..huhuhuhu.

Bila lah saya akan dapat Petunjuk ya...~Untuk pakai Tudung..

November 15, 2009

hobi saya..~ ahakz

semua orang ada hobi masing-masing kan..begitu juga dengan saya...hari ni, saya terlebey..opsss silap, terlebih rajinnn, ...ha..baru betul..kita mesti jaga bahasa kita, kalu tak sape lagi nak jaga kan..sebagai rakyat Malaysia, kita mesti berbangga dengan pencapaian dan kemajuan negara kita..MERDEKA..cewahhhh semangat KEMERDEKAAN la pulakkk..ok..berbalik pada citer saya tadi, kita citer pasal hobi k....saya siapkal list lagi..baca jangan tak baca tau..hahhahah...

1. saya seorang yang memang kaki jalan..maksudnya, saya seorang yang tak reti duk diam...mungkin sebab di tapak kaki kanan saya ada 3 tahi lalat...maksudnya kuat berjalan..saya suka pergi Mall, pantai..atau apa sahaja tempat yang menarik..kadang-kadang saya pergi je jalan tapi tak beli apa-apa pun..hahahahha.saya menyimpan angan-angan nak merantau seluruh dunia..malangnya, saya bukanlah seorang yang kaya raya..cian saya..huhuhuhu.kan best kalau dapat pergi Bali, KOrea, Switzerland atau kat mana-mana la..yang penting pgi jalan-jalan...~

2. SHOPPING..uwarghhhhhhh..bestnya kalau saya kaya-raya macam Paris Hilton tuh..hahhahha..itulah hobi saya..sumer orang tau...termasuklah parent saya..and diorang tak kisah kalau saya habiskan duit beli mcam2..maceh abah n ibu...maceh sebab memahami anakmu ini..hihihihi....saya suka beli baju, kasut, aksesori, perfume..muahhhhhh..hahaha..and buku..dvd korea, dan make up..hihihihi..perempuan katakan...setiap kali pergi shopping, mesti barang-barang ni menjadi pilihan...hhihihihi..tak tau la bila tabiat ni akan dihentikan...huhuhuhu...saya patut bersyukur sebab dikurniakan family yang hidup sederhana dan mampu beri saya apa sahaja yang saya nak....Aminnn....semoga rezeki family saya sentiasa ada dan semakin baik...doa-doakan yer

3. Internet...ni lagi satu hobi saya..saya sangat addict pada internet..sehari tak bukak, macam tak sihat je tubuh badan ni..kalau saya sibuk sekalipun, mesti saya akan bukak walaupun 5 minit sahaja..hobi saya mendownload jela..kalu tak lagu, video clip..tak pun movie..hihihi..kadang-kadang tengok TV3..maklumla duk hostel, mana ada TV kan.......lagi 1, baca paper online , cewahhh...best kott..selalunya metro online la, takpun Kosmo..kadang2 bukak Star atau Berita Harian...tapi yang paling best tulis blog n baca blog orang..rasa besttt sangat baca luahan hati orang...hahhaha...tulis blog pun best, rasa otak kita free sangat...nak luah kat orang susah, so, dengan menulis blog, dapatlah kita mencurahkan perasaan dan apa sahaja yang tengah bermain diminda kita pada waktu tu..hihihi...

4. MENYANYI...ha.ni lagi 1..masa sedang tulis blog ni, saya dah 4 minggu sakit..kesian kan..batuk tak henti-henti samapi tak bole tido..Tuhan saje yang tau sakit dan seksanya saya...selesema saya pun tak baik2..hari ni, saya beli strepsil Honey & lemon..tak sedappp..dgn ubat batuk Woods..harap sembuh cepat...ha, berbalik pada cter saya tadi pasal menyanyi..dari dalam perut kot saya suka nyanyi..rasa la, haahaaha tu la pasal tak sempat2 nak kuar..ibu saya terkejot kot saya nyanyi dgn lantang sampai terberanak ..hihihi,,sebab tu la saya lahir akhir tahun.30 December 1987..hihihihi....saya start menyanyi masa tadika..tapi mula masuk pertandingan masa darjah 4 kalau tak silap.masa tu hari guru..hihihi..ibu belikan gaun biru tanpa lengan paras lutut..seksi uuu..hihihi...saya memang tak malu depan orang..hahhaahhaha...lepas tu, masa tingkatan 3 saya masuk pertandingan menyanyi kat sekolah..lagu before i fall in love nyanyian Coco lee..dapat num 3 je...lepas tu masuk nasyid.macam biasa la, saya vokalis, hihihihi..lagu Rabbani..alim la pulak kan..lagu Intifada..ntah la kenapa saya suka menyanyi walaupun suara tak la sedap sangat..lemak2 tu ada la..haaha.perasan la pulakkk..buuuuuuu..masa kat UM, saya nyanyi lagu Ct Nurhaliza..tajuknya tak ingat la..hihihi.kelakar pulak bila fikir2...family saya tahu saya memang suka dan gila nyanyi..sehari tak nyanyi tak sah..something wrong la tuh..sampaikan mak roomates saya cakap, macam mana nak baik batuk, selesema ngan demam tu, menyanyi je..hihihihihihi..paling best, bila abah saya belikan satu set home theatre...mic tanpa wayar macam penyanyi la pulak...bila da masa terluang, saya akan karaoke sorang2..hilang stress..tu cara saya hilangkan bosan and tension......dan yang pelik, saya suka semua jenis lagu..hahahahhaha...music is my life..yabedabeduuuuuuuu....gila muzik

5. Buku...saya dan buku tak dapat dipisahkan..cewahhh tunjuk rajin la pulak..hahahah..tak dela..ini betul..KENYATAAN...tak kira la buku ke, kamus, majalah, novel, newspaper..apa sahaja bahan bacaan saya suka...mungkin family saya dah pupuk minat ni masa tadika lagi kot...ok la tuh....tapi jangan bagi saya buku matematik..i hate maths..sangat2 hate..hihihihi..sekarang saya sedang berjinak -jinak untuk mempelajari bidang bahasa..buat masa ni saya tengah mendalami bahasa kita sendiri iaitu bahasa melayu...eh, ingat senang ke..1st time saya belaja bahasa melayu, betapa susahnya bahasa kita ni..macam mana struktur binaan bahasa tu tercipta..BI lagi senang saya rasa grammar nya..so saya beli buku tatabahasa dewan untuk mempelajari secara mendalam..saya juga suka membaca kamus bahasa inggeris..memandangkan kedua-dua roomate saya ada kamus bestar senangla saya dapat belajar dengan lebih baik..yelah maksudnya ada beberapa perkataan yang kita tak reti sebut, jadi melalui kamus ni la, saya tau.ooooo macam tu..ooooo mcam ni..hihihi..dan hari ni saya telah membeli kamus bahasa Korea..bestnya..walaupun ada orang cakap membazir, tapi saya tak rasa rugi langsung.sebab niat saya masa cuti sem ni nak belajar bahasa korea ni..dats why la beli buku ni..kat umah saya, majalah Remaja dah tinggi saya kot..punya la banyak..sayang nak buang.dalam tu macam2 fakta n pengetahuan ada...tak kisah la pasal kehidupan, cinta, agama, kesihatan, keluarga, perkahwinan, dalaman diri, luaran diri..sume saya baca la....

6. makan- haaaa....percaya tak??? mesti tak percaya kan...sebab saya tak gemukkkk sangat.sedang-sedang aje...tapi saya suka makan especially fast food, seafood and western..dan tidak ketinggalan makanan ringan..hahhaa...i love MacDonalds, Pizza Hut, Kenny Rogers, KfC, burger King...chicken Chop, Lamb Chop, coklat ........tu la makanan ruji saya..gila kan...saya tak gemar makan nasi..ntah la..macam bosan....setiap minggu mesti makan..kalau tak, saya akan SAKIT.serious...saya tak tipu..pernah masa kat UItM saya demam n sakit, tiba2 pakcik saya datang hantar ubat n Macdonalds...saya tanya kenapa???? pelik la kan..pakcik pun berkata..." abah suh hantar, bagi baik demam tuh" hahhaha..lawak2..mmg btol la.hanya abah saya saje yang tau macam mana nak ilangkan deman saya n buat saya happy...malam tadi saya makan Macdonalds..roomate saya Ain belanja..macehhh..sebenarnya dah banyak kali dia belanja..mmg dia sangat baikk..mggu depan Iskandar Zulkarnain plak nak belanja saya makan MCD ngan bubur dia..sedappp..tak saborrrrrr..mggu depan balik umah..yahooooooo..makan dan makan dan makan..dan gemukkkkkkkk..hahahaha

7. memasak..hobi terbaru saya sejak kbelakangan ni bila saya balik umah yang tercinta adalah memasak..cewahhh.kelakar gila...saya bukan la pandai sangat memasak walaupun saya dilahirkan didalam keturunan yang terdiri dari tukang masak kesemuanya.....ada chef hotel, ada tukang masak dan pakar memasak...kadang-kadang saya memasak kat umah..saje2 bosannn...mula2 masak yang simple2, nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng sardin..hahhaah..lepas tu megi goreng mamak..lepas tuh ayam masak merak, sayur campur, dan paling best nasi ayammmmm.....saya sudah pandai...abah saya selalu cakap, kalau kita pandai masak senang nanti..perempuan kena la pandai masak....~ bagos abah saya..

8. yang ni paling saya suka, minat dan gila...MENGEMAS RUMAH...DAN MELAKUKAN KERJA RUMAH..bukan homework tau...homework study tu saya malas..hahaaha..ni kerja-kerja surirumah tangga..tak caya la tuh.kalau tak percaya, tanya la kepada Puan Norwati iaitu ibu saya yang tercinta...nescaya kamu akan mempercayai kata-kata saya ini..hahaah..setiap hari saya akan mengemas rumah...menyapu, lap itu, ini, sinun, sinin...hahahha.pendek kata satu umah la...kalau kat hostel, saya kemas jugak..kadang2 terlebeh rajin siap kemas barang roomates sekali, lipat kain diorang sekali la..hihihihihi...ntah la, plik kan saya ni..semua orang cakap saya nakal..tapi saya tak la macam tuh sebenarnya..saya ni macam ladies la jugak..saya rasa bila saya kawin satu hari nanti, mesti rumah idaman saya tuh cantik dan berkilat dan sangatttttt cantikkkkkkk la..hahhahaa....sebab dah tu hobi saya..nak cakap pe lagi kan..hikhikhik
kalau bole, saya nak umah saya tu besar n ada taman kat luar..nak tanam pokok n ada gazebo..hihihi..perasan...

9. ni hobi paling bestttt....BAWAK KETE...semenjak saya ada kereta ni, ni la hobi saya paling best...saya takkan penat bila drive walaupun berjam-jam duk dalam kete, sesat jalan ke, ape ke..hahhaha...kalu datang mood gila, saya akan bawak kete laju-laju..ibu saya bisinggg la..tension tol naik kete ngan ibu..huhuhu..tapi abah saya sporting, dia tau saya macam dia..ganazzzz.hahhahhaha...saya sayang sangat kete saya..hihihi yelah tuh..basuh pon malassss.hahhahah...maceh ibu.maceh abah blikan orang kete ni...ada nama dah..BABY BLACK...paling best saya bawak kete g PD mandi pantai...besttt...jauh kot..hihihihi...saya selamba jer salah jalan ke apa ke, asalkan saya bawak kete, then bacala sign board nak g mana2...kena confident jela..tapi sakit hati la..yelah kan, saya kan tak tau sangat jalan KL ni, mmg la lambat ckit, nak tgok sign board lagi, tgok depan lagi..org2 KL ni tak pnyabar..tau nak honnnn je kalau kita lambat..kecohhhh..~macam la aku drive line kanan..ntah pape..~

10...akhirnya habis jugakkkkk..penat saya pikir hobi saya tau..hahahhaha...last sekali, apa dia ek??? hobi saya amik gambar kot..hahhaha kantoi..buktinya banyak btol pic saya dalam handset n laptop ni..bukan pic saya jela...kawan2, family and apa jela pic yang saya suka...gila tgok pic sendiri..hahhahhaha..tak lah, kenangan kot pic ni, masa kcik kita macam ni, remaja macam ni buruk cikit, bila da besar..ek eh lainnya aku...cenggitulah...hahaha.lagi 1, dalam pic macam2 kenangan...mesti rindu kawan2 dulu..tu jela caranya kita nak mengingati satu kenangan yang lepas2...tipu la kalau takde orang suka bergambar..tipu sangatttttttt..buuuuu...

itulah sahaja hobi saya..mungkin ada lagi tapi tidaklah se extreme macam hobi diatas ini....baca-bacalah..hihihihi..bye..adiossss.arghhhhh ngantok..zzzzzzzz~


mana nak carik kucing nih~

aishhhhhhhh..susahnya nak cari anak kucing..kenapa anak kucing??? yela, kalu kucing besar tak lawa, besar takut nak pegang..kalu nak bli mahal plak...seribu lebey kot..tak mampu lagi...dekat kolej aku ni dulu banyak anak kucing cute2, tapi skunk ilang plak..ingat nak amik satu.tapi takooot ada tuan...sebenarnya aku tak suka kucing, takotttt....dia gigit..tapi nak cari seekor yang comel n cute macam aku, hahhahhaha...untuk seseorang la..dia mmg suka sangat kucing, aku nak beli hamster , dia tak nak..nak kucing jugak..kalu tgok kucing, tros diam, pelik btol..nampak sangat sayang giler kat kucing... tapi kat aku tak pulak..hahhahaha..tu la masalahnya tak jumpa kucing ni..puas dah cari, tapi tak jumpa..harap-harap la jumpa seekor,...amik jela...sayang btol dia pada kucing....marah btol kalu kita khianat kat kucing..hihihihi..comelllll...hahahah..

TERUSKAN MENCARI KUCING....~

November 12, 2009

2012 & 4BIA



Inilah carta movie yang akan aku tgok..cewahhhh..hahhahaha...mungkin salah satu atau kedua-duanya sekali..perghhhhhhhhh tamak babe...Bagi penggemar filem , drama n teater macam aku ni, cewahhhh kenala pandai menilai yang mana ok kan...Filem 2012 ni bagi aku best sebab melalui shot dia macam gempak, tapi tak tau la kan...mat-mat salleh meramalkan 2012 adalah kemusnahan bagi dunia ni...ntah pape kan...melalui pandangan dan pendapat dari responden2, hahaaah, banyak la ko responden Nadia, hihihihi..aku mendapati cter ni macam gempak je lebey..tajuk n promosi dia je gempak, tapi story blum tentu lagi kan....hahahha...tapi pape pun, aku nak tgok jugak citer ni..mesti besttttttttttttt...

4BIA....cter ni adalah sekuel fobia tahun bila pun aku tak ingat dah..pasal bunuh la tak silap..so, ni adalah citer thriller... seperti yang anda belum tahu..hahahahha, aku adalah pengemar citer-citer hantu..sangat2....lagi scary lagi besttttttttttttt........so, aku akan pastikan kedua-dua citer ini akan ditonton lepas exam nanti...yahuuuuuuuuu...

quote of the day



SENDIRI...~

mungkin korang tertanya-tanya kan .SINGLE????apa tuh?tak paham kan???....itulah kehidupan aku sekarang....itu yang aku mahukan buat masa ini..buat masa sekarang, biarlah aku tumpukan sepenuh perhatian aku pada pelajaran..ntahlah..semenjak masuk degree ni, aku dah nampak kelainan..tak sia-sialah family aku menghabiskan duit suruh aku sambung degree...Aku pun tak tau, kenapa mood aku sekarang macam nak belajar..kelakar pun ada jugak..hahahhaha.dulu akulah orang yang paling tak suka belajar...nak buat apa, baik keje, dapat jugak duit..bole la...SHOPPINg...hahhahha tu jela keje aku.syhhhhhh...bagosla kalu aku dah bersungguh nak belajar..Selagi termampu dan otak masih diperlukan untuk mencurahkan segala ilmu-ilmu, aku tekad la jugak..mungkin jugak sebab budak-budak kat UM ni semua ulat buku, jadi aku pun terikut-ikut....huhuhuhuhu...segan la kan kalu tak study..tapi kadang-kadang menyampah jugak bila tengok budak-budak yang baca n pegang buku 24 jam..aku pun tak paham..bagos lah tuh...tapi bagi aku la sebagai student yang biasa-biasa ajer..hihihihi, buku-buku jugak, tapi aktiviti sosial kena la ada jugak..macam shopping ke, jalan-jalan makan angin, amik udara segar katakan..cuci mata...bukan maksudnya mengatal..tapi tengok persekitaran luar..biar minda tu berkembang sikit..tak lah asyik terperuk dalam bilik yang kecil ni...lama-lama boleh stress....tak pun MENTAL.hahhaha..

ha....berbalik semula pada citer aku, aku pun tak tahu kenapa aku ambil keputusan macam tu...mungkin ini yang lebih baik untuk masa depan dan hidup aku..bersendirian tu bukan bermaksud aku sentiasa sendiri2 tanpa sape2 disisi....tapi aku masih ada yang menyayangi diri aku....bercinta??? semua kawan-kawan aku yang bercinta..tapi kawan-kawan kat UM ni ramai jugak yang single sebab semuanya bercinta dengan buku....24 jam dengan buku..dah macam mana tuh...untuk menghilangkan kesunyian dan kebosanan, aku baca buku, study jela apa2 yang patut, main game, sembang dengan rakan-rakan, jalan-jalan and makan-makan..hihihihi..tapi jangan risau, aku tak gemuk..hihihihihi.... itu jela aktiviti aku sekarang....tapi,hari-hariku tetap tak sunyi, sebabnya Dia tiap-tiap hari call aku.....sayangnya dia pada aku...terima kasih sangat-sangat...aku tau dia akan baca tulisan aku ni, sebab tiap-tiap hari dia buka blog aku..hihihihi...aku akan cuba sayang kat dia macam mana dia sayang kat aku..tapi buat masa ni, memang my heart is empty..ntahla..susah nak cakap...mungkin perjalanan hidup masih jauh dan aku tak nak memikirkan yang jauh tu lagi kot..ntah lah..perjalanan hidup sekarang pun masih terumbang-ambing, inikan pulak nak fikir yang lebih jauh....tunggu la dalam masa beberapa tahun lagi, mungkin masa tu aku akan lebih memikirkan perjalanan hidup aku yang mungkin best..hope macam tu la kan...sape yang tak nak kehidupan yang best..sekarang sume orang bole cakap, nak itu, nak ini..tapi...adakah boleh dapat terus??tidak bukan????....bagi aku, bila kita dah capai sesuatu, masa tu la kita bole merancang segala-galanya..yelah, masa tu kan kita dah ada apa yang kita nak...jadi apa-apa pun kita bole dapat...sekarang pun, masih student lagi, nak cakap banyak pun macam tak guna je...huh..ntahlah..tu jela setakat ni..aku berdoa apa yang aku impikan akan tercapai satu hari nanti

November 9, 2009

quote of the day

Aku Asyik sakit jer...

huh..walaupun dalam kesakitan, aku gagahkan diri jugak tulis blog ni...sebabnya dah lama tak tulis..hidung berair dan perit.tekat sakit..batuk yang tak baik-baik dah hampir 4 minggu membuatkan aku rasa tak de mood nak buat apa-apa.. Tapi, nak buat macam mana, exam tetap diteruskan juga....dalam dewan exam, TUhan saja yang tahu perasaan aku yang sedang tahan sakit ni....macam nak pecah kepala..nak tido plak, tanganku memegang dada dengan kuat..sebabnya dada sakit sangat...ubat??? jangan cakap la..macam2 jenis ubat dah aku makan...aku pun tak tahu kenapa dengan kondisi badan aku ni...bulan ni saja, sebulan aku demam, batuk, selesema n sakit tekak..kenapa??? aku pun tak tahu..

Tentang exam pulak, macam biasa la..ada yang susah dan ada yang senang... kalu yang senang, happy la jawab..tapi kalu yang susah, takott sangat.apa-apapun aku redha dengan keputusan yang bakal aku dapat kelak...yang paling tak tahan bila jawab soalan evam tadi..subjek penyelidikan ni Prof nya orang Indonesia..jadi soalan-soalan yang disediakan dalam exam memang bahasa Indonesia la..kerana terlampau terikut-ikut dan menghayatai soalan tu tadi, aku pun jawab la dalam bahasa Indon jugak..Contohnya : Masalahnya adalah kerna...kerna..kerna..hahhah..macam2 la yang pelik2..metoda la, kuestioner la..nasib baik aku tak jawab, ngak bisa dong ...apa-apapun, gue mampu mejawapin kesemua kuestioner itu tadi walaupun tak tahu samada betul ataupun salah..hahahahhahah