Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

December 7, 2012

KERJA... :)

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah 6 bulan tak update blog..gila busy kan...gila workaholic aku ni.walawehhhhh..hhahahahahh  (dah lama tak gelak kuat2 dalam blog). mungkin entry ni agak panjang dan membosankan tapi ahhh lantak ar.sbb kat opis pon tgah bosan skrg ni, bos bercuti & ramai staff bercuti..So, utk mnghilangkan rasa mengantuk ni, tiba2 gatai tangan nak menjengah blog yg dah berkarat ni..huhuhu kesian. Utk mkluman kwn2 semua, sjk kbelakangan ni, aku agk busy sikit, Sabtu Ahad je ada masa nk rehat2, window shopping, hang out dgn mber2...hari2 lain kita KERJA. KERJA KERJA..

Alhamdulillah, bulan 6 yg lepas aku dah berjaya menamatkan degree kat UM. huhuhu hip hippp hooray***** ayat happy teramat setelah 3 tahun berhempas pulas mengadap assignment, buku2 ilmiah, class, presentation & mcm2 lah ( u olls lagi tau kan). hahhhh happynya dah habis bljar, boleh relax2 yahoooo lagi.. Tapi malangnya, " hello Cik Nadia, boleh tak dtg utk temuduga bla bla blaaa..." aduiiii, ok pgi jela mana tau nti2 dapat dlm 3, 4 bln lg. ( bajet nk rest la 2 bln after study). hampehhhh... INTERVIEW BERJAYA. - Bila awk boleh keje?? hah????? ..tak sempat nk pikir, ibu &abah ckp dlm phone ," kakak!!! pergi kerja, jangan tolak kerja tu... ok, apa nak buat, baru nak enjoy2 skjp, sob sob sob, ( dari UM, balik Kuantan packing2 brg pd hari Jumaat, family hantar stay rumah makcik di Kajang pada hari Ahad, Isnin sudah mula bekerja di Putrajaya). -nampak tak betapa penat di situ. Tapi Alhamdulillah itulah yg dinamakan REZEKI. syukur yang teramat. 

Bekerja sebagai PA @ pegawai kpd Setiausaha Akhbar Menteri kdg2 agak mncabar. Boss selalu pesan, kerja dgn menteri kalau bole jgn ada silap, kemas, perfect. huhuhu (seram kan dgr). Mula2 agak kekok, tapi Alhamdulillah lama2 dah boleh adapt dgn environment kerja kat sini. Mula2 asyik salah je bila buat kerja, selalu  careless, maklumlah trbawa2 pgai UNI life. clumsy + careless. Tapi, sekali lagi, alhamdulillah, berkat doa ibu & abah, i can do it..ok go Nadia.

ok, korg nak tau skop kerja aku tak. (ermmm byk la plak mls nk taip) ..pagi2 kena baca 5 paper utama- Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times, The Star & Sinar Harian.  stiap hari pkul 7 pagi dah terhegeh2 cari paper, baca & buat report. Kebiasaannya, aku akan report bkaitan berita2 menteri, kementerian, politik & isu semasa. ( inilah rutin harian aku setiap hari trmasuklah Hari Raya ke, Deepavali ke, Krismas ke) jgn kau nak bermalas-malasan bangun pagi hokay..huh..

kedua, skop kerja aku adlh buat kata alu-aluan YB Menteri. kdg2 kena buat terjemahan speech dri Bi ke BM.  Masa tu feeling2 translator la plak. heeee... kdg2 buat invitation utk program menteri & mcm2 lagi.. haaaa sblum trlupa. berita pon kdg2 kena tgok okay.. nampak tak. minda & otak aku skrg, betapa ermmmmm "isu semasanyaaaa".. tapi takpe, jangan mengeluh, ini semua bagus utk otak kamu ye nak.. ( menaip smbil bermonolog dlm hati)heheheh.

Tapi yg pling best bila ada press conference yg masa tu, semua press dri stesen TV kat Msia,    sykt penerbitan, & ramai lah press yg dtg, so boleh tgok mcm mana wrtawan bekerja..hee (sbb dulu cita2 nk jdi wrtawan)..kihkihkih & paling best bila join event2 menteri mcm charity event ke, program hari raya ke & mcm2 lah. byk pnglaman yg kita dpt kutip time tu.

ok, skrg dh melebihi pukul 5 pm. Sudah masanya utk gue bergegas pulang.. Malas udah mau duduk di opis lama2..ok, kepada student2 yg bakal nk mnamatkan pljrn tu, semoga berjaya.

Ingat, pointer yg tggi bukanlah 1 jaminan utk mudah mndpt pkerjaan. Yg pntg communication skills kena baik, personaliti yg menarik & jangan lupa baca paper before pergi interview. (tapi kalau korg ckup pakej : pointer mantop, aktif plak tu, personaliti umphhh = GOOD. Dont worry, anda mmg pekerja yg dicari.hehhehe )hah sebelom trlupa. aktifkan dri anda dgn psatuan2 masa kat Universiti. Masuklah kawad ke, sukan ke, kesenian ke, apa2 la aktiviti yg mnampakkan korg ni aktif, pndai bgaul dgn masyarakat & blh bkerjasama dgn org lain.

Good Luck :)




July 15, 2012

Drama Ameera & kulit cantik


Assalamualaikum..buat pe tu?? dah makan??hahhah (ko ingat ko tgh sms ke?), meroyan sat)..Ok, sape kat sini yg layan drama Ameera.Ala, lakonan Rita Rudaini, Shamsul Yusof & Zarina AF tu..Aku mmg layan drama ni dri episod 1 smpailah skrg ni, klu tk silap dh episod 23. Perghhh makin menyirap la tgok lakonan Zarina AF tu..sakit hati rasa nak tumbok2 je muka dia yg psiko tu..Perghhh mmg mjadi habis la Zarina berlakon..Serious dia boleh pgi jauh dlm dunia lakonan. Aku mlas ar nak cerita pasal sinopsis dia ni, psl dah episod 23, semua org dah tau kot..hehehe..klu tak tgok, silalah tgok kat Tonton yer..Aku selalu terpikir ada ke kat Malaysia ni perkahwinan kontrak camni semata- mata nk dapatkan anak. ok, perkahwinan mmg sah disisi Islam sbb ada akad nikah, semua hal2 wajib pernikahan ada.Tapi perjanjian @ kontrak utk menceraikan isteri tersebut setelah melahirkan anak tu camne?..klu salah sorg mungkir jnji & melanggar kontrak tu camne ea?? bole bawak mahkamah ke?? huh tak paham aku, sbb tak pnah dgr kes mcm ni kat Malaysia.Tapi yg lawaknya gila urban mak mertua Rita dlm drama ni (lakonan Jasmin Hamid), guna kata ganti diri "I" & "U" dgn anak.hehhehe kerlasss u..u olls ada?? cth : u jgn nak melawan ckp i.hehhehe.



tapi serius la Rita Rudaini cantik sangat.kulitnya halus mulus mcm baby okay..oklah, alang2 dah cerita psl kulit ni, aku nak share psl perawatan kulit ngn korang.Baru2 ni aku join grooming, penceramah tu ajar cara2 nk kulit cantik & licin..wow, mmg mjadi la..bukan perempuan je yg buat, lelaki2 pon sibuk je nak cantikkan kulit jugak..grrr..ok camni:

- beli nestum & susu segar dlm kotak tu ok (ala dutch lady pon bole).jgn lak beli susu pekat tu..lepastu, blend nestum tu & letakkan susu.dah gaul2 tu, gosoklah kat kulit, nti kulit jadi lebih bersih & hilang kotoran serta daki. 

ok.tips kedua..

- beli almond yg dh siap tu..( yg kaler putih2 tu, dan dihaluskan).kemudian blend juga.ingat, blend tu jgn over sgt smpai jdi air plak..gaulkan dgn susu segar..gosok la pada seluruh kulit. hasilnya, kulit korang akan licin & berkilat sbb dlm almond ni ada oil dia yg mmg bagus utk kulit.

Dua2 cara ni bole disapukan pada muka.buat mcm skrub. Rajin2 kan diri anda.selamat mencuba..

July 8, 2012

Perihal nak kahwin 1

Assalamualaikum..hari ni aku nak bercerita perihal nak kahwin.Mcm aku, takde merisik2 ni, sbb mcm myusahkan je..nanti byk pkai duit.hehhehe..Pada 23hb Jun 2012 akhirnya aku selamat bergelar tunangan org..Rasa mcm cpt je masa berlalu, mgkin sbb aku busy dgn study & exam..maklumlah final year student..tup tupppp balik2 umah family, trus je tunang..gatal tak??gatal takk? hahahah..Rancangan nk bertunang ni dh lama berlegar2 dlm pale otak aku ni, so aku pon menyimpan la duit dlm ASB, agak lama la jgk menyimpan. Alhamdulillah berkat menyimpan, berbisnes, dan menabung duit belanja yg family bagi sejak dri dulu, dptlah aku beli brg hntaran En Tunang & persiapan bertunang. sob sob sob touching plak bila mengenangkan aku mampu membeli persiapan utk tunang dgn duit sndri.bhahahha..Kpda kawan2 yg rasa nk kawin tapi duk stress psl duit2 ni, jgnla mcm tu..Kita buat sekadar yg mampu.Org kata ukur baju dibadan sendiri.(ikut kmampuan la kan).

Yg paling penting, pikir yg mana PRIORITY anda dulu.klu rasa nk enjoy dulu, okay truskan enjoy, lepak2, makan2 di restoren mahal dgn mber2, shopping2..Tapi klu rasa nak kawin sgt, fokus pada niat itu.Simpan duit, menabung, beli sikit2 brg2 perkahwinan supaya tak terasa sgt bila nak keluarkan duit tu, cth, sebulan utk satu brg, bulan berikutnya satu brg...Org laki yg rasa2 dri boros tu, bagi org yg anda percaya utk smpan sparuh duit gaji anda & kawal dri utk beli brg2 yg mahal ok?? mana lebih penting?? seluar GUESS ke kahwin??bhahhahha.Sbb org laki ni tanggungjwb dia lagi bsr, bukan stakat tggungjawab nak bela anak dara org, nak tggung dosa anak org, tapi jugak kena sediakan kperluan utk anak org ni.Rumah, brg klengkapan, brg utk anak org ni lagi, ahak ahak..byk kan?..

Alhamdulillah, byk plak sponsor pada hri tunang aku ni, tukang sponsor doorgift, sponsor kek, sponsor kerepek..suka suka..maceh makcik-makcikku yg tersayang .

Tapi ingatlah, kalau niat kita baik, Allah SWT akan memudahkan jalan itu. insyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan olehnya.. :)

Jangan lupa menabung dari sekarang.

tq Ieya 4 this picture :)

July 1, 2012

One Step closer

Assalamualaikum..seperti biasa, blog akan dijenguk apabila kebosanan melanda..Kebiasaannya hari Sabtu & Ahad jela blog ini akan dilayan dan dimanja2 dgn baik.ahak ahak...Alhamdulillah selesai satu perkara pada 23 Jun 2012 , perkara berikutnya akan menyusul insyaAllah..terima kasih ibu, abah, makcik2, pakcik2 yang banyak tolong waktu pertunangan ni..i love u lah..muacksss...




Doakan kebahagiaan kami :)

June 15, 2012

Ayam penyet Kuantan

Assalamualaikum..hari ni aku nak citer psl makanan lagi..hahhaha mesti korang stress sbb jumpa manusia yg kuat mkn..Penimbang pon pening skrg sbb numbor turun naik..bila diet menggila, numbor akan berkurangan, bila makan tak sedar diri, nombor akan naik mendadak..makk aiii..ahhh tak kesah, lantaklah..

Ok, untuk warga Kuantan, klu nak makan ayam penyet bolehlah dtg ke Megamall Kuantan..ala, blkh Hotel MS Garden tu..ahhh korang takkan sesat la sbb mall ni tgh2 bandar..Tipu sgt klu sesat.. Restoren ayam penyet yg betul2 dlm Megamall ni boleh tahan la sambalnya.pedasss tak hingat..Harga pon ok lah, sedang-sedang aje..hehehe.


Inilah rupa ayam penyet tu..aku tak amik nasi.diet katanya. bhahhaha..makan ni pon dh kenyang..

Aku mmg suka beli air yg ada biji-biji hitam tu...org panggil bubble..

May 30, 2012

Chicken chop pizza

Assalamualaikum...arghhhhh achooomm berhabuk blog ( sambil buang2 habuk kat blog) hhehhehe... huhuhu busy sgt smpai takde masa nk update blog..alolololo kesiannya aku.. eh korang dh try chicken chop kat Pizza hut? hahhah semangat tak aku??? ini semua pelawaan dari Mr iskandar lah ni..aishh.. " Jom mkn chicken chop baru nak?? Aku pon apa lagi, bab makan kan!!!! haruslah laju..hheheh..

pekerja pizza : ya Encik nak order apa??
Mr Iskandar : sy nak order chicken chop baru yg ada kluar iklan dlm radio ERA..

pekerja pizza : ok2 ada..(sambil senyum2)
aku : eeeeeeeeeeee cepat terpengaruh dgn iklan..bahhahaha

          Aku order Italian herb Chicken chop

                       Mr Iskandar order Lime pepper chicken chop..uwarghh yg ini lagi best

                                                        Tq Mr Iskandar :)

April 27, 2012

Wow.......Nama yang cantik

google image

Linda Jasmine selamat melahirkan baby girl seberat 2.8kg dengan diberi nama Tengku Cleopatra Haidar. Sebelum ni nama anak keduanya Tengku Ratu Haidar. Unik betul nama anak2 Que Haidar & Linda Jasmine. Berita ttg kelahiran baby Linda Jasmine ni, anda boleh tgok disini :

Sebenarnya zaman sekarang ni, mcm2 nama yang comel aku dengar. Contohnya mcm nama anak Linda & Que Haidar ni la..Ada yg suka bunga letak nama bunga : Rose, Lily, Dahlia, Cempaka..Ada yang berjiwa seni sikit letak nama : Indah, Citra, Jiwa, Cinta.

So, dah fikir nama anak korang tak????heehhe .




Alahaiiiiii...banyaknya soalan

Hari tu aku ada post di FB mengenai "mentaliti org sekarang, bila kita nak kahwin, mesti dia akan tanya soalan mcm ni " :


a) Calon tu orang mana?
b) kerja apa?
c) hantaran berapa?
d) Belajar takat mana? - ( belajar sampai mana?)
e) umur berapa ?
f) kenal mana?
g) hensem tak?? @ comel tak??


betol tak?? betol tak apa aku cakap ni?


So, secara konklusinya, mmg dari dulu smpai skrg soalan-soalan ni mmg dah biasa dengar la kan. Mmg lumrah manusia nak tahu semua benda ni.. Tpi kadang-kadang segan la nak jawab. Aku pernah tanya ibu aku, " ibu, kalau org tanya soalan ni, nak ckp apa??" nanti kalau jawab yg betol, org ckp berlagak, riak.. Tapi kalau tipu, rasa bersalah plak bila tipu org. hehhehe


Aku senang je.. Bila org tanya soalan2 ni , aku cool je..alahhh kacangnya soalan. Takde soalan lain yg lebih menggerunkan ke? ahakz ahakz..Jawab je mcm ni :


a) oooo dia org Terengganu..(jwb la ikut negeri masing-masing.)
b) kerja biasa2 je...( Bila ckp mcm ni, sure org2 trsebut akan siasat, bhahaha..biarlah org tahu
     sndiri janji kita tak ckp, klu ckp takot dikata berlagak-ye tak??
c) Ikutlah berapa dia nak bagi kat kita... 
d) Alhamdulillah, belajar smpai masuk U =kihkihkih
e) umur 26 ( jujur bagitahu umur sebenar psgan tu).-kalau tipu nanti kawin KANTOI...hehe
f) kenal mana?? -Panjang la nak citer makcik..kalau citer esok pon tak habis -hahahah
g) Nak kata hensem sgt tu, tipu lah..sedap mata memandang..


Tapi terpulanglah pada diri masing-masing mcm mana nak jawab..hhahahhha. Baik jawab dari diam terus.. SENTAP org yg bertanya tu nanti


p/s : teringat ada sorg kakak ni, suaminya pilot tapi sbb tak nak riak & dikata berlagak, dikatanya drebar. Bila org tanya drebar apa??? dia malu2 sengih nak jawab. Akhirnya org dpt tau jugak DREBAR KAPAL TERBANG rupanya..

Wartawan

Assalamualaikum..Semoga hari ni u olls ceria-ceria selalu. Baru beberapa minggu tak buka blog, terkezot bangat bila tgok blog sudah bertukar rupa...ahhhhhh tak suka sbb masih pening, tapi okeylah sbb aku mmg suka pada perubahan.tak kisahlah..Hari ni aku nak share dgn korang pasal kerjaya wartawan. Aku pon tak tau kenapa aku suka sgt dgn pekerjaan ni. Padahal orang sekeliling selalu ckp mcm2. "Apa yg bestnya wartawan?" penatlah, keje tak ikut time, ..Baik jadi cikgu @ kerja ofis..Abah aku cukup bimbang bila aku ceritakan pasal kerjaya wartawan ni. Maklumlah anak kesayangan.bhahhahah. Bf aku apatah lagi..keluarga bf aku pon mcm tak berkenan, diorg nak aku jdi lecturer.huhuhu..apa yg aku tau- ALASANYA sbb bimbangkan keselamatan aku ..kerja tak ikut office hours, & banyak tugasan luar. Yup, aku mmg setuju dgn semua alasan tu. Buktinya, even aku masih study, tapi aku dh dpt mcm2 assignment yg ekstrim ala-ala wartawan dah.. 

Pernah sekali tajuk tugasan aku " kehidupan malam di Bukit Bintang ". Bayangkan aku terpaksa keluar rumah pukul 11malam utk dapatkan berita. Perasaan takut Ya Allah, mmg tak bleh nak cakap. Nasib baik aku bertiga dgn kawan. Korang bayangkan aku perlu buat berita mengenai pelacur, mak nyah @ gay di Bukit Bintang & perlu ada gambar sbg bukti. Cubaan pertama kami pergi sekitar kelab malam. (lalu dgn kereta je, tgok kot2 ada subjek yg boleh diinterbiu). Lutut dah ketar time tu pasal bonzer2 penuh kat tepi2 club.. Aku pon dh malas nk cari subjek kat kawasan ni. Aku parking kete tepi2 jauh dari club, memandangkan salah seorang group kami lelaki, jadi dialah yg terpksa keluar mencari subjek.bhahhha( kalau aku keluar, mmg la terbeliak biji mata semua manusia tgok perempuan bertudung masuk club kan). Tunggu punya tunggu dlm kete, tak dpt subjek utk interbiu..arghhhhhh stress

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi ( Ayat aku tak nak plak mcm novel kan)hahhahha. Aku dah penat pusing area BB. Arghhhhh pgi minum2 & mkn2 dulu lah...Lepas tu, nasib kami baik sbb kami berjumpa dgn 2 org mak nyah yg bagi kerjasama yg sgttttttt baik. Kami bersembang, interview dkt maple sampai pukul 4.30 pagi... perghhhh aku pon tak sedar sbb rancak sgt mereka bercerita. Mmg byk giler input yg aku dpt.serius mmg tak sabar nak buat berita. Malam tu, banyak maklumat yg aku dpt, terutamanya psl sifat lelaki...hehhehe. Aku terkejot sgt bila dpt tahu kebanyakkan lelaki yang dtg melanggan mak nyah terdiri dari suami org.Mak nyah tu pesan pda aku n kwn aku " awk nti kalau kawin, jaga suami baik2". Jaga penampilan depan suami. Jgn serabai walau dh bertahun kahwin. Layan suami baik-baik. Kerukunan rumah tangga tu penting. layanan dan kasih sayang tu penting. Kdg2 mereka dtg pda kami utk nak suruh teman pergi shopping dgn anak-anak mereka je, tak lebih dri tu. 

Dah selesai semua kerja, pukul 5.30 pagi kami sampai rumah.Penat mmg penat tapi aku puas hati dgn hasil kerja aku. Banyak maklumat yg aku dapat. Banyak benda baru yg aku tahu. .

Minggu ni plak, kami terpaksa siapkan artikel utk magazine. Stress mmg stress. Tapi insyaAllah hasilnya berbaloi. Sesi photo-shoot utk model ruangan kecantikan dh siap. Mmg sbg photographer yg tak berpengalaman, amik masa yg lama nak cari angle yg menarik. hhaha. Tapi apa yg paling sukar adalah nak interbiu orang esp org lelaki. Pemalu rupanya lelaki ni.Kalau perempuan senang je, cakap gambar keluar magz, laju je bagi komen..hahhahh. Mudah kerja aku. Apa yg aku belajar sbg pelajar media, deadline sgt penting.Fakta amat penting. Kerja tak kira masa. Jgn berangan nk jdi wartawan kalau tak bersedia nk terima cabaran . 

kalau korang rasa-rasa nak jadi wartawan, siapkan diri dari sekarang. Berani bercakap. Banyak membaca. Bersedia terima tugasan dlm apa keadaan. 


p/s : teringin nak jadi wartawan yg menyertai misi keamanan di luar negara  :)

April 15, 2012

:)


sumber : google image

Love

hehehhehe, aku masih ingat lagi 3 tahun lepas, ada sorang mamat ni ckp lebih kurang mcm dalam pic kat atas ni tapi dalam versi melayu.hahahha.Bila jumpa pic ni, rasa nak tergelak guling-guling je sbb kalau dia tahu aku citer pasal ni, mesti dia malu + ala-ala bengang...Ekspresi muka pon maybe lebih kurang mcm mamat dlm pic ni jugak.." saya tak nak sekadar berkawan dengan awak".. "Kalau awk tetap nak kawan juga, sy tak nak dah kawan awak" ...- hahahah sampai mcm tu sekali dia ugut aku..

sekarang dah 3 tahun lebih kami in love - ahak ahak (jgn nak muntah hijau sgt)..

InsyaAllah, doakan aku cepat2 nikah. Amin

Kalau korang ada awek, pernah tak korang bengang dgn awek korang sbb tanya soalan yg sama berulang-ulang kali dlm waktu yg sama ?? hehehe..cthnya mcm ni :

GF : u sayang i tak?
Bf : sayang..


2 minit kemudian


GF : u sayang i tak ??
BF : yer, sayang sgt-sgt..

5 minit kemudian

GF : kenapa u sayang i?
Bf : i pon tak tau, tapi i mmg syg kat u..takde sbb..

2 minit kemudian 

GF : kenapa u sayangggg iiiiiii?( soalan tak puas hati)
BF : (jawapan nak menangkan awek )- sbb u comel, cantik, bijak, baik, penyayang..sbb tu i syg u sgt2..

Korang mesti bengang kan kadang2 tapi terpaksa la pendamkan sbb sayang awek katakan..kihkihkihkih

- Perempuan mmg sengaja buat begitu sbb dia nak tarik perhatian org yg dia sayang. Dia sentiasa nak tahu perasaan org yg dia sayang tu samada dah berkurang ke atau bertambah..Sbb perempuan takut kehilangan org yg dia sayang. 

So, kaum lelaki sekalian, kalau GF anda berperangai sedemikian, jgn give up, jgn marah..itu tandanya dia sayang kamu :)


April 14, 2012

idea..please come to me..

Arghhhhh, nak bawak lagu apa niiiiiiii...1 lagu dh dipilih..lagi 1 belom decide. Dr suggest kan lagu Tanjung Puteri utk malam dinner nanti, tapi mak aiii mana la aku tahu lagu tu..Tu lagu rakyat Johor..lagu rakyat Pahang tau ler..maaf Dr, tak boleh nak ikut permintaan Dr tu.ahak ahak...Memandangkan malam tu tema nya adalah black & white & ada  paper lantern kaler putih & ada bunga2...euwwwwww romantik sgt..so, i pon nak lagu ala2 romantik ler jgk..tapi ni romantik sedih.hehehe..

To love you more - celine dion

Take me back in the arms I love 
Need me like you did before 
Touch me once again 
And remember when 
There was no one that you wanted more 

Don't go you know you will break my heart 
She won't love you like I will 
I'm the one who'll stay 
When she walks away 
And you know I'll be standing here still 

I'll be waiting for you 
Here inside my heart 
I'm the one who wants to love you more 
You will see I can give you 
Everything you need 
Let me be the one to love you more 

See me as if you never knew 
Hold me so you can't let go 
Just believe in me 
I will make you see 
All the things that your heart needs to know 

I'll be waiting for you 
Here inside my heart 
I'm the one who wants to love you more 
You will see I can give you 
Everything you need 
Let me be the one to love you more 

And some way all the love that we had can be saved 
Whatever it takes we'll find a way 

I'll be waiting for you 
Here inside my heart 
I'm the one who wants to love you more 
You will see I can give you 
Everything you need 
Let me be the one to love you more


- bunyi violin dlm lagu ni terasa mcm nak belajar violin plak..aikkk pelik tol, dulu bunyi gitar nak belajar gitar siap nak pergi beli yg sebijik taylor swift..pastu belajar keyboard sekejap, rasa nak beli keyboard plak..lepas ni nak beli violin plak lah..hehehhe.

okay practise practise...alangkah best kalau Pak Mul'am ada utk ajar vokal..huhuhu Pak, kembalilah ke Malaysia..ilmu vokal belom penuh di dada lagi pak :(

Pesan ibu

Ibu selalu cakap, kalau orang buat kita, kalau org sakitkan hati kita, kalau kita menangis disebabkan perbuatan org, kita kena ajar diri kita supaya tidak menyalahkan sesiapa..Kita kena senyum :) 

Sebab apa yg berlaku adalah ujian yg Allah SWT bagi utk kita.Allah SWT syg kita sbb tu dia bagi ujian pada kita.. 

Sabar itu separuh daripada iman :)

kosong

Fikiran aku kosong.berkecamuk.Aku pon tak tau apa yg aku pikirkan. Aku rasa sakit sgt sekarang. Tangan pon dah mengigil.Sesak nafas. Buntu. Ya Allah, kau berikanlah ketenangan kepada hambamu ini. :(

April 12, 2012

DIY - decoration glass jar

Assalamualaikum ..hari ni aku nak share something ngn korang. Hari tu masa balik rumah family, ada lah ternampak banyak balang kecil-kecil yang biasanya orang letak potpourri, coklat ke, gula, garam dll lah...ala, balang yang kecik-kecik tu. Glass jar ni semua ibu aku dapat dari rumah orang kahwin. Tapi kalau korang takde, boleh beli kat Nilai sbb harganya sgt murah. Bila asyik duk renung-renung glass jar ni, tetiba dapat idea nak buat dekorasi. Apalagi, terus google utk dapatkan idea decoration ni. Kebiasaannya, dekorasi utk balang-balang comel ni, org selalu letak atas meja makan tetamu utk wedding @ event yg ada makan-makan lah.Takpon boleh letak ada meja study ke..ikut selera masing-masing


Balang aku punya yang paling kecik cenonet tu, bole letak bunga kecil-kecik..sweet kan??



Kita boleh letak lilin kecil dalam balang-balang ni..cute kan??? Lilin kecil pon murah je. 1 set boleh dpt RM5


Selain tu, bole letak rempah-ratus. cantik kan.....heheheh


Boleh juga dijadikan doorgift utk tetamu. Boleh letak gula-gula, coklat, asam ke..jimat bajet kan?? 

sumber : google image

Amacam ??banyak kan idea yang boleh dibuat dgn balang comel ni..

April 10, 2012

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 9 (FFVPM9)

Mari mari adik abang semua!!!!.. Pada 21-23 Jun 2012 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor , Dewan Seri Budiman dan  Dewan Annexe UITM Shah Alam (UITM tetap dihati) ...hehehe, (UM pon tetap dihati jugak..sama adil), akan diadakan Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar-pelajar IPT di Malaysia dan juga sekolah-sekolah seni Malaysia. Tema tahun ini adalah "Anjakan ke Arah Transformasi".
okay, utk pengetahuan awak yang comel semua, Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 9 (FFVPM9) kali ini merupakan anjuran Fakulti Filem, Teater & Animasi Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 

Marilah sama-sama kita hantar penyertaan.Mana tau tuah menjadi milik anda..

Sebarang info lanjut boleh buka disini :

April 8, 2012

Being Me -Muslimah Empower (Women Only)

Assalamualaikum..ni cek nak habaq sat..pada 30 Jun 2012 di MATRADE akan berlangsung sebuah conference mengenai kepimpinan dan kekuasaan wanita Islam yang mana ia akan memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi seorang wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat. Selain daripada conference program yang akan diterajui oleh wanita-wanita Islam yang telah berjaya dalam kehidupan, akan ada juga workshop, fashion show, marriage corner, angel investor, sisters corner dan banyak lagi. Tiket bagi dewasa sebanyak RM100 dan kanak-kanak sebanyak RM50.. tapi kalau anda beli tiket selepas 31 May 2012, harga tiket akan naik..so dapatkan skrg!!..mmg berbaloi sangat..nak dapat ilmu hanya bayar RM100..sape nak bagiiiii tu??? 

Jommmm cepat order tiket disini :

Butir-butir lanjut mengenai conference ini anda bole baca melalui laman web diatas..

April 7, 2012

TM REWARDS: KFC MEAL FOR TWO ONLY RM19.90..CEPAT!!!!!!

tak nak cakap banyakkkkkk...( gila sekejap kalau pasal fast food ni..hehhehhe)Ok, korang nakkk ke tak nak..Jimat babe..dari RM26.40, korang akan dapat dgn harga RM19.90..banyakkk dapat save ni..

Apa yang kita dapat :
- 3 pieces chicken
- 1 colonel burger
- 2 whipped potato
- 1 coleslow
- 2 iced lemon tea

okay, coupon ni valid sampai 30 June 2012.



PRE-WEDDING

Assalamualaikum...mesti awak-awak semua ingat kitew nak tawen kan?? (asal budak2 sekarang suka jadi perosak bahasa ea?? grrrrr..smpai aku pon dah terikut-ikut.skrg klu nk taip apa2 kt FB msti "kita" jadi "titew", "la tu" jadi "letewww", "sayang jadi tayang"..) ...arghhh Stop It..jangan mengarot disini..okay ckp psl Pre-Wedding, mesti korg semua esp mber2 aku terkejut tgok tajuk entri aku ni kan??kihkihkih..hahhah padan muka.kena tipu.

Actually tajuk ni takde kena mengena ngn aku pon.Cuma aku nak tahu la apa tujuan @ relevennya pre-wedding ni?? Bagus tak?? apa kebaikannya..best giler ke?? ce citer ce citer ..Tapi bagi aku setiap pasangan yg nak berkahwin ada sebab tersendiri. Aku andaikan mungkin mereka :

* nak jadikan gambar2 pre-wedding sbg 1 kenangan nak tjuk pada anak cucu kelak
* nak menghayati keindahan saat-saat bercinta
* gambar-gambar pre-wedding tersebut akan digunakan semasa hari persandingan.cth nak hias kat pintu gerbang ke, utk dihias di meja ke dll

 contoh pre-wedding versi budak2 kecik tak matang tapi nak kawin dah..hehehe

Ok, mmg best jgk la pre-wedding ni sbb nanti kita akan tentukan tempat yg paling best, menarik & mungkin tempat tersebut tersimpan kenangan manis utk pasangan tu la kan..cth tema back to school, pkai uniform sekolah, tema romantis di pantai, tema santai..macam-macam lagi la..Korang pon mesti suka kan??? hehheeh ececceecchh

Rasa-rasa aku nak buat pre-wedding ke tak nak???hehehhe tara.....

tak nak buat......hehehehhe..nak tau sebab apa?..sebabnya :

* nanti kena upah photographer kena bayar mahal plak..hehehhe (dasar kedekut kan)
* nanti nak kena beli baju baru , props -belon, payung, bakul buah, buah..duit lagi.hahhahha..nak tunang pon banyak pakai duit wooooo..nak kawin apatah lagi...... jadi..... elakkan pembaziran.....

kita buat POST-WEDDING masa honeymoon..amacam??? hehehe.

POST-WEDDING, kita nak bergambar mcm ni pon takpe...hehhehe. suami nak dukung isteri ke, isteri baring atas riba suami ke, nak berpelok ke, dah bolehhhhhhh....hehehheh.mesti sweet & romantik gitu...

okay, klu nak buat post-wedding tu mesti perlu cari lokasi, tarikh, props, baju kan.. kalau idea aku, aku nak tempat yang romantik, tenang, ada view yang cantik..dimanakah??? jeng-jeng jeng, tunggu la satu hari nanti k.hahaha. Cth la kan, Cameron Highland, Langkawi, Pulau Tioman ke..(tapi pastikan photographer sanggup ikut, kena bayar lebih la utk penginapan)

tarikh terpulang pada pasangan masing-masing la kan..lagi best kalau 2 @ 3 hari lepas kawin sbb mood pengantin baru tu masih terasa..Jangan pula time dah mengandung, baru nak post-wedding..nanti dah jadi maternity photography.hehhehe

Pemilihan pakaian pun terpulang pada pasangan masing-masing. Kalau nak mengimbas zaman persekolahan, pakailah uniform sekolah. kalau rasa2 badan kecik molek, muka cute2 bole pkai uniform sekolah rendah..Kalau montel-montel mcm aku ni pkai baju sekolah menengah lebih elok la kot..Kalau tema santai, lebih menarik kalau pasangan pkai baju sedondon, contoh dua2 pkai kemeja putih, @ dua2 pkai baju Polo couple (perlu ke mention Polo)ahaks ahakss..ikot la nak tema apa, rockers ke, tema ala2 pntai ke.

props ni benda yang simple2 je & boleh dipegang, dibawa kemana sahaja. Contoh mcm payung warna-warni, bakul buah,lollipop ke, buku ke, teddy bear ke..macam2 boleh dijadikan  sbg props.ikut kreativiti masing-masing. so, camne?? nak buat pre ke post??lalallalala


Ini  antara studio photography yang menarik bagi aku :
http://www.facebook.com/thephotographerkl - gambar diorg sgt sharp
http://www.facebook.com/ministryofmoment - aku suka cara mereka edit warna..soft & smooth je tgok
http://www.facebook.com/AnnasEaskeyPhotography- gambarnya sgt timbul & smooth tanpa sbrg cela..
http://www.facebook.com/nazzmedia- suka picture angle yg mereka ambil..
http://www.facebook.com/bishrulphotography- area Pahang bole ambil dia yer..hehehe.

sumber : google image

April 2, 2012

Jom Melawat Zoo Negara

Assalamualaikum..entri kali ni bunyi mcm kanak-kanak sikit..hihihihi Jom Melawat Zoo Negara..tgok mcm2 haiwan yg ada disini..actually hari ni aku pergi Zoo Negara utk shooting dokumentari pasal zookeeper. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar dan banyak input yang aku dapat hari ni.Memandangkan aku host yang bertanyakan soalan (cewah2 host gitu)bhahhaha, mcm2 la aku tnya.Tapi yg pling best, aku mintak nasihat daripada En Hafiz selaku zookeeper disini, bagaimana cara apabila kita berhadapan dgn bahaya ular. En Hafiz ckp : 

1. Pandang mata ular tersebut (eye -contact sgt penting)
2. Jangan lari & jangan menjerit (kakukan diri)
3. gerakkan salah satu kaki ,kanan @ kiri dan melangkah ke belakang kira2 dlm 3 langkah
(ingat!!! eye contact jgn lupa)


Awat muka sedih ni??sob sobbb sobb

Ular sangat sukar utk dijinakkan okay..

Nama buaya tembaga ini Yusof..kalau anda pergi, pggil nama dia tau

admire giler corak badan zirafah ni...cantikkkk

Abanggggg, tunggu ..anak kita tertinggal kat belakang...





Comel tak buntutku..hehehe

Teringin jgk nak jadi volunteer kat Zoo ni, tapi memandangkan nampak lipas pon dah gila meroyan, mcm mana nak jaga harimau, badak, beruang, ular yang lembik2 tu..erkkk

March 28, 2012

Anda macam ni tak???

Oh..zaman semakin berubah, jadi, inilah hasilnya..hhehehhehe


Kalau dulu setiap kali birthday, mesti ada sambutan & kata-kata ucapan dari kawan2 face to face kan...Tapi skrg tak perluuu..dgn adanya Fb, siap tayang todays birthday ......(nama kawan) terus wish dlm fb tak yah nak call2, sms..hehhehe.Lepas tu, paling best, agak2 lupa birthday mber baik, FB bole membantu..kannnn..(melainkan diorang hide tarikh lahir dlm FB)..kihkihkih..

Yang paling kelakar, ni mesti anda semua pernah  buat kan..bhahhaha. Time birthday u olls, pada malam birthday, tepat pukul 12 malam mesti dah tercanguk depan FB.Lepas tu buat-buat offline padahal tgh online..hahahha kannnn...(konon-konon korg busy la celebrate birthday, padahal duk umah layan cerekarama je) ehhh mcm pernah buat jer..ahak ahak ahak. Lepas tu teruja sgt sbb satu persatu notification keluar..Wowww seronok gilerrr time tu kan.. Tapi, dlm masa yg sama, anda tak balas @ like la ucapan2 birthday kawan anda tu, nanti kantoi la tgh online..kannnn?? Nak balas2 TQ, terima kasih @ like2 tggu esok pagi jelah kan..baru terujaaa..kihkihkihkih..Tapi ada juga yg mmg sengaja offline sbb nanti ramai peminat wish melalui chat je...Penat plak nak melayan kan..dah macam artis..artis ke??? hehehe

betol tak ???betolll tak?? 

Siapa setuju, angkat tangan..

cantik :)

Mesti u olls semua jeles kan melihat Irma Hasmie gorgeous sangat semasa hari dia bertunang kan??.. Cantik bangat bajunya, btw ni kaler apa yer?? baby blue ke?? sangat sejuk mata memandang..# tak nak cakap banyak, cuma nak doakan semoga jodoh Irma berpanjangan hingga akhir hayat. 



Actually, aku mmg suka sgt tgok majlis pertunangan Irma ni.tak tau kenapa, nampak kekeluargaan kedua-dua belah pihak sangat harmoni. Rombongan datang dengan warna baju yang sedondon, muka happy sangat...Warna tema utk pertunangan Irma pon menenangkan jiwa. sejuk je bila tgok..dannnnnnn yang paling penting, peranan photographer itu sndri yang menyebabkan gambar-gambar sgt menarik yer tuan puan.. Good job The Kliker 

kalau nak tgok lagi banyak gambar pertunangan Irma sila lihat disini yer :


gambar-gambar Irma klik sini :

sumber pic : google image

March 22, 2012

Cinta Bersatu (LOVE..LOVE..LOVE)

Lagu ni dah bape kali aku ulang..hehhehe..suka sgt lerr tu...Papepon tahniah pada Liyana Jasmay yg akan berkahwin awal tahun depan yer..hehhheeh. 
Lagu ni ditujukan khas kepada Mr Iskandar Zulkarnain



Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu


Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku


Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku


Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu


Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Pulau Aman..

Assalamualaikum..Entri kali ni, aku nak ceritakan pengalaman masa pergi Pulau Aman, Penang ari tu.. Sape2 yang sukakan kedamaian, ketenangan dan nak tgok perumahan nelayan bolehlah datang sini. Aku pergi Pulau Aman ni utk aktiviti OPKIM. So, mmg best la kalau pergi beramai2  satu bus.mcm rombongan Cik Kiah pon ada jgk. Apa yang paling famous amos kat sini adalah mee udang dia.Harga berpatutan dan jgn risau la psl mkanan kat sini.mmg best..Udang dia mmg fresh & besar2...arghhhhh rindunya nak makan mee udang Pulau Aman. 

sedikit info di Pulau Aman ini :

* Pulau ni tak besar mcm pulau peranginan lain
* Pulau ni lebih kepada perkampungan nelayan
* Jangan risau kemudahan tempat tggal, byk chalet terdapat disini
* Kedai makan pun ada, tak perlu risau.
* aktiviti jungle-trekking disini boleh tahan mencabar
*sesuai untuk buat perkhemahan & kem motivasi 

 Ini adalah jeti Pulau Aman.. sebelum nak naik boat..perghhh berdebar2..Ibu dah call awal2, jgn sukaaa sgt nak naik bot tu..bahaya katanya..hehhehehhe

 Alhamdulillah aku tak mabuk laut.hahhahhaa.Bot ni boleh tahan laju jugak..

 Inilah mee udang aku ckp sedap tu...udang dia besar...perghhhh tibe2 rindu..huhuhu

                              Pemandangan dari chalet kami waktu senja... cantik kan??


Seorang perempuan mengelamun .. kuat berangan lerr tuewww..# menghayati keindahan Allah SWT.