Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

May 23, 2011

Meatballs IKEA ada daging Oink Oink

Assalamualaikum...Hari ni i nak tanya u olls ada dengar tak citer pasal meatballs kat Ikea tu??? Hari ni aku dapat tau citer ni dari my cousin kat facebook. Dari story tu, aku dapat tau yang tempat tu dah ditutup..OMG, aku baru 2 minggu lepas makan meatballs berketul2 (aku order yang 10 ketul tu), kek daim & ayam yang kaler white2 tu yang ada kentang & carrot 
( lupa plak namanya.hehehehe).Time tu mmg bersungguh-sungguh btol aku mkn..hope semua ni adalah rumors belaka sbbnya aku mmg suka makanan camni.huhuhu. Tunggu jela pengesahan yang sebenar nanti. Kalau Ikea kat overseas, diorg pakai recipe dari Ikea's Real Swedish Book. Maklumlah Ikea ni bukan ada kat Malaysia je kak oii...huhuhu..

Kalau betullah meatballs kat Ikea Malaysia pakai resepi ni, alamatnya kita da makan nate haram tu ( kawe try kecek Kelate jap).hhehheh .* nate haram stand for binatang haram yer kawan2.

 Kau tgok aku makan banyak mana????? adushh

 Semua aku nak melantak..

dah mmg sedap, aku balun jelah..huhuhuhu

Hope semua citer pasal binatang oink oink itu adalah rumors semata-mata.huhuhuhu (takle terima kenyataan ker kak oiii)..huhuhuh

p/s : pas ni tak bole lagi makan kat Ikea, So, Iskandar Zulkarnain, kita makan kat Full House plak la,.Tak pon kat Tony Romas ker, Victoria Station kewww..hehhehe Jangan marah 

May 20, 2011

Tunang

Assalamualaikum..haaa tunang? mesti korang tertanya-tanya kan?? nak tunang kew? jawabnya idak lerrr..kihkihkih..teman bergurau je Kak Limah oii...teman sesaje nak bercerita pasal persiapan tunang orang sekarang. Memang skrg orang tunang ada pelamin ea?? hehhehhe.. terok bebenor teman ni idak ler tauuu pasal ni..kuno bebenor teman kan?? huhuhuhu..Patut la bila ada org tanya teman, kalu ko nak tunang, nak buat mcm mana? teman cakap la, pakai baju tunang, duduk atas katil, bakal mak mertua masuk bilik sarung cincin...Rupa-rupanya org sekarang duk atas pelamin la kak oiii..pelamin mini org kata..lawa gak pelamin mini ni. Tapi teman segan ler nak duduk atas pelamin ni..nanti ramai org tgok teman..(kalau bersanding lain citer, duduk berdua, ahak ahak)..Teman memilih nak duk atas katil ajela..lagipun jimat bajet teman nanti tak pyh sewa pelamin, bunga2 hiasan ni.heheheh..Bukan teman kedekut ke apa, tapi teman mmg penyegan + berjimat..malu2 kucing gituuu..heheheh.harap2 ibu teman tak membantah la yer. Maklumlah ibu teman nak ada pelamin mini ni, nampak vogue gitu ....

Teman nak yang macam ni ajer.. :


Teman nak hias katil macam ni jer..simple kan?? katil da ada.lampu Ikea tu pon dah ada..bunga2 segar beli kat pasar je.hahahhah..Jimat duit teman -pic from google image (Yatt)


uwarghhhhh cantiknya hiasan kelopak bunga rose tu..yang ni jimat bajet jugak.hahah awat teman ni kedekut ngat? hahhhaha.Kalau teman pilih katil ni utk tunang, teman kena pergi beli cadar putih macam ni la sbb takde lagi kat umah.heheehe..mcm biasa, bunga rose beli kat pasar ajer..

Tapi kalau ibu teman tak bagi buat macam ni, nak ada pelamin mini jugak.Apakan daya teman..Teman ikutkan ajer kata-kata ibu teman..Sesungguhnhya syurga ditelapak kaki ibu...


Kalau ibu teman nak sgt pelamin mini, teman nak yg simple2 jer...mcm ni simple ke? ntahla.teman tak reti tgok..teman layan & redah ajer.hhahhahha..- pic from google image

Tapi sekarang ni, teman takde mood nak pikir lagi tunang-tunang ni.hahahha mesti korang geram kan?? Tajuk entri bukan main lagi "Tunang".hahaha, teman tipu awok je. Sekarang ni teman pikir nak ini ajer... :


Teman nak sambung master's degree. :) 

Semoga cita-cita teman tercapai. Amin

May 19, 2011

ilMu itu Milik Tuhan

Assalamualaikum...macam biasa tiap2 hari aku akan dapat email dari pengirim tak bertauliah aku.hahhahha. Sorry sepupu, terima kasih sbb tak penat2 menghantar email yg best2 & berilmiah pada sepupumu ini. Apa yg bermanfaat, aku kongsi dgn kawan2 yer .




Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang 
kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk 
yang meresap ke dalam badan boleh 
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh 
saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya 
badan tak gemuk. (huhuhuhu mulai hari ni, sebelum solat Subuh tu, mandi dulu yer, jgn nak bangun2 teros basuh muka + gosok gigi.heheehh macam aku..hehheh lepas tu bole sambung tido balik!! Memang la rezeki tak masuk Nadia oii

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk 
(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah 
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Yang ni memang aku selalu amalkan.Air mineral mmg kena ada sebelah katil, bangon tido dgn gigi tak bergosok terus minum air.hahahha  

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita 
bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit 
selepas membaca doa ). Ia boleh mengelak dari 
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para 
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari 
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui 
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran 
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan 
bersujud maka darah akan mengalir keruang 
berkenaan. 

Dalam kitab juga ada melarang kita makan 
makanan darat bercampur dengan makanan laut. 
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama 
susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini 
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana 
dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala 
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan 
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi 
tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh 
merosakkan usus kita. 

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan 
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli 
saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak 
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda 
terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat 
percerna makanan, tanpanya makanan tidak 
hadam) ..huhuhu patutla aku ni ada masalah penghadaman. Rupa-rupanya kurang makan mengunakan tangan.huhuhu..



Sama2lah kita mengamalkannya....... 

May 18, 2011

Ibu, tolong Doakan anakmu.. :)

Assalamualaikum.. Hari ni rasa ada mood nak menjenguk blog jap.hehehe..Kali ni, tak nak citer banyak pon, just nak cakap aku sedey sbb tak dapat ikut parents aku g umrah.uwarghhhh grrrrr..Tapi takpela, yang penting aku dah buat list untuk ibu supaya doakan aku kat sana.heheheh .mesti korang nak tau kan apa la doa aku tu.tak banyak pon, ada 4 perkara jer..

1. Ibu, tolong doakan anakmu ini supaya menjadi anak yang solehah, (tak tinggal solat, selalu buat baik), & jadi seorang perempuan yang baik budi pekerti (tak kasar-kasar dah, tak gelak kuat-kuat dah macam hantu mengilai, tak gelojoh + gelabah) 

2. Ibu, tolong doakan anakmu ini supaya menjadi manusia yang berjaya & berguna (berjaya mencapai cita-cita & impian) & berjaya dalam mencari ilmu (doakan supaya anakmu berjaya belajar hingga peringkat tertinggi)

3. Ibu, doakan supaya anakmu ini cepat-cepat dipinang.hehehehe gatal tak?.(semoga anakmu mendapat suami yang baik, beriman, bertanggungjawab, yang membahagiakan dan kuat bekerja) 

4. Ibu, doakan anakmu semoga ceria & tenang selalu.hehhehe. 

p/s : itu ajelah..ada apa-apa lagi nak tambah??? hehhehhe..


p/s : semoga ibu & abahku tenang dlm menjalani ibadah di sana..Jangan lupa doa anakmu ini yer.heheh :) 

May 14, 2011

Selamat Hari Ibu.

Korang jgn la plak gelak2 pasal entri yg lapok ni..tau la aku ni lembab bebenor nak tulis entri Hari ibu..nak buat camne, gue bz bangat dongg..hhehehhe..(jangan gelakkk ar-nti aku takde mood nk menulis)..bajet org tgok ko menulis kan kan??hehheh. Aku dah pon wish kat ibu aku masa Hari Ibu hari tu.hehheh. Ibu,i love u so much. Sayang ibu banyak-banyak. Ibulah ratu hati ku.tempat mengadu cerita (biasanya mengadu pasal lelaki.lallallala)hehhe. Kalu ibu takde, tak taula idup aku.uwarghhhh (Ya Allah panjangkanlah umur ibuku yang tercinta ini.)

Eh, pada entri kali ni, aku nak bagi 1 kisah yg aku dapat melalui email. Sepupu aku mmg rajin bgi email, maklumlah keje kat ofis mmg pas-pas email kot.hahahh sorry sepupu. Aku tak nak membebel panjg2, korang baca jela kisah dibawah ini. Harap kisah ini dapat memberi pengajaran & teladan kepada kita supaya menghargai & menghormati ibu ketika ibu kita masih hidup. Jgn bila ibu dah takde, baru nak meraung, menangis air mata darah pon dah tak berguna lagu.huhuhu..


" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah
hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya." Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibunya. " Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.... Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak
tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan.... Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie...Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya....

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung......sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 


sumber : hamba Allah melalui email

Alhamdulillah ~

Assalamualaikum..setelah sekian lama, baru la dapat meng-update blog..sumpah klu Prof aku tau, aku suka rojakkan bahasa siap ada imbuhan lagi, sure kena lempang laju2.hahhah takdelah gurau je Prof. Aku dapat 1 mesej di formspring, aku pon tak tau sape..tapi dia la yg suh aku update blog .huhuhu..Ok, memandangkan aku sgt bz dgn final exam & baru je sampai umah hari Jumaat. So, ari ni aku luangkanlah masa untuk buat blog...Pada mber2 aku, aku nk cakap yg aku ni masih wujud lagi diatas muka bumi ni..sihat segar-bugar (makin sihat kot-tpi dlm proses diet-tak mkn nasi 2 mggu sudey).hehhhe..

Ok, dlm entri kali ni aku nak melahirkan rasa kesyukuran yg amat sgt sbb aku terpilih untuk Delegasi Pertukaran Pelajar ke Beijing. Alhamdulillah Ya Allah dapat jugak aku menjejakkan kaki ke negara China ni. Thank U so Much Prof..Thank U so Much Universiti Malaya.hehehhe. Aku rasa teruja sgt nak pergi, almaklumlah Universiti tanggung kan...sape yg tak nakkkk wa cakap luuuuuuu ... Masa kecik2 dulu , aku selalu dgr pepatah ini " menuntut ilmu hingga ke negeri China" aku jadi pelik kenapa negara China yang dipilih..kenapa tak Jepun ke, Korea ke? India ke?..huhuhuhu.Korang tau sebabnya? kalau tau, sila-sila la share yer..sharing is caring.hehhehhe.

Sepatutnya pertukaran plajar dilakukan selama 2 bln tapi memandangkan Prof tak nak kami berpuasa di sana, terpaksa la kami pergi sebulan ajer (cukuplah tu, aku pon tak nak duk lama2 kat sana..hehheheh).Delegasi pertukaran pelajar ni melibatkn 29 org jer.aku pon tak tau lagi apa xtvt disana nanti. Cuma yg aku tau ada kelas mandarin.huhuhu..Hope aku tak terkial-kial mcm kelas mandarin sebelom ni. Aku lagi prefer Korean dari mandarin.ntahlah.. lidah aku ni susah nak keras ckp cino.tapi kalau korean language, aku laju giler.hahhah (aku tipu jer).Harap dapat la belajar dgn cepat.huhuhu..

p/s : Ada org pesan kat aku be4 pergi beli notebooks untuk dijadikan diari spjg sebulan berada disana. Jgn sia-siakan peluang yg ada.hehehe..

Perkara kedua yg mengembirakan aku sbb abah ngn ibu aku akan berangkat mengerjakan umrah pada 20 hb ni..huhuhu.Terkabul jugak hasrat parents aku nk buat umrah. Semoga ibu & abah dapat mengerjakan umrah dgn sempurna dan tenang. Amin.

p/s : Aku sedey sbb tak dapat pergi umrah ngn parents aku sbb ibu ckp lain kali ibu nak bawak.uwarghhhhh..tapi takpelah, ibu tolong doakan semoga kakak grad dgn cemerlang, jadi manusia yg berjaya & tolong doakan semoga kakak dapat suami yg baik, mithali, beriman & bertanggungjawab.hhehhehe.. (seyes tak tipu, mmg aku suruh ibu doakan semoga aku cepat dapat jodoh).hehehhe. gatai kan gatai kan...hahhahha

-blog akan diupdate lagi..babai