Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

March 4, 2012

Semoga Berjaya Adik-adikku

Assalamualaikum..urghhhh minggu ni adalah minggu yg paling penat buat aku..sabor sabor Nadia..menuntut ilmu itukan satu ibadah..camne ko nak jadi reporter kalau ko asyik nak penat..penat dan penat..hahhhaha. ahhh lupakan pasal tugasan nak buat news, lupakan photo journalism ..lupakan nak buat treatment..(ini bukan hair treatment, tapi ini utk documentary)hehhehe. lupakan pasal magazine publishing, lupakan semua article, LUPAKAN!!!..Mari kita melayan perasaan dulu..oyeahhh..

Mengimbas kembali kenangan join OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat), arghhh rindunya pada adik-adik kecil itu. 6 jam perjalanan dari KL- ke Kedah, akhirnya membawa aku ke destinasi dimana tersemailah benih-benih kasih sayang (cewahhh ko ingat ko tengah buat novel ke ni??hahahha).ok la, straight to the point, menjadi fasilitator kepada murid-murid darjah 6 bukanlah sesuatu yg mudah tau tak?? Bayangkan seorang dewasa mcm aku (bukan lagi remaja ok u ollsss) nak menyesuaikan diri dgn personaliti mereka.nak selami hati mereka.nak masuk ke dalam jiwa mereka..arghhh tapi aku seronok. 

Adik-adikku sayang, kakak doakan adik berjaya di dalam apa jua yg adik lakukan.Masa aku tanya mereka ttg cita-cita, nak jadi apa bila dah besar, ada yg jawab, saya nak jadi BOMBA, saya nak jadi CIKGU, saya nak jadi Wheelie yg basikal tu..bhaahha ( sentap sekejap okay)..

Akak yakin & percaya adik semua  boleh dapat 5A dlm UPSR..Aku dapati ada yang pasif, ada yang aktif.Ada yang sangat pasif dan ada jugak yg sangat aktif. Biasalah budak-budak nak membesar mmg bgitu.sabor ajelah..

Walaupun hanya 2 hari berkongsi kasih sayang, memberi motivasi, berkongsi pengalaman dengan anak-anak kampung ini, sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti bersyukur. Bersyukur tentang apa yg aku miliki dari dulu dan kini. 

Sempat lagi aku titipkan pesanan buat mereka " adik-adikku semua, kakak nak selepas ini, balik lah kerumah, ciumlah tangan kedua ibu dan bapamu, peluklah erat-erat tubuh mereka. Hargailah jasa mereka. Hadiahkanlah mereka dengan sesuatu yang berharga..
KEJAYAANMU..

Kalau orang berkata, gelaran Dr, Proffesor adalah sekadar gelaran yang tak perlu  diagungkan, tak perlu ditunjuk-tunjuk, tapi hati ini teringin sekali hadiahkan gelaran ini pada kedua ibu bapaku.cewahhh..hhehhehe..insyaAllah..


Comel tak adik-adikku ini


Dengan semangat waja " 5A pasti boleh


tengok wayang ke tu adik?? khusyuk bebenor??


kakak rindu kamu..






No comments: