Sambil cari2 bahan utk assignment aku, terjumpalah satu entri ni..Mungkin penulis blog ni seorang jurutera ..Aku pon copy +paste ajelah..tapi aku nak menambah sedikit pasal ni.bhahhaha check it out-
1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang JURUTERA bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda. Pada umur 27 tahun, seorang JURUTERA mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
- Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman- Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama- Lulusan seni masih mencari pekerjaan- Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital
2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar JURUTERA akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda. Ini kerana seorang JURUTERA sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.
Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka. Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.
Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian). Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
Sangat mudah untuk JURUTERA menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.- Peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda- Graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda- Graduan seni yang akan mengubah penampilan anda- Graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital
3-Seorang teman lelaki yang bergelar JURUTERA tidak akan mengkhianati kepercayaan anda
Buktinya
Teman lelaki bergelar JURUTERA terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.- Para peguam mungkin akan berbohong kepada anda- Seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda- Seorang graduan seni adalah seorang penggoda- Seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat
Oleh itu, seorang JURUTERA ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui, cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong dan mereka juga sangat cool berbanding orang lain.
sumber : mokhzam.com
tapi adaaaa lagi..ni tambahan dari aku plak..Sesuatu yg baik, mesti ada buruknya..ye tak???okay..yg baik dulu okay..Bakal isteri seorang jurutera tak perlu nak risau psl kena gosok seluar slack, sbb engineer ni bukan mcm ahli perniagaan yg kena pkai tali leher, kemeja, kot & seluar slack.Engineer ni simple aje, pkai suar jeans pon boleh, kdg2 kemeja.kdg2 t-shirt collar pon boleh..takpon pkai uniform ala2 overall tu..kihkihkih..kalau ada meeting jer, pkai smart2 mcm bussinessman) ..senang 1 kerja si isteri kan??hingat senang ke nak gosok seluar slack??susahhh woooo..ada side-side tepi la tengah la..malas tauu..
yg buruk plak..si isteri perlulah bersedia mental dan fizikal apabila berkahwin dgn engineer.nak-nak engineer aircraft ke @ oil & gas, sbb jgn harap suami anda akan sentiasa bersama dgn anda 24 jam..bhahhaha..Suami anda akan sentiasa meninggalkan anda sendirian..kihkihkih..(padan muka) hahahha. Suami anda akan dihantar bekerja di 1 tempat selama 1 bulan, 2 bulan @ lebih & akan menjenguk anda beberapa kali dlm sebulan..hehhehe.
So, mcm mana?? hehhehe..
smartnya..bakal suami sape ni???
No comments:
Post a Comment