Assalamualaikum..Memandangkan sekarang musim org tunang..musim org kawin..jadinya, haruslah entri aku pon psl perkara ni..Mmg tak dinafikan kalau pertunangan tak perlu dihebahkan..Pertunangan perlu dibuat utk ahli keluarga terdekat sahaja..
"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."
Itu yang sebenar-benarnya..Tapi..zaman sekarang ni, bukan anak-anak yg beriya-iya, tapi mak & ayah budak yg over eksited..betol tak aku ckp??nak2 kalau anak sulung perempuan @ anak tunggal.. Cth mcm kes aku la,
kes 1
aku : "ibu, nanti nak pinjam bilik bole?? pastu nak tukar cadar baru kaler putih cantik, nak
lawakan bilik ibu ..
ibu : " nak buat pe plak??
aku : nak buat utk tunang nanti la..
Ibu : eeeeeeeeeee takmo takmo..skrg pkai mini pelamin okay, pkai baju lawa2, ada plak buat
dlm bilik..tak moooo..( dlm hati ckp , baiknya anak aku ni tak nak grand2)hehhehe
kes 2
ibu : kakak nak tema kaler apa kalau tunang??
aku : perlu ke ada tema?? ermmm nak coklat @ gold la..
ibu : tak moooooo la..hitam cantikkk..nanti kita buat tema hitam putih la k..
aku : okay..apa2 aje..
kes 3
aku : ibu, kita pkai bakul rotan je utk hantaran boleh??
ibu : skrg org tak pkai rotan-rotan dah..org pkai besi @ bakul kayu dah..
aku : oooooooo okay okay..
kes 4
tett tettt tetttt " Jika engkau minta intan permata.laalllla ( ringtone hanset aku berbunyi)
ibu : kakak, kita tukar kaler tema nak?? Ibu rasa nak merah la plak..merah putih mcm
lawa..Kita tukar eh
aku : hah??? tukar?? tak moooo la..membazir duit la dah beli bunga2 semua..
ibu : alaaaaaaaaaa takpelah, ibu blanje semuaaaa...
aku : tak mooooooooooooo la..membazirrr... aiyoooo...
ibu : ooooooo ( mcm tak puas hati ) ermmm ok lah..
kes 5
aku : abah, sape yg nak kawen sebenarnya ni ea??
abah : mcm ibu je plak nak kawen...
aku : bhahhahahhaha..
Semua org impikan majlis pertunangan & perkahwinan yg grand + meriah + gilang-gemilang..Tapi aku tak kisah je sebenarnya sbb cuba kita pikir, sewa besar-besaran ingat murah kerr, mahal derrr pastu sehari je pkai semua tu.Esoknya, dah kena bukak pelamin, semua tu...tak ke rugi namanya.Mungkin sbb aku kedekut, tu yg aku ckp camni.hehheh.Baikla duit tu beli katil ke, perabot utk rumah baru ke kan..ishhh ishhh..
Mungkin berbeza la bila parent yg uruskan semua persiapan dari diri sendiri yg uruskan. Mungkin selera lain-lain ke, tak kena citarasa. Tapi aku jenis tak kisah. Apa yg parent aku pilih, aku setuju je.. Aku percaya pada pilihan ibu & abah aku...hehhehhe.
Kalau boleh, aku nak tunang atas katil mcm ni jer...simple kan..ala2 gadis ayu gtuh duduk tepi katil..
Tapi aku takut pertunangan aku akan menjadi mcm ni. bhahaha. Agak2 apa akan jadi bila semuanya diuruskan oleh ibu..jeng jeng jengggg..
sumber : google image
4 comments:
cantek...bila nak buat majlis??tahniah awk...
majlis apa??takde apa2 majlis pon...huhuhuhu...
tunang atau kawen,mayb...mcm da dekat tau..kte doakn awk..:D
hhahaahahh.. tpi mmg ada pon kenduri.kenduri tahlil arwah nenek & atuk sy..
Post a Comment