Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

March 28, 2012

Anda macam ni tak???

Oh..zaman semakin berubah, jadi, inilah hasilnya..hhehehhehe


Kalau dulu setiap kali birthday, mesti ada sambutan & kata-kata ucapan dari kawan2 face to face kan...Tapi skrg tak perluuu..dgn adanya Fb, siap tayang todays birthday ......(nama kawan) terus wish dlm fb tak yah nak call2, sms..hehhehe.Lepas tu, paling best, agak2 lupa birthday mber baik, FB bole membantu..kannnn..(melainkan diorang hide tarikh lahir dlm FB)..kihkihkih..

Yang paling kelakar, ni mesti anda semua pernah  buat kan..bhahhaha. Time birthday u olls, pada malam birthday, tepat pukul 12 malam mesti dah tercanguk depan FB.Lepas tu buat-buat offline padahal tgh online..hahahha kannnn...(konon-konon korg busy la celebrate birthday, padahal duk umah layan cerekarama je) ehhh mcm pernah buat jer..ahak ahak ahak. Lepas tu teruja sgt sbb satu persatu notification keluar..Wowww seronok gilerrr time tu kan.. Tapi, dlm masa yg sama, anda tak balas @ like la ucapan2 birthday kawan anda tu, nanti kantoi la tgh online..kannnn?? Nak balas2 TQ, terima kasih @ like2 tggu esok pagi jelah kan..baru terujaaa..kihkihkihkih..Tapi ada juga yg mmg sengaja offline sbb nanti ramai peminat wish melalui chat je...Penat plak nak melayan kan..dah macam artis..artis ke??? hehehe

betol tak ???betolll tak?? 

Siapa setuju, angkat tangan..

cantik :)

Mesti u olls semua jeles kan melihat Irma Hasmie gorgeous sangat semasa hari dia bertunang kan??.. Cantik bangat bajunya, btw ni kaler apa yer?? baby blue ke?? sangat sejuk mata memandang..# tak nak cakap banyak, cuma nak doakan semoga jodoh Irma berpanjangan hingga akhir hayat. 



Actually, aku mmg suka sgt tgok majlis pertunangan Irma ni.tak tau kenapa, nampak kekeluargaan kedua-dua belah pihak sangat harmoni. Rombongan datang dengan warna baju yang sedondon, muka happy sangat...Warna tema utk pertunangan Irma pon menenangkan jiwa. sejuk je bila tgok..dannnnnnn yang paling penting, peranan photographer itu sndri yang menyebabkan gambar-gambar sgt menarik yer tuan puan.. Good job The Kliker 

kalau nak tgok lagi banyak gambar pertunangan Irma sila lihat disini yer :


gambar-gambar Irma klik sini :

sumber pic : google image

March 22, 2012

Cinta Bersatu (LOVE..LOVE..LOVE)

Lagu ni dah bape kali aku ulang..hehhehe..suka sgt lerr tu...Papepon tahniah pada Liyana Jasmay yg akan berkahwin awal tahun depan yer..hehhheeh. 
Lagu ni ditujukan khas kepada Mr Iskandar Zulkarnain



Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu


Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku


Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku


Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu


Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Pulau Aman..

Assalamualaikum..Entri kali ni, aku nak ceritakan pengalaman masa pergi Pulau Aman, Penang ari tu.. Sape2 yang sukakan kedamaian, ketenangan dan nak tgok perumahan nelayan bolehlah datang sini. Aku pergi Pulau Aman ni utk aktiviti OPKIM. So, mmg best la kalau pergi beramai2  satu bus.mcm rombongan Cik Kiah pon ada jgk. Apa yang paling famous amos kat sini adalah mee udang dia.Harga berpatutan dan jgn risau la psl mkanan kat sini.mmg best..Udang dia mmg fresh & besar2...arghhhhh rindunya nak makan mee udang Pulau Aman. 

sedikit info di Pulau Aman ini :

* Pulau ni tak besar mcm pulau peranginan lain
* Pulau ni lebih kepada perkampungan nelayan
* Jangan risau kemudahan tempat tggal, byk chalet terdapat disini
* Kedai makan pun ada, tak perlu risau.
* aktiviti jungle-trekking disini boleh tahan mencabar
*sesuai untuk buat perkhemahan & kem motivasi 

 Ini adalah jeti Pulau Aman.. sebelum nak naik boat..perghhh berdebar2..Ibu dah call awal2, jgn sukaaa sgt nak naik bot tu..bahaya katanya..hehhehehhe

 Alhamdulillah aku tak mabuk laut.hahhahhaa.Bot ni boleh tahan laju jugak..

 Inilah mee udang aku ckp sedap tu...udang dia besar...perghhhh tibe2 rindu..huhuhu

                              Pemandangan dari chalet kami waktu senja... cantik kan??


Seorang perempuan mengelamun .. kuat berangan lerr tuewww..# menghayati keindahan Allah SWT.

March 12, 2012

Kenapa perlu pilih engineer sebagai suami??

Sambil cari2 bahan utk assignment aku, terjumpalah satu entri ni..Mungkin penulis blog ni seorang jurutera ..Aku pon copy +paste ajelah..tapi aku nak menambah sedikit pasal ni.bhahhaha check it out-

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorangJURUTERA berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan? Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang JURUTERA bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda. Pada umur 27 tahun, seorang JURUTERA mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.


Manakala
- Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
- Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
- Lulusan seni masih mencari pekerjaan
- Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar JURUTERA akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda. Ini kerana seorang JURUTERA sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.
Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka. Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.
Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian). Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.


Berbeza dengan
- Peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
- Graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
- Graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
- Graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital
Sangat mudah untuk JURUTERA menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar JURUTERA tidak akan mengkhianati kepercayaan anda


Buktinya
- Para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
- Seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
- Seorang graduan seni adalah seorang penggoda
- Seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat
Teman lelaki bergelar JURUTERA terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.
Oleh itu, seorang JURUTERA ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui, cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong dan mereka juga sangat cool berbanding orang lain.


sumber : mokhzam.com


tapi adaaaa lagi..ni tambahan dari aku plak..Sesuatu yg baik, mesti ada buruknya..ye tak???okay..yg baik dulu okay..Bakal isteri seorang jurutera tak perlu nak risau psl kena gosok seluar slack, sbb engineer ni bukan mcm ahli perniagaan yg kena pkai tali leher, kemeja, kot & seluar slack.Engineer ni simple aje, pkai suar jeans pon boleh, kdg2 kemeja.kdg2 t-shirt collar pon boleh..takpon pkai uniform  ala2 overall tu..kihkihkih..kalau ada meeting jer, pkai smart2 mcm bussinessman) ..senang 1 kerja si isteri kan??hingat senang ke nak gosok seluar slack??susahhh woooo..ada side-side tepi la tengah la..malas tauu..


yg buruk plak..si isteri perlulah bersedia mental dan fizikal apabila berkahwin dgn engineer.nak-nak  engineer aircraft ke @ oil & gas, sbb jgn harap suami anda akan sentiasa bersama dgn anda 24 jam..bhahhaha..Suami anda akan sentiasa meninggalkan anda sendirian..kihkihkih..(padan muka) hahahha. Suami anda akan dihantar bekerja di 1 tempat selama 1 bulan, 2 bulan @ lebih &  akan menjenguk anda beberapa kali dlm sebulan..hehhehe.


So, mcm mana?? hehhehe..


smartnya..bakal suami sape ni???

Buka salah kamiiiii

Assalamualaikum..Memandangkan sekarang musim org tunang..musim org kawin..jadinya, haruslah entri aku pon psl perkara ni..Mmg tak dinafikan kalau pertunangan tak perlu dihebahkan..Pertunangan perlu dibuat utk ahli keluarga terdekat sahaja..

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Itu yang sebenar-benarnya..Tapi..zaman sekarang ni, bukan anak-anak yg beriya-iya, tapi mak & ayah budak yg over eksited..betol tak aku ckp??nak2 kalau anak sulung perempuan @ anak tunggal.. Cth mcm kes aku la, 

kes 1 
aku : "ibu, nanti nak pinjam bilik bole?? pastu nak tukar cadar baru kaler putih cantik, nak 
            lawakan  bilik ibu ..
ibu  : " nak buat pe plak??
aku : nak buat utk tunang nanti la..
Ibu : eeeeeeeeeee takmo takmo..skrg pkai mini pelamin okay, pkai baju lawa2, ada plak buat 
         dlm bilik..tak moooo..( dlm hati ckp , baiknya anak aku ni tak nak grand2)hehhehe

kes 2
ibu : kakak nak tema kaler apa kalau tunang??
aku : perlu ke ada tema?? ermmm nak coklat @ gold la..
ibu : tak moooooo la..hitam cantikkk..nanti kita buat tema hitam putih la k..
aku : okay..apa2 aje..

kes 3
aku : ibu, kita pkai bakul rotan je utk hantaran boleh??
ibu  : skrg org tak pkai rotan-rotan dah..org pkai besi @ bakul kayu dah..
aku : oooooooo okay okay..

kes 4
tett tettt tetttt " Jika engkau minta intan permata.laalllla ( ringtone hanset aku berbunyi)
ibu : kakak, kita tukar kaler tema nak?? Ibu rasa nak merah la plak..merah putih mcm 
         lawa..Kita tukar eh
aku : hah??? tukar?? tak moooo la..membazir duit la dah beli bunga2 semua..
ibu  : alaaaaaaaaaa takpelah, ibu blanje semuaaaa...
aku : tak mooooooooooooo la..membazirrr... aiyoooo...
ibu : ooooooo ( mcm tak puas hati ) ermmm ok lah..

kes 5
aku   :  abah, sape yg nak kawen sebenarnya ni ea??
abah : mcm ibu je plak nak kawen...
aku   : bhahhahahhaha..

Semua org impikan majlis pertunangan & perkahwinan yg grand + meriah + gilang-gemilang..Tapi aku tak kisah je sebenarnya sbb cuba kita pikir, sewa besar-besaran ingat murah kerr, mahal derrr pastu sehari je pkai semua tu.Esoknya, dah kena bukak pelamin, semua tu...tak ke rugi namanya.Mungkin sbb aku kedekut, tu yg aku ckp camni.hehheh.Baikla duit tu beli katil ke, perabot utk rumah baru ke kan..ishhh ishhh..

Mungkin berbeza la bila parent yg uruskan semua persiapan dari diri sendiri yg uruskan. Mungkin selera lain-lain ke, tak kena citarasa. Tapi aku jenis tak kisah. Apa yg parent aku pilih, aku setuju je.. Aku percaya pada pilihan ibu & abah aku...hehhehhe.

 Kalau boleh, aku nak tunang atas katil mcm ni jer...simple kan..ala2 gadis ayu gtuh duduk tepi katil..

Tapi aku takut pertunangan aku akan menjadi mcm ni. bhahaha. Agak2 apa akan jadi bila semuanya diuruskan oleh ibu..jeng jeng jengggg..

sumber : google image

March 9, 2012

Ini baru penyanyi hebat..

hai kawan-kawan semua.Selamat malam..sebelum tido tu, meh2 kita dgrkan alunan lagu yg menusuk kalbu ni..Bukan akak Ct yg nyanyi, bukan jugak Yuna si gadis ayu, bukan juga Najwa Latif Cinta muka buku..Nama penyanyi bersuara mantap ini adalah Amni Musfirah. Amni ni asal dari Singapore, anak kepada salah seorang kakak yg  belajar sama dgn aku,.Umur Amni tak silap baru 17 tahun..tapi suara dia u'olls jgn jeles okayy..


Seiras wajah maknya yg aku panggil Kak Kay



ok, triple like ..Goodnight

dari lensa ku #2 ( Makanan ku di beijing)



Pic 1 : Buah-buahan kat Beijing, mmg sgt segarrrrr + fresh.. Pasar buah tu plak blkg Universiti je..Tiap-tiap ari bole makan..Epal kat Beijing ni lain mcm sikit, sbb dia ada bulu2 halus mcm tu..mmg fresh la..& harganya pun murah..

Pic 2: daging Itik merupakan makanan pling famous di China. Rasanya lebih lembut daripada dging ayam.Tapi aku tak lalu nk mkn sbb asyik terbayang Donald Duck..Sayur yg pling terkenal di Beijing adalah lada benggala & bawang merah.Hampir kesemua lauk mesti ada 2 jenis sayur ni...Nasi & mee di Beijing agak mahal. Harganya dlm 15-16 yuan (lebih kurang rm7-8 sepinggan)

-Jangan sebarangan beli satay & daging di tepi-tepi jalan ok..hehehheh

Dari Lensa ku :)

Assalamualaikum..Hari ni sepatutnya shooting utk promo video tapi lain plak jadinya..Jadi hari snap-snap picture plak...Model aku kali ini adalah BFF aku sendiri.haruslah amik bff jadi model..







Awan nano..


Ida tersenyum kegembiraan...mungkin dia nak blnja sy mcd lagi tu..

 Kaki sape lah yg buruk ni.love tu bukan cermin okayyy


Cuba teka pemandangan dari mana ini?

balik-balik shooting promo video, roommate bagi ini..Alhamdulillah

March 8, 2012

Salad ohhh Salad

Aku bukanlah seorang penggemar sayur-sayuran.Tapi memandangkan roomate aku, Ain ni kaki sayur, kaki buah terpaksa la aku telan jugak sayur..Yahoo, berjaya juga aku makan sayur dgn konsisten skrg ni..hamboiii, nak jaga kulit katakan..hehhehhe..Mula-mula rasa nak muntah bila seminggu asyik makan salad, tapi bila lama-lama makan sedap jugakkk..

Rupa-rupanya banyak kebaikan makan salad ni, Antaranya salad membantu menambahkan tenaga drpda diet. Apabila kita mkn semangkuk salad setiap hari, tubuh kita adan mendapat nutrisi spt Vitamin C dan E, selenium dan serat. Seorang pakar diet, Brian Zehetner MS berkata, makan salad setiap hari selama setahun, kita boleh kehilangan hingga 30 pound (bersamaan 13.6kg) tanpa membuat perubahan besar dlm pengambilan makanan..

haaaaaaa teruja tak??teruja tak?? Lagi satu, bagi aku salad ni sgt mengenyangkan.sedap la jugak kalau makan semasa salad masih sejuk & fresh..

nyumm nyumm

sumber : remaja

My Dreams #1

Dreams..Dreams..Dreams..ada kan lagu ni?? tapi tak ingat tajuk.hehehe..Apa impian kamu semua??Sebelum nak capai impian, kena berangan habis-habisan dulu.bhahaha..Kebanyakan masa aku dihabiskan dalam bilik tidur. Aku tidor, baca buku, mengaji, buat menda2 tak paedah spt baca magazines, main fb, main games, layan citer ..semuanya kat dalam bilik tidur.Makan je takkk..makan kat dapur okay..disiplin tak??bhahha (padahal tak nak bilik berbau)

Oleh yang demikian, haruslah bilik tidur yang mendominasi ruang-ruang lain.hehehe.



Firstly, aku nak habaq, aku mmg suka + giler black colour.tak tau kenapa..Pernah satu masa kawan aku tegur, " kalau buka almari baju ko ni, mesti penuh nyamuk".bhahaha.Sebab semua menda aku nak hitam...Gandingan warna putih dan hitam kelihatan sgt romantis & elegan sgt kan? Mirror yg besar dalam bilik memberi ilusi luas & besar dalam billik. Bilik yang kecil akan nampak luas kalau ada cermin macam ni..Tapi kalau malam2, tutup lampu, seram jugakkk la..hehehe



Sekali lagi gandingan hitam dan putih memberi rasa tenang pada org yg tengok..Ditambah dengan lampu chandelier, mmg suasana sgt romantik kan??ecececcehh.Walaupun simple, tapi i like it..



Actually, dah lama aku suka sgt dgn katil bertiang ni..Nampak mewah walaupun ramai jugak org tak suka kan..Orang cakap kalau bilik warna hitam nampak sesak, kecil, serabut..Tapi aku ttp suka sbb ia kelihatan moden.Warna putih pulak sbb nampak suci & bersih.Oh, tapi yg pling penting, sebelah katil @ atas kepala katil harus ada rak utk simpan buku, sbb sbelum mmg ada tabiat kena baca buku dulu..tak kisah buku papepon, janji bole baca :)


Pic ini dipilih sbb rak buku atas katil.arghhh suka suka..Simple tapi menawan hatiku...Love love love


Oh yg ini tak mungkin terjadi, melainkan aku tinggal kat pulau.bhahhah.Mungkin bila umur dah 50 tahun, aku akan stay kat sebuah pulau Di Malaysia dan bilik tdur aku mcm ni.bhahhaha..bluwekkk.Indahnya pemandangan ni kan?? bangun tidur lihat panorama yang mengasyikkan..argg seronoknya.


Yang ini pun mustahil, melainkan aku ada swimming pool kat rumah & bina bilik ala-ala kelambu ni..Lepastu, nyamuk berlumba-lumba nak gigit badan aku.bhahaah, dan tak mustahil pagi esok, bangun2 ada dalam air..-ok yg ni tipu je..



Yg ni nampak klasik sgt. Warna cream pun menjadi pilihan aku. nampak soft sgt.tenang jiwa..Simple tapi menarik hati. :)



ohhh sebelum terlupa, ada sesiapa yg menjual bantal seperti ini @ buat bisnes jahit @ tampal tulisan @ spt ini , tolong bgtau sy k.


p/s : impian akan menjadi kenyataan apabila kita berusaha..aja aja fighting..!!!


sumber : google image

March 7, 2012

Nak kawin ea??

aiyooooo..apa ni apa ni?? kenapa aku harus menerima soalan cepumas ni...arghhh stress tau..      
"kakak, bila nak kawin"??.." akak tak nak kawin agi ke??umur akak dah sesuai kawin ni..arghhhhh Tulun tulunnn..ok fine.mmg hajat di hati nak kawin umur 25 tahun.Tapi well, kita hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan..kannnn...Oleh itu, kawan-kawanku, adik-adik semua, makcik-makcik , saborrr yer..Doakan kami cepat-cepat kawin okay..

- Tunggu Scha al-Yahya & Awal kawin dulu, baru i kawin okay??hahhaha

Dah bulan 3 ea??

Ya Allah..cepatnya masa berlalu..serius aku tak sedar..Betul la org ckp, waktu itu sering mencemburui kita..huhuhu..Mungkin sbb bz sgt smpai tarikh, bulan, tahun pon tak amik port.bhahhaha..Nasib baik dh buat preparation awal2., aku dh agak mmg takde masa nak pikirrrrr la..Ibu, tq sbb tolong kakak..I love u sooo much...

-Untunglah ibu dapat anak yg tak banyak songeh kan..bhahhahh..Serahkan semuanya pada ibu bulat-bulat..

-arghhhhhhh news..news...article .....shootinggg..stresss.




nak jadi mcm ni harussslah banyak keje..hehhhe

Tiada Tajuk

Terima kasih awak atas nasihat yang diberi..Nasihat-menasihati untuk kebaikan bersama..insyaAllah.Amin

blogwalking..euwwwww cantiknya hasil kerja mereka

Assalamualaikum.Ok, tak nak buang masa korang2 semua..Aku sesaje main google2, tetiba jumpa la blog perkahwinan ini..sangat cantik..sangat ..arghhh tak mampu nak cakap.sila lihat sendiri..Jgn sampai terbeliak bijik mata anda okay


Kepada bakal2 pengantin tu, lai lai lai bole tempah disini yer..saya bukan duta iklan berbayar, tapi cuma bagi suggestions sja.hehhehheh.

Aku suka design pelamin & gubahan hantaran yang ada ciri-ciri romantis. arghhh sweetnya..

LOVe.LovE.lOve..

March 6, 2012

Bukan Vanilla Coklat


Vanilla ......nyummy nyummy...Alhamdulillah..hilang dahaga

March 4, 2012

Adele - Set Fire To The Rain



like like like

Jaga diri baik- baik


Jaga diri baik- baik di tempat orang. Jangan mudah terpengaruh, jangan mudah simpati pada orang yang baru pertama kali kenal. Banyakkan baca doa minta diberi perlindungan dari segala kejahatan. Baca doa sebelum minum & makan. Jangan ambil barang orang sebarangan okay.. Jangan tinggal solat

ok, babai

Selamat Jalan Iskandar Zulkarnain

p/s : jangan lupa buah tangan..hehehe

What Are My Future Plans ?

Jadi ke tidak, itu bukan masalah. List kan dulu supaya senang nampak.kasi clear mata, otak..tenung, lihat betol2 list ini & jadikannya sebagai kenyataan.walawehhhhh..

1. habiskan study.-bulan 6 selesai..yahooo
2. my engagement- tarikh dirahsiakan.bhahhaha
3. teringin nak buat master kat UPM @ stay kat UM lagi la nampaknya..huh
4. part-time journalist 
5. Kahwin.lalalallalal
6. kerja-kerja kerja...(pandai-pandaila kau nak hidup) bhahaha
7. PHD (berangan dulu.lalalalalalala)
8. 4 kids (bhahhaha 3 boys & 1 girl)- sebab org selalu ckp anak perempuan susah nak 
    jaga, so aku nak sorang jela anak perempuan..
9. holiday with my friends- Universal Studio Singapore (kesian kan, tak sampai2 lagi)
10. Honeymoon -Krabi Island
11. Honeymoon - Bali
12. Pensyarah - ibu nak sgt aku jadi pensyarah..Tgok la dulu camne
13. Umrah with family- ibu, abah, memei, boboy, suami tercinta, 
14. belajar buat cupcakes yang comel2, ada cream & ising
15. holiday with my husband and kids (bhaahaha)- Korea
16. Kewangan yang stabil
17. 3 biji kereta- Jazz, Estima putih, BMW (takdela demand sgt smpai nak skyline ke,
      lamborghini ke kan )
18. nak ada 1 library dlm rumah. (ruangan buku agama, buku kanak-kanak, novel, motivasi,
      majalah, 
19. Belajar semua jenis masakan ( melayu & western) -belajar sampai boleh jadi chef 
20. Ajar anak-anak mengaji sendiri
21. Photographer yang berjaya ( kerja sambilan je)
22. masuk class make up 
23. dah boleh berenang dengan baik ( kuak lentang, kuak kupu-kupu semua dah pandai)
24. Buka butik pengantin
25. nak join misi keamanan negara - sebagai wartawan ( itupun kalau suami bagi)
26. nak ada ruang dapur yang besar- supaya boleh habiskan banyak masa kat dapur.
27. Belajar main muzik- piano, keyboard , gitar
28. Menunaikan haji with husband
29. nak naik kapal Star Cruise
30. support suami utk segala macam ujian - akhirnya berjaya dapat IR
31. Suami support aku -smpai dapat DR. ( llalalallala berangan dulu okay)
32. Anak-anak dibekalkan ilmu dunia & akhirat. Amin
33. reunion with my friends.
34. sambung balik belajar bahasa Mandarin  smpai boleh cakap, tulis & paham.
35. Family holiday- Indonesia- Jakarta & Bandung- with my family
36. Family holiday- Mesir -with my husband's family
37. mendidik anak-anak sampai berjaya. - dapat pencapaian yang membanggakan
38. Anak-anak boleh berbahasa Melayu, English, mandarin & Arab dengan baik
      (hhihihihi)
39. Rumah yang ada lanskap taman, penuh dengan kehijauan, - ada pagola
40. lebih sihat, cantik & cergas
41. honeymoon- Paris
42. Konsisten bagi duit kat ibu & abah every month 
43. Dalam masa 4 tahun tahun, semua hutang pinjaman pelajaran dilangsaikan.
44. Jadi seorang isteri yang solehah 
45. Penulis buku motivasi
46. Family holiday- Beijing- mengimbas kembali kenangan masa study kat Beijing dulu
47. setahun peruntukkan 1k utk beli buku
48. honeymoon-Mauritius island ( bhahhahha...i love travelling)
49. maintain berat badan sampai bila-bila ( bhahhaha, mampukah)
50. Buka restaurant- ala-ala Kopitiam.lalalala

-ok, tak mampu nak pikir dah...terlampau banyak impian..ok bai, nak sambung buat news..



PERKAHWINAN PUTERI RAJA



Sama tapi tak serupa..sekali imbas macam sama..euwwwwwww sweet sangat Lisa Surihani. Semua orang impikan perkahwinan mcm puteri raja. Sebab tu orang selalu cakap pengantin tu " raja sehari". Dipanggil raja sehari sebab nak merealisasikan impian atau angan-angan para pengantin untuk dilayan seperti raja dan permaisuri, tapi hanya sehari okay??heheeh

Aku???

Nak jugak macam princess

COMING SOON..

SILA JANGAN PERASAN!!!

KUAT BERANGAN..

Jemput makan ...


Cuba teka,apakah ini?? ini bukan mainan yer kawan-kawan...Namanya Inang-inang..ada nama lain bagi makanan ini???..serious sedap..jemput makan..

Jemput minum..nyumm nyumm

Semoga Berjaya Adik-adikku

Assalamualaikum..urghhhh minggu ni adalah minggu yg paling penat buat aku..sabor sabor Nadia..menuntut ilmu itukan satu ibadah..camne ko nak jadi reporter kalau ko asyik nak penat..penat dan penat..hahhhaha. ahhh lupakan pasal tugasan nak buat news, lupakan photo journalism ..lupakan nak buat treatment..(ini bukan hair treatment, tapi ini utk documentary)hehhehe. lupakan pasal magazine publishing, lupakan semua article, LUPAKAN!!!..Mari kita melayan perasaan dulu..oyeahhh..

Mengimbas kembali kenangan join OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat), arghhh rindunya pada adik-adik kecil itu. 6 jam perjalanan dari KL- ke Kedah, akhirnya membawa aku ke destinasi dimana tersemailah benih-benih kasih sayang (cewahhh ko ingat ko tengah buat novel ke ni??hahahha).ok la, straight to the point, menjadi fasilitator kepada murid-murid darjah 6 bukanlah sesuatu yg mudah tau tak?? Bayangkan seorang dewasa mcm aku (bukan lagi remaja ok u ollsss) nak menyesuaikan diri dgn personaliti mereka.nak selami hati mereka.nak masuk ke dalam jiwa mereka..arghhh tapi aku seronok. 

Adik-adikku sayang, kakak doakan adik berjaya di dalam apa jua yg adik lakukan.Masa aku tanya mereka ttg cita-cita, nak jadi apa bila dah besar, ada yg jawab, saya nak jadi BOMBA, saya nak jadi CIKGU, saya nak jadi Wheelie yg basikal tu..bhaahha ( sentap sekejap okay)..

Akak yakin & percaya adik semua  boleh dapat 5A dlm UPSR..Aku dapati ada yang pasif, ada yang aktif.Ada yang sangat pasif dan ada jugak yg sangat aktif. Biasalah budak-budak nak membesar mmg bgitu.sabor ajelah..

Walaupun hanya 2 hari berkongsi kasih sayang, memberi motivasi, berkongsi pengalaman dengan anak-anak kampung ini, sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti bersyukur. Bersyukur tentang apa yg aku miliki dari dulu dan kini. 

Sempat lagi aku titipkan pesanan buat mereka " adik-adikku semua, kakak nak selepas ini, balik lah kerumah, ciumlah tangan kedua ibu dan bapamu, peluklah erat-erat tubuh mereka. Hargailah jasa mereka. Hadiahkanlah mereka dengan sesuatu yang berharga..
KEJAYAANMU..

Kalau orang berkata, gelaran Dr, Proffesor adalah sekadar gelaran yang tak perlu  diagungkan, tak perlu ditunjuk-tunjuk, tapi hati ini teringin sekali hadiahkan gelaran ini pada kedua ibu bapaku.cewahhh..hhehhehe..insyaAllah..


Comel tak adik-adikku ini


Dengan semangat waja " 5A pasti boleh


tengok wayang ke tu adik?? khusyuk bebenor??


kakak rindu kamu..