Nothing special Bout me..daaaaaa
- Carl Nadia
- music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography
October 29, 2009
October 24, 2009
EXAM YANG MENAKUTKAN
Demam2 kna rehat dulu k..tapi bila dah baik, kna study gila2......nak pointer tingggiiiiiiiii..plesssssssssss...tahap ketensionan yang maksimum melanda hidup ku di saat ni..jangan gila sudah.....hafal setiap teori dgn baik....study 24 jam...boleh ke aku ni???? tak pernah plak..tapi kalu dah terdesak, sanggup..yelah tuh..huhuhuhu...sehari 6 jam jela...cukup ker?????eeeeeeeeeeeeeeeee..................................... cam mana ni???????...
macam desperate giler nak pointer tinggi..of course la..gila tak nak pointer tinggi....org bngong je tak nak....tapi bagaimanakah cara belajar dengan betul????hingga membolehkan saya mendapat 4.00...hihihihi......tahi kucing dia nak 4.00....3.oo pun blom tentu...kah kah kah..kat UItm dulu boleh la..skrg....habislah aku..uwarghhhhhhh.
sakitnya migrain ni.....camne cara penyelesaiannya..baca jangan tak baca ..~
Apa Itu Migrain?
Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Adakah anda biasa mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala? Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek dihadapan anda mempunyai aura disekelilingnya? (selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk). Atau adakah anda biasa berasa amat sensitif pada bunyi (fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)?
Jika anda mengalami gejala-gejala di atas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain.
Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Migrain juga di kenali sebagai ´vascular headache´, manakala dalam bahasa Greek ia di kenali sebagai ´henimikrania´ yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala.
Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi). Ia juga kadang-kala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura. Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.
Migrain juga adalah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.
FAKTOR-FAKTOR PENTING PENYEBAB MIGRAIN
Keturunan
Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain dan sakit kepala.
Pemakanan
Jenis makanan yang di ambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (Ajinomoto), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain.
Sesetengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini terjadi apabila kandungan gula dalam darah menurun dan secara tidak langsung menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (alergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.
Hormon
Secara terus kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini kerana paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu.Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT (hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.
Gaya Hidup Dan Penyebab
• Terlebih, terkurang atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain.
• Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.
• Pengambilan ubat juga boleh meyebabkan migrain. Oleh itu minta nasihat doktor sebelum mengambil ubat.
• Perubahan cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu.
• Bunyi dan bau yang kuat.
• Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.
• Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, samada sebelum atau semasa menghadapi tekanan.
• Merokok. • Jantina ( 3 - 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki).
October 11, 2009
kanser payudara yang menakutkan...~minta dijauhi Ya Allah..
dalam tisu-tisu payudara.
Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:
• Lobus yang menghasilkan susu
• Duktus yang menghantar susu ke puting
• Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif,sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.
Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.
Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara.
Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting. Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.
Perebakan Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut:
akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
• Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke
seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang,
tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
• Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada
dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser
mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya
merebak ke seluruh badan.
• Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara
sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami
metastasis.
Faktor Risiko Yang Tinggi
payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita
dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau
40 - 45 tahun.
2. Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi
peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang
mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin
merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan
kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun
Faktor Risiko Sederhana
1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang
telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk
mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa
yang pendek.
2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya
pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini.
Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk
memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi
4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.
5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara
pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.
Tanda - tanda dan gejala
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
• Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh
pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payu dara
sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin
.
• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang
secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
• Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara
dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payu
dara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payu
dara juga akan berubah.
Ujian - Ujian
Pemeriksaan Fizikal
Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara termasuklah di
bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan atau perubahan yang wujud. Doktor akan dapat menentukan saiz, tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhantersebut. Doktor mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan.
Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu
mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.
Ultrasonografi
Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat
ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.
Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi:
• Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada
ketumbuhan di payudara.
• Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan
dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop.
LOVE
Cinta ???? Apakah itu..dah lama tak tulis pasal cinta...hihihihi..ari ni jari jemariku ni gatal nak menulis pasal CINTA atau dalam bahasa Inggeris nya LOVE...Btol ke LoVe is BlinD???Arghhh penipu...tak pcaya langsung...aku tak kisah sape bakal suami aku asalkan dia mestilah seorang yang berhemah tinggi, hormat orang tua, baik hati, penyayang, terpelajar dan bercita-cita tinggi...so sweet tau...aku selalu impikan kehidupan yang bahagia...hihihihi gatal jugak aku ni..hahhahh.sape tak nak hidup bahagia kan..aku kalau bole nak hidup bahagia n senang...abah selalu pesan, kalu nak hidup senang, kaya kena la blaja tinggi2, baru bole hidup senang,,tu jelah pesan dia pada aku..sampai dah naik bosan dah..hikhikhikhik..sori abah ..tapi sebenarnya btol apa yang dia cakap tuh..aku nak sangat bakal suami aku tu seorang yang romantik...yeahhhh..tak garang.paling penting tak panas baran...bagi aku la kan, kalau nak tgok sorang laki tu garang n panas baran ke tak, tgok cara dia layan budak-budak atau anak buah dia.tapi entah la, takot ...ada jugak yang hipokrit kan.hahahha..mana la tau...
Aku ni perangai pelik sangatt...aku suka orang manjakan aku, caring pada aku...mmg susah nak jumpa laki macam tu...tak semestinya apa yang kita nak, kita dapat.btol tak????mungkin ada hikmah lain disebaliknya...mana kita tau kan..Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan pertolongan dari-NYa...dari dulu sampai sekarang, aku percaya Tuhan akan tolong aku selagi aku masih bernyawa...Aku percaya Tuhan menguji aku sebab Dia tau aku mampu bersabar dan menerima dugaan itu...aku percaya pada takdir...semua yang berlaku ada kebaikannya..mungkin kita tak nampak, tapi satu hari nanti, kita akan dapat merasai kebaikan dan kenikmatan tersebut
lagi 1, aku ni jenis banyak cakap, friendly, suka melawak, so aku tak suka la laki yang serius sangat..msti boring bangat dong..hihihihi..kalu boleh, biar selamba asalkan masih menghormati antara satu sama lain dan masih jaga hati dan perasaan pasangan kita tuh...dan paling penting, biarlah suami aku tu seorang yang beriman, supaya dia boleh membimbing aku satu hari nanti..Aminnn...apa yang penting sekarang, aku hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan sapekah jodoh aku yang sebenar....dan aku harap hubungan aku dengan Si-Dia berkekalan hingga ke akhir hayat..hikhikhikhik.....
citer Nur Kasih ~
apakah kesudahan episod minggu depan???...uwargh, tak sabarnya.....adakah Nur akan trima Katrina sebagai madu dia???owh tidakkkk....kalu aku, tak sanggup beb..beranila laki aku nak wat macam tu, mmg nak kna la tu...tak lama dah tu..hahhahhahhah.apa-apapun, aku tak sabar nak tgok episod mggu depan yang lagi mendebarkan.
October 9, 2009
ADUH SAKITNYA.....
Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
TAHAP SENGGUGUT
Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.
- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.
-SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :
ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.