Mari mari mari adik kakak, abang atokkk semua..Bagi anda yg mmg kaki novel, aku nak cadangkan 1 novel cinta yg baru di pasaran..Tajuknya "Biar Kusentuh hatimu "karya Amy Raziela..okay sebenarnya novel ni adalah karya sepupu aku sendiri..Berhempas pulas dia menyiapkan novel ni, aku pon dah baca sikit2 masa dia sibok2 mengarang dlm kertas kajang dlu tu..tak sangka dah kluar pon novelnya..Congrats La syg...ni ada sedikit sedutan dari novel tersebut :
“Alisa...” panggil Faizal lembut.
Alisa memandang lelaki ini dan mengangkat keningnya sebagai isyarat. Comel Alisa buat begitu, detik hati Faizal.
“Saya ikhlas menyayangi awak dan saya ikhlas mahu jadikan awak teman hidup saya.”
Sekali lagi Alisa terpaku. Rupa-rupanya ada lagi persoalan tentang hati dan perasaan yang akan dibicarakan oleh Faizal.
“Saya akan tunggu sehingga hati awak terbuka semula untuk saya.”
“Faizal... saya...” Alisa kehilangan kata-kata. Bungkam dia seketika. Hatinya masih kecewa dan terluka dengan Amir. Bukan mudah untuk dia terima semula orang lain dalam hidupnya.
“Saya sayangkan awak. Saya tak pernah benci awak, Mir... Saya juga tak kuat untuk hadapi semua ini. Tapi saya tiada pilihan,” tutur Alisa dengan suara yang bergetar.
Amir menarik Alisa dalam dakapannya, tetapi Alisa menolak lembut.
“Semuanya dah terlambat, Mir. Hujung tahun ni awak akan jadi milik orang lain. Memang saya sedih dan kecewa. Berat untuk saya lepaskan awak, tapi saya perlu lakukannya.”
Pantas jari telunjuk Amir diletakkan di bibir merah Alisa. Dia tidak sanggup mendengar ucapan itu yang hanya akan memusnahkan harapannya sekali gus merobekkan tangkai hatinya.

p/s: aku dah pesan kat cousin aku ni, novel seterusnya nama watak tu nanti letak la Nadia ..bhahhaha..
2 comments:
wahhhh...cam best jek kak. nanti nak try cari la :)
seyes sye mmg hantu novel :P
hehhehheh..oooo hantu novel ea?? bole pinjammm arr...artu baucer rm200 abisla beli novel kan??hhahahh
Post a Comment