Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

February 8, 2012

Ana Raffali dah pkai tudung..Alhamdulillah


Takde apa yg aku nak ucapkan melainkan kalimah Alhamdulillah..Seorang lagi hambamu mendapat petunjuk Ya Allah..mmg comel lote aku nengok Ana Raffali ni..terkezot jgk tgok pic twitter Ana Raffali spt gini dong, baru je tgok AJL aritu Ana pkai kebaya warna hijau ala2 Ziana Zain masa remaja dulo2, rambutnya disanggul ...ehh nak terkezot apanya, semua manusia mampu berubah..ishhh aku ni..apa pon..Ana Raffali, dont worry peminat anda mesti semakin suka & sygg bangat pda Ana dgn perubahan yg baik ini. Dont worry, rezeki Allah SWT yg tentukan & bagi pada kita, bknnya manusia..

p/s : benci sesetengah company & boss yang tak benarkan pekerjanya pkai tudung..

Kisah penghijrahan Ana Raffali.

"Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan... Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung," kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.

"Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. 'It felt right.' Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata 'Alhamdullilah'.

Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya."Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

"Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna."

-sumber ini diambil dari gua.com


No comments: