Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

August 31, 2009

KAWAN BAIK..SAYA SAYANG KAWAN SAYA ~

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

Kita kawan kan?

August 22, 2009

SAYA DAH TAU MAKANAN SAYA !!!

MAKANAN-MAKANAN YANG BAIK UNTUK KITA AMALKAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR BAGI MENGUATKAN INGATAN DAN HAFALAN...

Kismis
Kurma
Madu
Kacang Almond
Apple
Anggur Hitam Tuna
Tempe
Air Soya
Air Zamzam
Jus Carrot & Madu
Halia
Susu Segar

erm..lpas ni saya kena la makan makanan ni selalu .....~ SAYA SELALU KENA MARAH SEBAB SELALU LUPA...HUHUHUHU..SEDEY SANGAT PADAHAL BENDA NI BUKAN SALAH SAYA....TAPI SAYA REDHA JE DAN BERUSAHA UNTUK MENGUATKAN DAYA INGATAN SAYA

SYUKURKU PADAMU

SYUKURKU

Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang melihat, tetapi buta
.

Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium, tetapi tidak mampu membau.

Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar, tetapi tuli.

Setiap desir angin yang kurasa Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang merasa, tetapi kebal.

Setiap degup dan detak jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup, tetapi mati.

Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati

CINTA SEJATI LANGIT DAN LAUT

WAV

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran

esok puasa ..........

besok dah puasa........cam tak caya lak kan..tapi itulah hakikatnya..masa ni semakin cepat berlalu tanpa aku sedar....erm,..cam biasalah bila berjauhan dgn family ni sedey la ckit....sahur pun minum air n kurma..kadang2 roti jer...ksian lorrr...berbuka ngan kawan pun ok la walaupun tak semeriah dgn family..yelah, kalu dengan family, lauk tak muat meja...tapi bila sndiri2 ni, makan pun tak best sangat la..btol la orang kata air masakan ibu tu tak de tandingan....nak2 ibuku yang memang teror masak..tapi dalam family aku ni, air tangan ibu ngan abah memang best..cayalah...2 orang chef ni la yang bertungkus lumus kat dapur, aku plak???? buat air jela...hahhaha..yelah, da ada 2 orang tukang masak, tak payahla ganggu kan..erm.tapi yang bestnya 1st time sahur n berbuka ni aku dapat la merasa masakan ibu pasal aku cuti seminggu...yahoo..walaupun dapat makan sehari je dgn family, ok la tuh..hihihihi....yahooo...........

tapi lepas ni, memang sedey la...arghhh, tak nak pikir la.lagipun kawan2 ada..tringat masa kat UITM dulu..aku slalu makan2 kat tasik ngan bestfren aku..kat tasik Shah Alam mmg best, damai..tgok angsa n kura2 dalam tasik..sedeyla bila ingat balik..beli makanan kat bazar, shopping...skunk environment da lain sangat..rindu kat mmber2 dulu....kawan2 UITM dulu semua sekepala, gila2 macam aku gak la..tido sebantal, minum segelas, pendek kata mmg rapat sangat macam adik beradik.......huhuhuhu...tapi walau papepun aku harap persahabatan kitaorg akan berkekalan samapi ke akhir hayat....I LOVE U ALL MY FRENZ..

August 19, 2009

RAHSIA DIRI KU.~ CHECK IT OUT

CAPRICORN SEPINTAS LALU

Lambang Kambing
Kunci Kata Kejayaan
Kekuatan Keupayaan menukar mimpi menjadi kenyataan
Perlu Perbaiki Rasa simpati
Cepat Mesra Dengan Taurus
Perlu Belajar Daripada Cancer
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Aries
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Libra
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Virgo dan/atau Sagittarius
Warna Kesukaan Hitam dan/atau Biru Nila(Indigo)
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Perak dan/atau Ungu Tua (Puce)
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Biru Pekat
Batu Permata Oniks (mutiara) Hitam
Logam Plumbum
Bau-bauan Magnolia dan/atau pokok Pain
Hari Terbaik Sabtu

KHAS UNTUK ISKANDAR ZULKARNAIN

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik

RAHSIA NAMA BERMULA DENGAN HURUF :

I - Sentiasa perlukan perhatian orang lain....

~ZODIAK ~

VIRGO : YANG SERIUS

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.

Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah
GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.


August 18, 2009

AYAT TERSIRAT PEREMPUAN ~

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban..Habih, hangpa dua ekor jgak yang seronok..gatal

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu

APA ITU SELAPUT DARA ~

APA ITU SELAPUT DARAPengenalan :Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah i
APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina