Assalamualaikum..Semoga hari ni u olls ceria-ceria selalu. Baru beberapa minggu tak buka blog, terkezot bangat bila tgok blog sudah bertukar rupa...ahhhhhh tak suka sbb masih pening, tapi okeylah sbb aku mmg suka pada perubahan.tak kisahlah..Hari ni aku nak share dgn korang pasal kerjaya wartawan. Aku pon tak tau kenapa aku suka sgt dgn pekerjaan ni. Padahal orang sekeliling selalu ckp mcm2. "Apa yg bestnya wartawan?" penatlah, keje tak ikut time, ..Baik jadi cikgu @ kerja ofis..Abah aku cukup bimbang bila aku ceritakan pasal kerjaya wartawan ni. Maklumlah anak kesayangan.bhahhahah. Bf aku apatah lagi..keluarga bf aku pon mcm tak berkenan, diorg nak aku jdi lecturer.huhuhu..apa yg aku tau- ALASANYA sbb bimbangkan keselamatan aku ..kerja tak ikut office hours, & banyak tugasan luar. Yup, aku mmg setuju dgn semua alasan tu. Buktinya, even aku masih study, tapi aku dh dpt mcm2 assignment yg ekstrim ala-ala wartawan dah..
Pernah sekali tajuk tugasan aku " kehidupan malam di Bukit Bintang ". Bayangkan aku terpaksa keluar rumah pukul 11malam utk dapatkan berita. Perasaan takut Ya Allah, mmg tak bleh nak cakap. Nasib baik aku bertiga dgn kawan. Korang bayangkan aku perlu buat berita mengenai pelacur, mak nyah @ gay di Bukit Bintang & perlu ada gambar sbg bukti. Cubaan pertama kami pergi sekitar kelab malam. (lalu dgn kereta je, tgok kot2 ada subjek yg boleh diinterbiu). Lutut dah ketar time tu pasal bonzer2 penuh kat tepi2 club.. Aku pon dh malas nk cari subjek kat kawasan ni. Aku parking kete tepi2 jauh dari club, memandangkan salah seorang group kami lelaki, jadi dialah yg terpksa keluar mencari subjek.bhahhha( kalau aku keluar, mmg la terbeliak biji mata semua manusia tgok perempuan bertudung masuk club kan). Tunggu punya tunggu dlm kete, tak dpt subjek utk interbiu..arghhhhhh stress
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi ( Ayat aku tak nak plak mcm novel kan)hahhahha. Aku dah penat pusing area BB. Arghhhhh pgi minum2 & mkn2 dulu lah...Lepas tu, nasib kami baik sbb kami berjumpa dgn 2 org mak nyah yg bagi kerjasama yg sgttttttt baik. Kami bersembang, interview dkt maple sampai pukul 4.30 pagi... perghhhh aku pon tak sedar sbb rancak sgt mereka bercerita. Mmg byk giler input yg aku dpt.serius mmg tak sabar nak buat berita. Malam tu, banyak maklumat yg aku dpt, terutamanya psl sifat lelaki...hehhehe. Aku terkejot sgt bila dpt tahu kebanyakkan lelaki yang dtg melanggan mak nyah terdiri dari suami org.Mak nyah tu pesan pda aku n kwn aku " awk nti kalau kawin, jaga suami baik2". Jaga penampilan depan suami. Jgn serabai walau dh bertahun kahwin. Layan suami baik-baik. Kerukunan rumah tangga tu penting. layanan dan kasih sayang tu penting. Kdg2 mereka dtg pda kami utk nak suruh teman pergi shopping dgn anak-anak mereka je, tak lebih dri tu.
Dah selesai semua kerja, pukul 5.30 pagi kami sampai rumah.Penat mmg penat tapi aku puas hati dgn hasil kerja aku. Banyak maklumat yg aku dapat. Banyak benda baru yg aku tahu. .
Minggu ni plak, kami terpaksa siapkan artikel utk magazine. Stress mmg stress. Tapi insyaAllah hasilnya berbaloi. Sesi photo-shoot utk model ruangan kecantikan dh siap. Mmg sbg photographer yg tak berpengalaman, amik masa yg lama nak cari angle yg menarik. hhaha. Tapi apa yg paling sukar adalah nak interbiu orang esp org lelaki. Pemalu rupanya lelaki ni.Kalau perempuan senang je, cakap gambar keluar magz, laju je bagi komen..hahhahh. Mudah kerja aku. Apa yg aku belajar sbg pelajar media, deadline sgt penting.Fakta amat penting. Kerja tak kira masa. Jgn berangan nk jdi wartawan kalau tak bersedia nk terima cabaran .
kalau korang rasa-rasa nak jadi wartawan, siapkan diri dari sekarang. Berani bercakap. Banyak membaca. Bersedia terima tugasan dlm apa keadaan.
p/s : teringin nak jadi wartawan yg menyertai misi keamanan di luar negara :)
No comments:
Post a Comment