Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

May 19, 2011

ilMu itu Milik Tuhan

Assalamualaikum...macam biasa tiap2 hari aku akan dapat email dari pengirim tak bertauliah aku.hahhahha. Sorry sepupu, terima kasih sbb tak penat2 menghantar email yg best2 & berilmiah pada sepupumu ini. Apa yg bermanfaat, aku kongsi dgn kawan2 yer .




Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang 
kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk 
yang meresap ke dalam badan boleh 
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh 
saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya 
badan tak gemuk. (huhuhuhu mulai hari ni, sebelum solat Subuh tu, mandi dulu yer, jgn nak bangun2 teros basuh muka + gosok gigi.heheehh macam aku..hehheh lepas tu bole sambung tido balik!! Memang la rezeki tak masuk Nadia oii

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk 
(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah 
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Yang ni memang aku selalu amalkan.Air mineral mmg kena ada sebelah katil, bangon tido dgn gigi tak bergosok terus minum air.hahahha  

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita 
bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit 
selepas membaca doa ). Ia boleh mengelak dari 
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para 
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari 
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui 
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran 
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan 
bersujud maka darah akan mengalir keruang 
berkenaan. 

Dalam kitab juga ada melarang kita makan 
makanan darat bercampur dengan makanan laut. 
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama 
susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini 
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana 
dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala 
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan 
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi 
tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh 
merosakkan usus kita. 

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan 
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli 
saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak 
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda 
terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat 
percerna makanan, tanpanya makanan tidak 
hadam) ..huhuhu patutla aku ni ada masalah penghadaman. Rupa-rupanya kurang makan mengunakan tangan.huhuhu..



Sama2lah kita mengamalkannya....... 

No comments: