Assalamualaikum..hari ni keje aku melangut depan laptop, pastu tgok cerekarama.maklumlah, student kan, bila mana nak tgok tv.celah mana plak kan??hehhehe. Takkan nak tgok tv kat restoren plak??? kantoi ar bkn nak mkn sgt, tpi nk tgok tv. So, ari ni tetiba nak tgok citer Taubat Nasuha. Ibu aku ngan adik aku ckp sedap, sedap, best, best.(mcm bole mkn plak kan ckp sedap sedap tu). Best sampai menangis la, ape la kan. So, aku pon tgok la drama ni. Perjalanan cerita pada awalnya agak slow. Dari satu babak tu slow motion je, tpi terkandung byk pengajaran. Itu yg pling penting!!!!. Pengarah yg bagus tak suka nk buat penonton asyik emosi je,dari awal meraung+menangis,3x bosan mu tau dok???(tetiba ckp Ganu), lepas tu bila drama habis, lupa dah jln ceritanya.citer ni bagus .Mula-mula,aku tgok citer ni relax je, cool babeh .pastu sampai babak akhir iaitu part yg aku upload ni, hamek kau, da mula sebak-sebak gitu. Control2 tak mo nangis..Nak nangis dlm hati je..
Pengajarannya dlm citer ni, adatlah anak-anak nakal. Kita kecik-kecik dulu nakal jugak kan??? Nabi Muhammad S.A.W tak pernah pukul anak@ kanak-kanak, tak panas baran, (ini dialog yg pling aku suka). Lagi 1, sikap tak pernah nak menghargai org2 tersayang adalah tema utama citer ni. Sepatutnya org yg paling rapat@ dekat dgn diri kita yg perlu kita sayangi & cinta bukannya org yg takde kena mengena dgn kehidupan kita. Akhirnya menyesal tak sudah, nak menangis air mata darah pon , dah tak berguna. Pendek kata, drama ni mmg banyak beri pengajaran kpda masyarakat.Harap lebih byk pengarah buat cerita mcm ni. Jgn la asyik nak naikkan rating @ nak dapat kutipan berjuta-juta, tapi citer macam hampeh. asyik-asyik cinta. asyik-asyik cinta.!!! tak membina okeyy
p/s : Dlm citer ni , ada dialog yg cakap kanak-kanak yg nakal adalah budak bijak. Brape kali diulang2. Bapak aku pon ada ckp mcm ni. Budak kecik yg pasif @ kemurungan tu msti selalu kna pukul ngn mak bapak @ kena marah tak tentu psl ngan mak bapak. Nti bila da besar takot anak-anak akan berdendam dgn mak bapak. Fikirlah secara logik, budak-budak pon walaupun masih kecil, tapi pemikiran mereka dah berfungsi dgn baik. Setiap apa yg kita lakukan & katakan pda mereka, akan diingat sampai besar. Mereka TIDAK BODOH..
Akhir kata, sayangilah keluarga anda.hehhehhe
No comments:
Post a Comment