kalau korg perasan, apa trend bahasa di Malaysia skrg???..bahasa Inggeris kan? mmg tak dapat disangkal lagi..aku rasa kalau tak dibendung masalah ni, bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu akan pupus tak lama lagi..Sebenarnya, nak berbahasa Inggeris tidak salah, asalkan betul pada tempatnya.contohnya dalam majlis-majlis rasmi atau formal di Malaysia ni, alangkah baiknya kalau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.lain la kalau sedang berucap di hadapan ribuan mat salleh yg tak paham bahasa Melayu. Lagipula, bahasa Melayu tu kan bahasa kebangsaan bagi rakyat Malaysia seperti yang diperuntukkan di bawah perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kenapa kita tak bangga dan seolah-olah malu nak bercakap dalam bahasa Melayu. Konon dikata kolot, kekampungan, tak style & macam2 lagi la tanggapan masyarakat. Padahal aku tgok negara Jepun, republik Korea, Thailand yg mmg menggunakan bahasa ibunda mereka sbg bahasa komunikasi tak kira dalam acara formal ataupon tak formal dan juga sebagai bahasa harian maju je negaranya. Mmg bahasa Inggeris tu amat penting dalam dunia skrg tak kira dari segi pembelajaran dan komunikasi. Yelah, kalau tak pndai cakap bahasa Inggeris, macam mana nak pergi luar negara kan? kalau tak pndai cakap bahasa Inggeris macam mana nak mintak kerja kan? Kalau dulu institusi swasta je yg mmntingkan bahasa Inggeris, pendek kata kalau tak pndai BI jgn harap nk kerja dgn swasta, tapi skrg dalam institusi kerajaan sndiri memerlukan kemahiran bahasa Inggeris. Contohnya utk mendapat pekerjaan tertentu, diadakan ujian bertulis dalam bahasa Inggeris dan ujian terjemahan. Tak termasuk lagi temuduga diantara panel yang memerlukan komunikasi dalam bahasa Inggeris. Mmg tak dapat disangkal lagi la kepentingan bahasa Inggeris ini. Namun begitu, bahasa Melayu tak seharusnya dilupakan begitu sahaja. Tapi skrg dah jadi trend, bila ibu bapa lebih menggunakan bahasa Inggeris dgn anak2 sejak mereka masih bayi lagi dan natijahnya budak-budak kecil ini tak pandai langsung berbahasa Melayu. Alangkah bagusnya kalau kedua-dua bahasa ini iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan dengan baik sejak mereka masih kecil lagi. Sekurang-kurangnya utk tahun-tahun yg akan datang, bila pejuang-pejuang bahasa Melayu tidak ada lagi, mereka inilah yg akan memartabatkan dan memperjuangkan bahasa Melayu kita ini.
-malu rasa tgok video di bawah ni, bangsa kita sendiri pon tak bangga dgn bahasa ibunda kita, malu nak berbahasa Melayu sedangkan di Rusia, bahasa Melayu diangkat tinggi oleh masyarakat disana..siap dengan pepatah dan puisi Melayu lagi..aduhaiii
No comments:
Post a Comment