Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

July 1, 2010

solat istikharah ~

Bila kita sedang menghadapi saat yang getir dan perlu membuat keputusan yang bijak, mmg sangat menyakitkan..saya paham itu..cewahh ( sbb saya pernah mengalaminya sendiri) ..tak tau apa cara yg perlu dibuat.kadang2 nk menceritakan masalah kita pada org, tak semua yang akan paham masalah kita.kadang tu pulak ada yang cakap mcm tu, ada yg ckp mcm ni.makin kusut la jadinya ..jgn jadi gila meroyan sudah..tapi peristiwa yg mmg takkan saya lupakan sampai sekarang adalah ketika saya mengambil keputusan utk melakukan solat istikharah setelah menemui jalan buntu tak tau nk buat keputusan. saya redha jika setelah saya mlakukan solat tersebut tapi tak dpt petanda apa2 sbb saya pernah terbaca beberapa org pernah buat solat ni tapi masih tak menemui jalan penyelesaian . ntahla.mgkin mereka tak perasan sbenarnya petanda tu tak semestinya mimpi kan..mgkin Allah da beri jalan lain pada mereka tnpa mereka sedar.. saya buat solat ni sbb saya kusut sgt mgenai masa depan saya sendiri..ok lah ini mmg la cter lama...tapi sy nak share sbb solat istikharah ni mmg sgt membantu kita. ok, slpas grad diploma di uitm shah alam, sy ditawarkan utk smbung study di uitm Segamat dlm bussiness admin.tapi sy tolak twaran tersebut sbb bussines bukanlah jiwa saya..ok takpe..sy amik kputusan utk bekerja.sronok sangat kerja dapat duit, relax, enjoy, otak tak kusut tapi bila pikir2, takkan sampai Dip je kot ..mana cita2 kau nadia. dulu kata nk blaja smpai master la, phd la..haaa time tu da mula kusut..tiap2 ari pikir mnda yg sama.blajar@ kerja?? dlm masa yg sama jgak, saya ada probs pasal LOVE..huhuhu.saya ada 2 pilihan tak tau nk pilih mana satu..dua2 saya sayang..dua2 jugak sayang saya.cewah perasan lagi.. tapi pmpuan mana bole kawin 2 kan.hahha arghh kusut2.saya harus buat keputusan yg terbaik dlm sepanjang kehidupan saya.. saya ambil kputusan utk solat istikharah dan bermohon diberi petunjuk agar saya dpat mbuat keputusan yg sewajarnya. Alhamdulillah, semasa tido slpas mlakukan solat tersebut saya bermimpi pilihan yang perlu saya ambil..bila bgon rasa mcm tak pcaya tros cter kat family.Alhamdulillah saya memilih utk myambung plajaran hasil drpada mimpi yang menunjukkan beberapa buah buku2 lama dan mimpi lelaki pilihan yang menjadi teman suka duka saya sekarang..betapa hebatnya kuasa solat istikharah.Amin..thank U Allah..

sumber : doaharian.blogspot

Niat Solat Istikharah


Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


















1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.