Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

December 16, 2009

Kita berSolek gaya Arab okey...i love It..~



Saya sangat sukakan solekan gaya timur tengah ala2 Arab gitu...maklumlah mata ku ini sepet bangat..jadi kna bagi besar ckit..ini ada tips2 kalu nak make up ala2 Arab gitu..

solekan wanita Arab dilatari warna gelap seperti hitam, hijau pekat, biru gelap, tembaga, coklat, keemasan dan diakhiri dengan calitan serdak emas atau perak (glitter) pada bahagian mata.Walaupun tanpa mainan warna ceria, solekan wanita padang pasir mampu menyerlahkan keanggunan wajah.

Ciri utama gaya solekan wanita Timur Tengah adalah calitan celak bersayap pada penjuru mata (cat eyes) dan teknik smokey eyes pada kelopak mata bagi menampakkan impak renungan tajam umpama wanita Arab yang kebanyakannya bermata dalam.Pelengkap solekan bertema padang pasir itu tentunya paduan olesan gincu berona pucat bagi mengimbangi warna gelap yang sarat pada pelupuk mata.

Smokey eyes lebih sesuai digayakan pada sebelah malam tapi jika pandai mengadun warna sesuai misalnya pemilihan tona coklat atau tembaga dengan ‘highlight’ keemasan mampu membuatkan anda tampak anggun ketika di siang hari.Wanita bermata kecil dan mata kucing seperti sy..kihkihkih..SEPET la tuh.. bagaimanapun lebih sesuai menata gaya solekan mata dengan teknik ini kerana ia boleh membuatkan mata kelihatan tajam dan besar.haaa itu dia..

Bagi pemilik mata bundar, aplikasi teknik solekan mata menggunakan kaedah soket yang menegaskan warna gelap pada penjuru mata dan lukiskan sekelilingnya menggunakan penggaris mata. Teknik ini mampu membuatkan mata kelihatan galak.Tiada beza antara penggunaan penggaris mata di dalam bentuk cecair atau pensil tapi bagi mereka yang baru belajar teknik solekan, adalah disarankan supaya menggunakan penggaris mata daripada jenis pensil bagi mengelakkan garisan kelihatan comot.penggunaan penyamar noda menjadi kunci rahsia yang melengkapkan solekan terutama untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah dan lingkaran gelap di bawah mata.

Penyamar noda yang satu tona lebih cerah daripada bedak asas. Sapuan bedak pula tidak perlu terlalu tebal. Bagi mendapatkan sapuan yang rata, guna berus besar bukannya span wajah.Bagi menjelmakan solekan ala wanita Arab seperti diinginkan, jangan lupa sapukan mascara dan lengkapkan dengan taburan glitter pada kelopak mata atau alis.

No comments: