Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

October 11, 2009

kanser payudara yang menakutkan...~minta dijauhi Ya Allah..


Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan)
dalam tisu-tisu payudara.

Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:
• Lobus yang menghasilkan susu
• Duktus yang menghantar susu ke puting
• Tisu lemak payudara (jarang berlaku)

Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser
tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif,sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.
Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara.
Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting. Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

Perebakan Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut:
• Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga
akan menyerang kulit dan dinding otot dada.

• Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke
seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang,
tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.

• Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada
dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser
mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya
merebak ke seluruh badan.

• Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara
sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami
metastasis.

Faktor Risiko Yang Tinggi
1. Umur; umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser
payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita
dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau
40 - 45 tahun.

2. Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi
peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang
mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin
merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan
kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun


Faktor Risiko Sederhana
1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang
telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk
mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa
yang pendek.

2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya
pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini.
Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.

3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk
memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi

4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.

5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara
pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.

Tanda - tanda dan gejala
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
• Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh
pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payu dara
sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin
.
• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang
secara spontan tanpa sebarang rangsangan.

• Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara
dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payu
dara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payu
dara juga akan berubah.

Ujian - Ujian
Pemeriksaan Fizikal
Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara termasuklah di
bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan atau perubahan yang wujud. Doktor akan dapat menentukan saiz, tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhantersebut. Doktor mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan.

Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu
mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.

Ultrasonografi
Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat
ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi:
• Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada
ketumbuhan di payudara.
• Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan
dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop.


No comments: