Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

November 21, 2010

Hadiah buat Family..Triffle yg Simple

lagi 2 ari sy da nak balik KL.huhuhuhu sepatutnya balik sok memandangkan badan tak sihat lagi, tak dapat la nak balik, nanti bapak bising plak nak drive jauh2...(jauh la sgt Kuantan-Kl) hahhaha..jauh la jgak tu...so, ari ni tetiba rasa nak buat something utk family tercinta...tadaaaaaaa siap Triffle Pelik..kenapa pelik?? sebabnya triffle ni saya letak pisang di dalamnya.hehehhe (tgok pisang kat umah byk sgt, nti klu da rosak membazir plak)..lagi 1 maaflah sbb tak letak whipped cream kat atas triffle ni.hehehhehe..buat yang simple2 ajer..kelentang-kelentung-kelenting tadaaaaaaa siap sudah...sedang sibuk2 masak custard & agar2 atas dapur, abah sy asyik intai2...nk tgok apa la anak dara dia sedang buat ni...(padahal sy paling tak suka kalu ada org kacau kat dapur)hahhahha....abah mcm tau sy macam tak selesa abah tgok2, pastu abah buat2 basuh pinggan la, kemas2 pinggan, kutip segala mangkuk utk dibasuh, pastu tanya anak dara dia@ saya lah tu, "kakak buat apa ni?" sy cakap, " triffle la abah" ..Abah tanya balik, apa tu??? sy jawab " ala, tak reti nak cakap, nti abah tgokla sendiri ek"..hehheheh"...bila da siap, my mum cakap " wow, kalah ibu camni, ibu pun tak pandai buat "..hehhehhe bangga2..(padahal nak buat bkn susah sgt pon) hahhahhaha...ok la, nak makan.nyummy nyummy...kawan2, ada masa saya akan buat utk anda ok..


boleh la nak bagi family makan..walaupun tak brape nak menarik.hahhahaah


1st time buat.Alhamdulillah menjadi..


meriah kan?? macam nak menjamu 10 org.hahhahha


oh, sebelum meletakkan sos custard diatasnya..kaler merah tu adalah agar2 Nona


inilah buah2an yg saya guna + pisang (tiada dlm gambar)hehhehhe




November 20, 2010

Release TenSion

hah hah hah hah kunun2 efek termengah2... penatnya...baru lpas joging..setelah beberapa bulan tak jog kan, mmg semput tahap gaban giler..baru 10 minit lari, da termengah-mengah..tapi takpela, rasa lebih sihat sikit setelah 3 ari demam, batuk2 , sakit tekak sampai sekarang suara da macam rockers Ella beb...dari malam tadi smpai hari ni rasa sedey, frustrated & ntah ape2 la yg sewaktu dgnnya..tapi cool bebeh, lupakan all the probs , make ur life happy ...kita jog sambil dengar2 lagu ok..huh!!! inilah cara saya utk RELEASE TENSION...korg lepas tension camne ek? actually, kalu saya sihat + hiperaktif mcm sblum2 ni, joging mgkin cara ketiga saya melepaskan tension..sbbnya cara pertama adalah dgn Bershopping sakan dgn member2 sampai tak sedar diri, then, jadilah macam ni " eh, mana plak duit aku ni?? takkan jatuh" -hahhahha ayat giler kan padahal kau da shopping sakan tak hingat dunia, ble plak cakap duit tercicir la, apela..itulah, bila beli tak pernah nak list barang..perlu ke nak list??? ( tak pernah dibuat seumur idup plak) -lpas ni nak cuba list brg yg perlu sahaja b4 Shopping time..Cara kedua melepaskan tekanan adalah dgn berkaraoke...klu malas nk karaoke, dlm umah pon jadilah..oh, luckily 4 me, roomate2 ku sgt memahami dan join sekali buat prangai gila, joget-joget sambil menyanyi..( tak la berdosa sbb tak payah g clubbing) dalam umah pon bole gitu..hahhahha....tapi korg perasan tak, ketiga2 cara saya release tension ni actually bagus utk kesihatan..cewahhh cewahh sbbnya bila kita da bergerak, berlari, berjalan dgn laju (pempuan bila time shopping akan jln laju), menari, menyanyi dan macam2 pergerakan la kan, badan akan berpeluh dan akan membakar kalori.yahooooo..so, kita dapat melepaskan tekanan sambil mendapatkan bentuk badan yg fit.yahooo lagi...ok, cerita pasal bentuk badan yg fit, anda nak bentuk badan camne? sebelum tu, kita check dulu bentuk badan kita dlm kategori ape ....

anda nak macam ini ?? Kareena kapoor memiliki bentuk badan yang seimbang..sedikit chubby di bahagian atas tetapi ttap nampak fit kan...suka2

Jessica Alba memiliki bentuk badan seperti pisang kot.sbb kdang2 nampak mcm kurus sgt...

JLo memiliki bentuk badan yg mmg menggiurkan...betul tak? nak2 bahagian pinggang ke bawah..nampak fit & tough sgt!!!!!!

Angelina pula memiliki bentuk badan yg cantik sbb ketinggiannya & bentuk badan yg tough, tegap & mantap..selalu pgi gym ni..hehehhe

Gisele ni mmg la cantik & merupakan model yang paling kaya sbb kecantikannya, ketinggiannya & wajahnya yg ala2 eksotik...tapi bentuk badan dia nampak mcm pisang @ pembaris kan?? Semua girls nak bentuk badan kering macam ni...
Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas.
Punggung anda kecil dan kaki langsing
Bahagian dada kecil dan pinggang ramping.
Badan dikatakan seperti duyung.
Mempunyai pinggang,punggung dan paha yang
agak besar.

Berada di tengah-tengah di antara pir dan epal.
Tidak kurus dan tidak gemuk.
Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar.
Jika anda cergas, lengan dan paha
kelihatan berotot dan kuat.

Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang
dan bentuk tubuh seperti
lelaki (kurus sahaja).

November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Alhamdulillah..esok semua masyarakat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau dlm kata lain Hari raya Korban..adakah anda telah melakukan pengorbanan, baik utk org lain ataupun utk diri sendiri..samalah2 kita berdoa agar Allah SWT memberi rahmat dan memberkati hidup kita agar sentiasa berubah menjadi lebih baik dari yg sebelumnya.. Ya Allah, aku pohon kepadaMu agar diberi kekuatan dalam hidup, jauhilah diriku dari sebarang kemungkaran dan kegelapan..Hindarilah diriku dari maksiat dan sifat2 yang tidak baik..Ku pohon kepadaMu Ya Allah, jadikanlah aku manusia yg baik2 & permudahkanlah segala yang aku lakukan..Amin

Tuhan..TOlonglah Hamba mu Ini..


sob sob sob..asal nak nangis ni...tension looooorr..mcm biasa setiap sem mesti nak kena sedey2..sebabnya apa agak2 korg?? sbbnya EXAM la..oh, semester ni exam ku bermula 25/11 dan berakhir 10/12..ok, so time2 ni syhhh syhhh jgn kacau2 tau..nti i jadi hulk kaler hijau tu..hehhehe..gurau jela..semester ni ada 7 subjek yang perlu nak baca, ulangkaji, & wat revision. harap2 walaupun semester ini sume subjek adalah subjek pilihan & subjek febret (well, suka suka UM, i love u la Universiti Malaya sbb bagi student pilih subjek2 yg kita suka)..so tak yah nak pikir subjek lain yg membebankan kepala otak ni..tapi sem ni ada gak mnda tak best menanti dlm exam.sbbnya ada exam kira2 ala maths la.(adehhh ni tak suka2 ni)..takpe2 demimu subjek advertising, i rela kira2 u k.(cehh gila, mcm ckap ngan org plak).

sob sob sobbb sobbbbbb sobbbbbbbb, pnjg cikit lagi, sobbbbbbbbb sobbbbbbbb..asal lak ni ko nak nangis2 beriya ni, ??? sbbnya sedih tak dapat2 lagi DL ni (anugerah dekan)..bila kejayaan mcm Dip dulu nak berulang kembali ni.adehhh kusut, frust la..Ya Allah, tolonglah hamba mu ini..berila aku merasa gelaran Anugerah Dekan kat UM ni..dua kali pon takpela..heheheh ( blagak plak nak 2, 3 kali) hehhehe.. knapela susah sgt nak dapat 3.7 ni..???? kenapa? kenapa?..okayy, jawapannya mudah aje dong..sebabnya, sebabnya, anda ni banyak main, malas belajar, kuat baca majalah, org suh baca buku, anda sibuk menelaah majalah, suka download movie, suka tgok movie, suka menyanyi smbil cari2 lirik dlm internet, suka berangan, dalam kuliah mata pandang lecturer mcm nak telan lecturer padahal otak ke lain : otak pikir lapar ar, agak2 nak makan pe ek, klu masak best gak ni, pas ni nak wat apa ek, ..hehehhe kantoi..mntak maaf lecturer..

sobb sobb sobbb, dah, jangan nangis lagi..buang air mata je..dah, gi Study!!!!!!!!!!!!!!

Crazy in RED

bila la ketagihan pada kaler merah ni nak berakhir..kihkihih..dahla aku ni panas orangnya, pakai kaler merah bertambah2 panas la jawabnya..hhehehhe.opsss kantoi keburukan diri..ok, member2 semua cam pelik je tgok bila pkaian aku ni kaler over2..mcm traffic light pun de gak..aiyooooo nak wat camne..da mmg suka kaler striking2 ni..tak dapet den nak nolong..dulu masa Diploma mber2 cakap almari baju aku ni byk nyamuk sbb semua baju kaler hitam..maklumla nak masuk studio kna la pakai baju kaler hitam.hehhehhe..skrg amek ha, time degree kita tukar plak,..colourful okay..kuning, hijau, merah menyala mak nGah .hahhahhah..ok la, dgn memakai baju kaler merah, sy nak kuar ngan my sis n my cousin..babai..jalan2 cari makan..Jgn termuntah plak tgok banyak sgt kaler merah ok..!!!

Kebaikan kaler Merah..ha, ingat sy saje2 je ke nak pakai kaler merah ni..banyak manfaat/kelebihan tau :

WARNA MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.Warna ini juga mewakili kekuatan, kemahuan dan cita-cita..Selain itu, merah melambangkan sikap agresif, aktif, kemahuan keras, daya ghairah yang tinggi dan suka mendominasi sesuatu...Merah juga membawa maksud kamu seorang yg sgt berwibawa. Walaupun seringkali bergaul dan bersosial dengan rakan yg berlawanan jantina, tapi kamu dapat menahan diri. Banyak org meluahkan kata cinta kepada kamu, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu teermasuk golongan yang sukar untuk jatuh CINTA.

p/s : kajian mengatakan bahawa warna merah membuatkan lelaki nampak lbih bergaya dan menarik, ,mempunyai daya tarikan seksual serta berstatus tinggi dan dianggap mempunyai pendapatan yg lbih baik dari lelaki yg memilih warna lain..

with my lil bro

with my lil bro yg selalu brangan nak jadi model.wakkakka

love my lil sis yg garang giler tahap cipan..garang dri sy ok.hhahhah

with my lil sis

with my cousin


November 12, 2010

Suka sTory ni..~

baru2 ni terbaca satu link dalam Fb..mula2 malas la nak baca, tapi rasa cam boring2 kan, so layan jela..hahhahha ( blom pape da gelak la plak) ..story ni mmg betolll sesangat..sy rasa pon semua org akan ckp cenggitu..tak caye cuba anda baca..mmg menarik, kelakar & benar..walaupun tak tau kisah ni brlaku btul2 pada penulis ataupun sekadar khayalan je, tapi dia telah berjaya membuatkan lelaki2 di luar sana tersipu2 malu.ahakz...( tersipu2 la sbb mmg banyak terjadi pon) ahakz...Begini kisahnya :

aritu aku terbace surat sorg laki utk future wife die ...haha..mmg best...ni aku amek dr blog org... lawak giler..tp aku sokong ape yg pompuan nie tulis....time kaseh sebb bace..

layan!!

................................................................................................................................................................................................................................

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).


Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.


Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!


Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!


Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…


Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.


Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….


Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?


Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.


Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).


Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi


Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!


Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.


Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


:: ok tak camnie? hehe ::


Sumber :http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/..=)



November 11, 2010

Gossip Girl

woahhh..walaupun exam da nak dekat kan, tpi sempat lgi wooooo tgok drama Gossip Girl..siap download ok..siap burnnn lagi.hehhehhe.parah parah..actually, drama ni mmg best sesangat sbb hero & heroin dia sgttttt la cantik, sexy, hot, style, cute semua laaaaa..Then, yg hero nya plak sgt la comelllll, hensem, segak, kacak dan bergaya..ok, pelakon-pelakonnya terdiri daripada Serena van Der woodsen, Blair, Chuck, Nate, Dan, Vanessa, Jenny, Lily & Rufus....Citer ni agak famous la dkalangan teenagers sbb ia memaparkan kisah percintaan pelajar kolej, kisah kekeluargaan, erm ada jgak babak2 romantik yg berlebih2an..(phm2 sendiri k) hehehhe..kisah probs2 remaja kolej ni...pling best bila menatap muka2 pelakon citer ni..eeeeeeeee gerammm sungguh melihat mereka. erm, pasal ni pon best jgak, sy suka tgok style & fashion diorg, tak kira la masa nk prgi college, party, event, dating, hang out even nak tidor pon ttp vogue u.... well, drama ni lbih mengisahkan kpda golongan elit yg mana family mereka memiliki empayar perniagaan yg mmg top la..kiranya family diorg ni mmg ada nama, popular dan dikelilingi dgn khidupan yg glamorous u........ok, mlas nak membebel sbb nak menatap mereka2 ini..

semua ramping2..i jeles ni.ishhhhhhhh..nak ramping jgak...

woahhhhh gorgeous ...inilah Blair..pelakon utama Gossip Girl

Chuck & Blair..( diorg ni suka couple putus, then couple balik, pastu putus balik) hehhehe

Blair @ nama betulnya Leighton Meester

Serena @ nama dlm ic Blake Lively..mandai2 je aku kan.hehhehhe

ni bf saya..namaya Nate @ nama sebenar Chase Crawford.

ni plak Chuck yg mnjadi kegilaan makcik aku..hahhaha..makcik pon minat babee..cayalah.hahhha

Lily bkn nama sebenar.hehhehe..mom kpd Serena

yg ala2 muka melayu ni plak Dan..bole tahan la..

November 3, 2010

CARAMEL PUDDING

ok, kawan2. ari ni terasa nak makan puding caramel la @ dlm bahasa Melayu nya Puding Gula hangus ..(gila tak glamor kan nama dlm BM).hhehehe..ok, tanpa membuang masa, kedup kedapp kedup kedapp..kebabooommmm...peenggg tling, plonggg tenggg, kecinggggg..( hahhaha tu bunyi kat dapur sbb tgh mcari bhn2, tgh godek2 bhn nak buat puding).hahahha.( maklumla tak reti sgt bab2 buat puding, kek , biskut semua ni...) tak nak ckp byk ar, penatt..lgipon nak g makan puding caramel kjap..babai..

ok, ni adalah bahan2 nk buat puding gula hangus...ok, jgn terpengaruh dgn satu bekas gula tu yer..hahaha amik 3 sudu sahaja..kang tak psl2 korg kna kencing manis!!!

ok..ni 1st step...apakah itu?? Itu adalah gula ye kawan2..

itu dia...gula yg sedang menggelegakk...godeh tau..jgn tggal nti hangusss

eh ehhh ni juice pe plak kan??? jgn ikot cara sy okay..hahhaha..ni sbb perempuan malas buat keje, so jln pling mudah kita blend ajer..hahahhaah..tepung kastard, vanilla & telur.korg godek2 pakai garfu ok..jgn ngada2 nk bermalas-malasan mcm sy

beginilah rupa gula hangus..jgn lama sgt masak, nti pahit..puding jdi tak sedappp

bahan2 yang sudah diblend tadi dicampur ngan gula hangus yg tersorok kt bhg pling bwh

Selama ni tau mkn je yg ibu buat, ari ni da tau buat..waaaa happy nyaaa...bole buat utk Bf pas ni..hehhhehe

walaupon kelihatan sedikit comot, tp sy bangga sbb ni 1st time buat.hahhahha..ok, lpas da ciap jgn trus mkn, simpan dlm fridge dulu slama 40 minit..best makan sejuk2



November 2, 2010

Seriously..love the scenery


1st time tgok video ni.woww wooow..wowww ( bape byk wow la kau ni) hehehe..ok, teruja giler tgok pemandangan tmpat yg sgt beautiful nie..pastu dgn aksi couple ni yg sgt ROMANTIC.....bikin wa jealous uuuuuu..nak2 part suami dia dukung n hayun2 isteri dia tu...pastu aku tertanya2 dlm hati " mampukah suami aku nti nk dukung aku cam gtu??? hahhah bole patah tulang blakang dia agaknya.wakakkakkak.."..ok2, bersiap sedia utk DIET.hahhhaha. ok, tamau ckp byk..korg tgok sndri la k :-

1st time tgok wedding camnni..cayalah NADIA..


actually da lama sy tgok video ni..tapi suka sgt tgok shot2 dlm video ni..mmg power la Manggis Production coz dpt idea yg sgt creative cam ni..disebabkan suka sgttt tgok video ni, so simpan kat blog la.hahhhahhahah...1st time tgok kat fb video ni, ramai sangat yg komen2..ada komen yg okey, & ada yg takkkk.biasa la org yg komen2 tak okeyyy tu, OF course la jeles kannn?????? Pada pendapat sy, Nadia ni mampu n mmg nak mengabadikan kenangan perkahwinan dia mcm ni..yg org nak sibok pehall kan...tapi sy mmg suka sgt2 la sbb mmg mcm FAIRYTALE gtuu..warghhhh...kenapa la Nadia ni tak pnggil Aimie Nadia ni jadi pengapit dia kan??? hahhaha bole tak mcm tu..hhehhhee.ok, babai nk tgok lagi video yg syokkkk ni..seyes happeninggg!!!

yahoooo..Trip to Malacca~

hahaha sonok je dgr tajuk entri kan..trip la sgt!! hahhaha padahal g Melaka tujuannya adalah research utk Seni bina bangunan..hahaha..ok, kitaorg satu class bertolak g Melaka pada pukul 8 pagi..tapi yg lawaknya i pgi jln pakai baju kurung ok..ni sbb Prof yg suruh, katanya kita ada jemputan org kawin kat sana..yeahhh alrite Prof..da lama sy tak makan nasi minyak org kawen ni.hahhhaha..ok, Thankss sesangat pada Siti Hawa aka my bestfren yg sudi jadi tourist guide kitaorg walaupun dia tak amik subjek ni..sayang lebey kat Hawa ni.muahh muah muahh..kitaorg kna kaji seni bina rumah-rumah tradisional Melayu & masjid2 Melaka.so, kami decide pgi Taman Mini Malaysia ( kat stu semua rumah bagi setiap negeri ada tau..), & masjid kampung Hulu serta masjid Tengkera .ok, jalan2 pastu..( tetibe rasa penat nak bercerita la) kita tgok pic jela k..hehhehheheh..( mesti ada org cakap camni " rasa nak sepakkk je dak ni" hahhahha.

maaf...gambar ini tak de kena mengena dgn trip ke Melaka..hahhahha..ok time ni nak g NSTP ..semua student Pengajian Media kena pgi sbb nak buat assgnmt..babai..sy tggalkan anda dgn cerita dibawah..

Ini pula adalah menara pagoda masjid Kampung Hulu..berbeza yer dgn masjid Tengkera...perhatikan betul2
Sejarah masjid kampung Hulu..wow...dibina pada tahun 1720

ini adalah Masjid kampung Hulu. Menurut masyarakat Melaka, masjid ini adalah yg tertua di Melaka dan paling best ia juga merupakan masjid tertua di Malaysia

sangat indah reka hias dalaman masjid ini..ok, yg kaler kuning2 pada mimbar & tiang itu adalah ukiran emas yerr..kayu tiang sgt kukuh dan kuat sbb pakai kayu ulin

menara pagoda masjid Tengkera..kisi-kisi kelihatan seperti senibina barat ..betul tak??

sekarang kita beralih ke masjid Tengkera..lihatnya Menara pagodanya itu?? unik bukan..Menara ini mengambil pengaruh dari cina. Bumbung masjid ini yg mempunyai 3 lapisan ada maksud tauuu..Lapisan paling atas bererti Iman manusia kepada Tuhan, lapisan kedua bermaksud hubungan manusia dengan manusia, dan lapisan paling bawah membawa maksud " alam semulajadi yg mghubungkan manusia dgn pencipta".
haaaa ni rumah gergasi kah?? hhhahahahhah bukann jawapannya adalah Rumah Sabah bahh..kalu tak silap la..

serba sedikit mengenai Rumah Limas ganu...nananannana ganu kita..pete2 makang kepok lekor..tgok penyu telorrr wehhh

cantikkk cantikkk..Rumah Limas Terengganu

ini adalah rumah Limas Johor..

apa yg menarik ttg rumah Melaka adalah tangga batunya yang mmg lain dari yg lain.

ok, kami duk dpan cermin selama 4o min mungkin..melayan kerenah dak 2 org ni..

ok, rumah tradisional N9 sgt bestt pasal ada loteng diatas bumbung utk sorok anak dara kalu ada tetamu okeyhh..tapi tangga dia makkkkkk aiii...tgok la btapa curamnyaa

besar kan rumah nogori ni????kan best ada kampung macam ni..lihat keunikan bumbung rumah ini

ayu tak?? hahahha ok, siti hawa, saya dan baju biru adalah Ida..