Nothing special Bout me..daaaaaa

My photo
music addict.food lovers .coff-a-holic.daddy's little girl.book lovers.Food lovers ..Love photography

September 14, 2010

CHICKEN POX

daun semambu yg digunakan utk menghilangkan gatal2 gilaaa yg dialami..hahahhaha

hhehehhehhe..lawak kan tajuk entri kali ni..org lain sonok2 citer pasal raya..tapi sy sonok2 citer pasal Chicken pox...actually chicken pox ok..bukan demam campak..( mesti korg pelik kan) lain ker 2 menda alah ni..sy sendri pon baru tau..hhahhahah...itupun dari sorg member yang mmg teror psl pnyakit2 dan virus ni.( mmg la teror sbb blaja bhg kesihatan & kaji2 virus kan) hhehehe..Dia kata demam campak just kluar merah2 sahaja dan lama2 akan ilang..tapi chicken pox mengeluarkan bintik2 merah yang didalamnya ada air sterusnya air tersebut akan mengering dan akan meninggalkan kesan yang amat syokkkk sgt..hhahhahha ( akan tggal parut la) ..so, skrg nak citer, saya da 9 ari da mengalami chicken pox ni..kiranya fasa terakhir la.hehhehheh yeahhh sonok2 dapat makan macam2...dapat makan ayam rendang, makanan bergoreng..cuma yg tak dibenarkan makan lagi adalah kicap dgn telur..Dari segi perubatan, Dr sndri tak cakap pape pasal makan2 ni..( lantak kaulah nak makan apa kan) hahhahhah...tapi mengikut petua nenek moyang kita dulu, kalu kna chicken pox, jgn sesekali makan kicap sbbnya akan meninggalkan parut yang hitam dan buruk..eeeeeeeeeeeee tak mau tak tak mau!!!!!!....telur juga tak dibenarkan sbb dikhuatiri akan menyebabkan luka menjadi nanah..eeeeeeeee yarkkkkkk!!!!!!!!

ok..haaaaaaa lupa plak..jgn sesekali terkena ujan ok..jgn SESEKALI ( sy ingatkan skali lagi) no no no....akibatnya, buruk padahnya nti kpada anda..kulit anda akan mnjadi menggerutu dan berkedut2...bahaya woooooooooo..takottt kan dengar..ok, sy nak cter pngalaman saya spjg terkena chicken pox ni...byk petua sy nak share ngan kawan2 ok...Pertama sekali, kita kena happy n redha atas ujian yg Allah berikan pada kita..kita kena STRONG ok kawan2...nak2 mcm sy kan..kna pnyakit ni 2 ari b4 nak raya..perghhhhhhh..sabar itu separuh dari iman..~bila kita da redha n tenang, so, sakit tu akan berkurang..percayalah...!!!!....Hari ke3-ke6, masyaAllah gatalnyaaaaaaaaaa badan ni..tgn haku ni mmg gatal nak garu jerrrrrrrrrrrrr..!!!!...mmg gatal sampai tak boleh tido tau..sampai nangis2 setiap malam..cuba anda bayangkan betapa seksanya penyakit ini!!!!!!.... Bila da truk sgt keadaannya, ibu sy pon kesian agaknya, dia pun menyuruh suaminya aka bapak kesayanganku mencari daun semambu..haaaaaaaaaa, inilah yg sy nak share ni..hehhehhe..

Daun semambu ni byk terdapat di rumah org2 India dan dipercayai mengandungi antiseptik..mmg sgt mujarab khasnya pada mereka yg kena pnyakit macam sy ni.hehhehheh...ok caranya, amik semua daun semambu tadi dan dijadikan sbg lapik alas tido anda..perghhhhhhhh sgt lega..no more Tears..hahhaahha..( besela time sakit mmg manja cikit) jeles plak korg ni..hahhahhaha...mmg tak gatal la..kalu gatal kt tgn ke, ktiak ke, kat kaki ke kan, amik la daun tu pastu usap perlahan2 kat bhg yg gatal..mmg menjadi la...cuba anda try...tapi tmpat tido anda berserabot cikit la dgn daun2 yer.hahhahha.( adik sy kata dah rupa org asli daa tmpat tido sy) hhahhahhahha...arghhh gue tak kisah asal bdn gue tak gatal2 ok...dan lagi 1 petua, nak cepat baik kan??? so u olls kna dengar cakap i k.hahhahhah..KENA MINUM AIR SUAM BYK2..bialah korg nak kencing 1000x pon..tak pe...tapi utk menjadikan kulit anda kpada asal@ normal, anda disarankan minum air dgn byk..mcm sy, sehari sy minum 3 botol air suam menggunakan botol mineral water 1500ml...( teror tak)...

ermm...ok, pntang makan pun amatlah pnting..slgi bintik merah tak reduce dan blom kering, jgnla korg memandai2 nk makan ayam la, itik, daging , rusa, cokelat ke apa ke....sorry babe..sy hanya makan ikan singgang dgn sayur sahaja....ikan bakar, salad..itulah makanan slama 7 ari...dan berjaya jugak mjadi vegetarian..yeahhhh..hhahhhhaha...masuk ari ke 8 amekkkkk kooooo, balun abis rendang, ayam, ketupat, bihun goreng, serba mak nenek aku balun.hahhhahahha...yahoooo....org raya ke 4 da bosan beraya, aku baru nak beraya..hahhahahhah tragis2..itupon makan kat umah je..segan nak beraya sbb muka da mcm naik jerawat sudah..kihkihkih....

itu sahaja berita dari saya : Nor Aimi Nadia melaporkan berita dari umah....( well, cita2 nak jadi reporter kan) hahhaha ( hope tercapai la nak jadi media practitioner) GO GO chaiyokkk..

September 11, 2010

Ya Allah Ampunilah Dosaku..

Bila dengar zikir taubat yg dilagukan oleh seorang hamba Allah ni, hati jadi sayu sangat..tak tau semenjak kebelakangan ni , kalu dengar zikir2 dan surah yang mendayu2 , hati rasa sebak sangat...Bila baca kisah2 hamba Allah yang mati dalam keadaan yang baik, kisah2 pengajaran Allah SWT menolong hambanya yang patuh akan suruhaNya, rasa menggigil tubuh badan dan rasa meremang bulu roma..Hebatnya kuasa mu Ya Allah..da sampai rasanya aku bertaubat kepadamu Ya Allah..Terima kasih atas petunjuk dan HidayahMu keatas hambamu yang Hina lagi kerdil ini..

Tuhanku ..Aku tidak layak untuk Syurgamu..Tetapi aku pula tidak sanggup menanggung seksa nerakamu..Dari itu kurniakanlah Ampunan kepadaku..Ampunkanlah Dosaku..Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar...

Disini ada saya petik dari Oh islam.com cara solat taubat spya sy dpt blajar bagaimana melaksanakan solat ini dan apakah syarat utk melakukan solat ini :

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

September 7, 2010

saya tak RAYA..huhuhuhuhu

Semalam sehari suntuk saya tidur, baring, tidur , tidurrr baringg..pendek kata nak tidoooo jela..badan rasa sejuk yang amattttttttt...macam kat Switzerland pon ada..padahal kat Pahang jer..badan rasa kebass..otot sakittttt sangat..dalam pale otak ni macam2 la terpikir " Ya Allah, petanda apa ni?? " lain macam jer..." ( sampai mcm tu skali aku pikir) aishhhh...muka pon pucat, tak bermaya, selera makan terbantut..uwarghhhh TENSION sangat!!!!!... Ok, pagi tadi, sangat pelik, tetiba kat pipi ada benjolan macam jerawat gtu.. tapi pelik sbb takkan jerawat bsar gedabokkk pastu siap melepuh macam kna menda panas.. pastu saya pon pi la korek2..pedihhhhhhhh sesangat..takpe2, Relax!!! sapu Fair n lovely dgn harapan kjap lagi ilang and kecut.. tapi sampai ptg benjolan ni tak kecut pastu mengeluarkan air..tetiba ternampak satu lagi biji merah di telinga yang mengeluarkan air jugak.uwarghhhhhhhhhhhhhh APAKAH INI ? ok, tanpa membuang masa trus cari biji2 merah di sekitar badan..ada sebijik di kaki..arghhhhhhh..tanpa membuang masa tros GOOGLE okey!!!!...

Dengan muka yang sedih tapi sabar dgn apa yang berlaku..huhuhuhu tanda2 yang terdapat dalam diri aku ni adalah sama dgn CHICKEN POX....!!!!! kalu anda ada tanda2 ini, berhati2 la, anda juga telah dijangkiti.. Tanda-tandanya adalah demam, sedikit batuk dan selesema ( sikit jela), badan sejukkk sangat & kebas2.. otot terasa sakit macam nak tercabut kaki haku ni semalam kan.. kepala berat yang amatttt...ada ruam2 merah dan biji merah yang ada air didalamnya..badan terasa gatal2..Utk langkah pencegahan, terpaksa la potong kuku..huhuhu so, bakteria tak la berjangkit sana sini bila pgang kulit ni kan..

lpas da research2, cewahhh, trus call ibu & abah yang berbuka kat luar ( saje kasi can pada mereka nak berdua-duaan) muahhhahhahahha...balik2 tros g clinik..sahlah budak bernama Nor Aimi Nadia telah mendapat CHICKEN POX.. lpas tu Dr tetiba nak check tekanan darah haku ni..( mungkin sbb muka terlampau pucat macam mayat ) eeeeee takotttnya...penyakit kedua pulak , " tekanan darah anak awak terlalu rendah, bawah dari 60 "!!!!!
(eeeeeeeeeee banyaknya penyakit)

dan aku tau 2 weeks yang ada sepanjang cuti raya ni bukan digunakan utk braya bsama kluarga n kawan2 tapi kena rest je kat umah....nak nangisssssssssss!!! uwarghhhh..yang paling malang, budak malang ini dilarang sama sekali untuk makan sedap2 spt ayam, telur, daging & macam2 la makanan yang sedap2.... anda kna makan roti kosong Gardenia cecah milo sahaja " kata ibu saya..

ok, skrg, muka saya da macam hantu Cina opera kerana memakai " lotion calamine " ( tak hingat namanya tapi lbih kurg gtulah)..paling sedih bila ibu saya cakap : baju raya kakak yang paling cantik yang kita beli aritu pakai masa raya haji jela yer....arghhhh sungguh tragis..dan yang paling menyedihkan , ibu berkata" takpe akak, pagi raya ibu buat nasi himpit utk akak..makan nasi himpit jer????? tanpa cecah apa2??? takkan nak cecah ngan air milo plak!!!!!! haaaaaaaaaaaaaa......

takpela, saya redha dgn ketentuan ini..beraya kat umah jela depan tv dgn baju tidor dan muka putih melepak !!!!

p/s : thanks to my abah n ibu sbb layan sy macam princess kjap..hehhehhe..waktu ujan, ada org payungkan, waktu makan ada org pantau ( sbb haku ni tak makan saman dgn nasihat2 ni) , semua makanan nak bantai....lpas dapat tahu anak dia kna chicken pox, tros mereka cancel pgi shopping!! uwarghhh terharunya..." abah kata, anak sakit risau sgt...!!! cpat2 kna hantar g clinic"....saya kata plak " alah abah ni, relax la, knapa balik, g la shopping dulu" ...pastu abah jawab " awak akan paham bila awak ada anak nanti " huhuhu hamek kau....!!!! terdiam haku..hhehehhe..

September 4, 2010

kita makan lagi~

hai kawan2..tup tup tupppp kita da nak raya kan..uwarghhh bestnya..saya da ada kat Kuantan bersama family tercinta, tersayang.muah muah muah.... erm, bulan2 pose ni malas nak update2 blog kan,,so apa kita tgok gambar makanan jela,hahhahha..( sambil gelak jahat sbb menganiaya org bulan2 pose ni..ermm sedapnya)..nyummy nyummy..oh, pose tahun ni sangat best sbb ramai plak yang sponsor saya makan yer..maceh2 pada yang berkenaan..cayang la kamu semua ..
( hamboi!!! org bagi makan free , suka ye kau Nadia),macam biasa, kalu takde ayam sehari, mau pengsan la jawabnya...Ayam , ayam, ayam!!!!!!


jeling2 dulu... belum masuk waktu berbuka.huhuhuhuhu..sabor Nadia..saborrrrrr grrrrrrrrr