Assalamualaikum..
Sedar tak sedar dah 6 bulan tak update blog..gila busy kan...gila workaholic aku ni.walawehhhhh..hhahahahahh (dah lama tak gelak kuat2 dalam blog). mungkin entry ni agak panjang dan membosankan tapi ahhh lantak ar.sbb kat opis pon tgah bosan skrg ni, bos bercuti & ramai staff bercuti..So, utk mnghilangkan rasa mengantuk ni, tiba2 gatai tangan nak menjengah blog yg dah berkarat ni..huhuhu kesian. Utk mkluman kwn2 semua, sjk kbelakangan ni, aku agk busy sikit, Sabtu Ahad je ada masa nk rehat2, window shopping, hang out dgn mber2...hari2 lain kita KERJA. KERJA KERJA..
Alhamdulillah, bulan 6 yg lepas aku dah berjaya menamatkan degree kat UM. huhuhu hip hippp hooray***** ayat happy teramat setelah 3 tahun berhempas pulas mengadap assignment, buku2 ilmiah, class, presentation & mcm2 lah ( u olls lagi tau kan). hahhhh happynya dah habis bljar, boleh relax2 yahoooo lagi.. Tapi malangnya, " hello Cik Nadia, boleh tak dtg utk temuduga bla bla blaaa..." aduiiii, ok pgi jela mana tau nti2 dapat dlm 3, 4 bln lg. ( bajet nk rest la 2 bln after study). hampehhhh... INTERVIEW BERJAYA. - Bila awk boleh keje?? hah????? ..tak sempat nk pikir, ibu &abah ckp dlm phone ," kakak!!! pergi kerja, jangan tolak kerja tu... ok, apa nak buat, baru nak enjoy2 skjp, sob sob sob, ( dari UM, balik Kuantan packing2 brg pd hari Jumaat, family hantar stay rumah makcik di Kajang pada hari Ahad, Isnin sudah mula bekerja di Putrajaya). -nampak tak betapa penat di situ. Tapi Alhamdulillah itulah yg dinamakan REZEKI. syukur yang teramat.
Bekerja sebagai PA @ pegawai kpd Setiausaha Akhbar Menteri kdg2 agak mncabar. Boss selalu pesan, kerja dgn menteri kalau bole jgn ada silap, kemas, perfect. huhuhu (seram kan dgr). Mula2 agak kekok, tapi Alhamdulillah lama2 dah boleh adapt dgn environment kerja kat sini. Mula2 asyik salah je bila buat kerja, selalu careless, maklumlah trbawa2 pgai UNI life. clumsy + careless. Tapi, sekali lagi, alhamdulillah, berkat doa ibu & abah, i can do it..ok go Nadia.
ok, korg nak tau skop kerja aku tak. (ermmm byk la plak mls nk taip) ..pagi2 kena baca 5 paper utama- Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times, The Star & Sinar Harian. stiap hari pkul 7 pagi dah terhegeh2 cari paper, baca & buat report. Kebiasaannya, aku akan report bkaitan berita2 menteri, kementerian, politik & isu semasa. ( inilah rutin harian aku setiap hari trmasuklah Hari Raya ke, Deepavali ke, Krismas ke) jgn kau nak bermalas-malasan bangun pagi hokay..huh..
kedua, skop kerja aku adlh buat kata alu-aluan YB Menteri. kdg2 kena buat terjemahan speech dri Bi ke BM. Masa tu feeling2 translator la plak. heeee... kdg2 buat invitation utk program menteri & mcm2 lagi.. haaaa sblum trlupa. berita pon kdg2 kena tgok okay.. nampak tak. minda & otak aku skrg, betapa ermmmmm "isu semasanyaaaa".. tapi takpe, jangan mengeluh, ini semua bagus utk otak kamu ye nak.. ( menaip smbil bermonolog dlm hati)heheheh.
Tapi yg pling best bila ada press conference yg masa tu, semua press dri stesen TV kat Msia, sykt penerbitan, & ramai lah press yg dtg, so boleh tgok mcm mana wrtawan bekerja..hee (sbb dulu cita2 nk jdi wrtawan)..kihkihkih & paling best bila join event2 menteri mcm charity event ke, program hari raya ke & mcm2 lah. byk pnglaman yg kita dpt kutip time tu.
ok, skrg dh melebihi pukul 5 pm. Sudah masanya utk gue bergegas pulang.. Malas udah mau duduk di opis lama2..ok, kepada student2 yg bakal nk mnamatkan pljrn tu, semoga berjaya.
Ingat, pointer yg tggi bukanlah 1 jaminan utk mudah mndpt pkerjaan. Yg pntg communication skills kena baik, personaliti yg menarik & jangan lupa baca paper before pergi interview. (tapi kalau korg ckup pakej : pointer mantop, aktif plak tu, personaliti umphhh = GOOD. Dont worry, anda mmg pekerja yg dicari.hehhehe )hah sebelom trlupa. aktifkan dri anda dgn psatuan2 masa kat Universiti. Masuklah kawad ke, sukan ke, kesenian ke, apa2 la aktiviti yg mnampakkan korg ni aktif, pndai bgaul dgn masyarakat & blh bkerjasama dgn org lain.
Good Luck :)